Asalnya Nak Cuti Je, Remaja John Ho ‘Tersangkut’ Di New Zealand Kerana Covid-19

Share

 

Mengikut perancangan awal, John ingin ke New Zealand untuk mengeksplorasi negara itu, menikmati keindahan alamnya dan hanya pulang apabila telah puas berada di sana. Lalu, dia hanya membeli tiket penerbangan satu hala.

Segalanya berubah pada 23 Mac apabila Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan bahawa negara itu telah memasuki kawalan tahap ketiga dalam menghadapi serangan wabak Covid-19 dan tahap keempat akan dilaksanakan serta-merta pada keesokan harinya.

Tahap keempat di sini mirip strategi Perintah Kawalan Pergerakan yang kita hadapi di Malaysia dan tiada sesiapa pun yang berada di dalam negara itu yang dibenarkan keluar daripada sempadan.

Gambar Hiasan: Bandaraya Auckland, New Zealand.

Sudah tentu, John panik dan cuba untuk mendapatkan tiket penerbangan terawal untuk pulang ke Kuala Lumpur. Penerbangan tersebut memerlukan John untuk melakukan transit di Sydney, Australia.

Bagaimanapun, ia bertukar mustahil apabila Australia telahpun menutup sempadan negaranya daripada kemasukan individu bukan warganegara!

Johh cuba menghubungi kedutaan Australia dengan harapan permohonannya untuk memperolehi visa istimewa untuk ke sana diterima. John tahu peluang tersebut amatlah tipis. Namun dia tetap mencuba memandangkan dirinya tidak boleh menetap di New Zealand untuk satu tempoh yang tidak pasti.

Iyalah, bajet pun tak cukup, rumah pun tiada di sana.

Bagaimana nak survive?!

Gambar Hiasan: Auckland dalam situasi kuarantin

Pemohonan tersebut gagal dan John tidak mempunyai pilihan selain terus berada di New Zealand.

“Saya cuba menghubungi MAS tetapi talian telefon mereka sibuk. Saya hubungi kedutaan Malaysia di Wellington (New Zealand) tetapi tiada siapa yang mengangkat.”

 

Warga Malaysia Memang Prihatin

John bertuah apabila dia mendapati seorang lagi rakyat Malaysia turut terkandas di Auckland.

Menerusi laman Facebook ‘Malaysians in Auckland’, John menerima bantuan daripada Dave Anath, presiden persatuan perniagaan Malaysia di New Zealand untuk menemukan John dengan seorang pegawai kewangan yang berasal dari Malaysia, Esther Wee.

Esther Wee & John Ho

Esther, 53 telah menetap di New Zealand selama hampir 17 tahun dan tidak teragak-agak untuk menawarkan kediamannya. Benarlah kata orang, warga Malaysia yang berkelana di luar negara akan sentiasa cuba untuk membantu rakyat Malaysia lain dalam kepayahan dengan segera.

John bersyukur apabila dia kini sudah mempunyai tempat untuk menetap. Esther, ataupun Aunty Esther seperti yang dipanggil oleh John, jelas menunjukkan semangat ke-Malaysia-an tetap ada walaupun sudah lama meninggalkan negara.

Esther Wee selalu menyediakan makanan Malaysia untuk John.

Selama kuaraktin peringkat 4 dijalankan di New Zealand, John dan Esther saling membantu sesama diri mereka. Tidak lagi keseorangan dalam berdepan situasi tersebut di kediaman Esther.

Untuk mengetahui kisah lanjut mengenai mereka berdua, jangan lupa untuk menonton filem dokumentari Malaysia vs Covid-19: #KitaJagaKita pada hari ini, jam 6 petang di saluran Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello dan Astro Awani.

 

Tonton kisah Cikgu Nazmi pula yang berkorban masa dan tenaga bagi memberikan pendidikan terbaik kepada anak didiknya walaupun sistem persekolahan perlu dijalankan dari rumah.

 

Published by
FZ