Ujian Allah itu berbeza-beza untuk setiap makhluknya.
Jika kita merasakan ujian Allah itu cukup berat dilalui, ada lagi insan lain melalui dugaan yang sebegitu berat.
Pastinya, tiada apa yang lebih mengejutkan bila doktor mengesahkan kita mengidap kanser. Lebih menyedihkan, disebabkan sel kanser tulang itu sudah merebak dan doktor mencadangkan agar bahu dan tangannya dipotong demi menyelamatkan nyawanya.
Inilah perasaan dilalui oleh seorang remaja, Mohd Shafuan Nor Azahar, 19 tahun apabila disahkan mengidap kanser tulang.
Asalnya, dia hanya berasa belikatnya lenguh-lenguh dan sesekali rasa sakit. Namun dia yang bekerja di bahagian penyediaan makanan di Sungai Buloh beranggapan rasa lenguh dan sakit belakang itu hanya sebahagian dari kerjanya yang perlu menganggap barang-barang.
Biar sudah melakukan urutan bagi menghilangkan rasa lenguh namun rasa sakit itu tetap ada. Sentiasa berulang-ulang sekaligus memaksanya membuat pemeriksaan lanjut di hospital.
“Mulanya saya pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi selepas diberi ubat, rasa sakit di bahagian belikat itu tetap ada. Kemudian saya buat rujukan di Hospital Sungai Buloh pula. Ketika itulah MRI dilakukan dan mendapati seperti kanser. Kes saya kemudian dirujuk semula ke HKL dan disahkan sebagai kanser tulang,” katanya ketika ditemui di HKL.
Ads
Dalam pada itu, menurut bapanya Nor Azhar, bila dimaklumkan anaknya mengidap kanser tulang, dia seperti tidak percaya kerana anaknya cukup aktif dan sihat.
Jelasnya, ketika anaknya bersekolah di SMK Undang Jelebu, Negeri Sembilan, anak keduanya ini seorang yang sangat aktif malah pasukan kadet Koreksional disertainya menjadi Johan Kebudayaan sempena Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Kebangsaan pada tahun 2015.
“Anak juga pernah menyertai Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Negeri dan Kebangsaan pada 2012, 2013, 2014 dan 2015, sejak dari tingkatan 1 lagi selain bermain bola sepak dan mewakili Jelebu di peringkat negeri,” katanya secara jujur sebagai bapa, dia berusaha membawa anaknya itu berubat secara tradisional.
“Kami ada berusaha berubat kampung tetapi situasi keadaan Shafuan masih sama. Sakitnya dan bengkaknya berulang-ulang. Saya kemudian membawa anak kembali ke HKL dan semasa di hospital itu, anak perlu buat enam kali pusingan kimoterapi.
Ads
“Semasa kali pertama kimo dilakukan, bengkak di bahagian bahunya itu pecah dan mengeluarkan darah dengan banyak. Alhamdulillah anak sempat habiskan enam kali kimonya dan ketika itu saya nampak bengkaknya sudah surut.
Di sebalik ujian dilaluinya dengan kesakitan anak disahkan kanser tulang, akui Nor Azahar, dia sendiri sudah berhenti kerja dua tahun lalu apabila isterinya, Salmi Shafie, 48 tahun disahkan strok.
“Disebabkan anak-anak sekolah ketika itu, saya berhenti kerja menjaganya. Lepas dua tahun emaknya sakit, Shafuan pula jadi begini. Bila saya perlu menjaganya di hospital, saya minta anak sulung berusia 24 tahun yang dahulunya kerja di Johor untuk balik menjaga adik dan emaknya di Jelebu, Negeri Sembilan,” katanya lagi.
Mengakui tidak pernah putus harap termasuk beberapa kali berubat secara tradisional, jelas Nor Azhar bengkak anaknya semakin membesar sehingga doktor memberi cadangan memotong tangan dan bahu anaknya.
Ads
Biarpun semasa bekerja Shafuan membuat potongan KWSP dan Perkeso, namun permohonannya ke Perkeso ditolak kerana baru dua kali membuat caruman. Dek kerana tidak bekerja kerana perlu menjaga isteri dan anaknya, Nor Azhar akui dia tidak tahu hendak mencari wang bagaimana lagi.
“Bukan di HKL sahaja kami dapatkan rujukan tapi ada juga ke PPUM dan PPHUKM termasuk hospital di Jelebu. Anggaran bagi pembedahan ini sekitar RM70,000. Memandangkan saya tidak bekerja, sukar untuk saya mendapatkan wang sebanyak itu bagi biaya pembedahannya,” katanya masa yang sama memaklumkan, anaknya juga tidak mahu tangannya dipotong dan masih beranggapan masih ada jalan penyelesaian bagi kanser tulang dihadapinya.
“Buat masa ini setiap empat jam anak saya akan disuntik morfin bagi menghilangkan rasa sakitnya. Itulah saja mampu dilakukan kerana keadaannya kritikal,”katanya yang mengharapkan ada keajaiban terjadi bagi anak keduanya itu.
Bagi anda yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban adik Nor Shafuan, boleh hubungi ayahnya, Nor Azhar Hussin di talian 019-6100773.
Atau salurkan sumbangan ke Maybank di akaun 155069204567
Mari doakan agar Shafuan diberi kesembuhan dan kelegaan dari kesakitan dialaminya kini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Begitulah keadaan laman web penjualan tiket konsert siri jelajah kumpulan Inggeris popular, Coldplay berjudul Music Of The Spheres World Tour yang dijadualkan pada 22 November depan.
Laman web Go Live-Asia itu dipercayai sesak berikutan ribuan pemegang kad CIMB Bank cuba untuk mendapatkan tiket sejak sistem dibuka pagi tadi.
Tinjauan REMAJA di platform Twitter mendapati ramai peminat Coldplay yang meluahkan rasa kesal dengan kejadian sesak ini dan berharap agar pihak penganjur akan memperbaiki sistem laman web apabila jualan terus dibuka pada keesokan hari.
Turut terpaksa bersesak sejak pagi tadi adalah usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Menerusi ciapan di akaun beliau, setelah berjam-jam menanti giliran untuk membuat pembayaran barulah beliau mengesahkan pembelian empat tiket jenis berdiri daripada laman tersebut.
Lebih kelakar apabila Khairul Aming terpaksa membawa bersama komputer riba ke tandas kerana enggan terlepas peluang membeli tiket!
“Walaupun que dalam toilet dari pagi dapat jugak beli.
“(Dapat tiket) Cat 3. Actually dah 10 minit duduk dalam buying page tapi semua soldout standing. Tiba-tiba ada available balik,” ciapnya.
Beliau juga sempat menunjukkan paparan skrin sebagai bukti tiket jenis tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil itu kebanyakannya sudah habis terjual!
Hhm.. rasa nak give lah sebelum ‘berperang’ esok.
Ciapan Khairul Aming itu juga mencuit hati apabila warganet menyamakan situasi sukar membeli tiket konsert Coldplay ini dengan situasi ‘merebut’ produk Sambal Nyet miliknya yang sering licin terjual.
“Begitu la ming rasanya berperang sambal awak.”
“Gitu lah masa netizen beli sambal nyet.”
“Baru dia rasa macam mana kami semua beli Sambal Nyet dia..”
“Macam tula kami beli sambal nyet bang.”
“Baru dia tahu susah camni lar nak beli sambal nyet.”
“Sebab saya dah selalu practice beli sambal abang la saya dapat beli ticket bang.”
“Rasakan kamu Khairul Aming. Ni lah yang kami rasa.”
Amboi! Balas dendam nampak, hehe..
Apapun, bagi korang yang tidak bergelar pemegang akaun CIMB, selamat berjuang untuk mendapatkan tiket konsert Coldplay esok ya!
Harga tiket dijual antara RM228 ke RM3,088. Terdapat juga harga lain iaitu RM2,108 sehingga RM1,258 di mana pemegang tiket-tiket ini akan diberikan pengalaman lawatan ke belakang pentas melalui pintu masuk khusus, diberikan barang eksklusif dan hadiah direka khas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecoh baru-baru ini tentang perlantikan Peguam Negara yang mendapat bantahan masyarakat terutamanya umat Islam kerana bimbang hak mereka terancam bila jawatan itu bakal diserahkan kepada individu bukan Islam.
Walau bagaimanapun, pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara telah pun mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Berikut kami sertakan 7 fakta yang mungkin korang tak tahu tentang Tommy Thomas.
1. Graduan dari University of Manchester & London School of Economics
Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1952, Tommy Thomas pernah bersekolah di Pasar Road English School dan Victoria Institution.
Beliau menamatkan pelajaran di University of Manchester pada 1973 dan menjadi seorang peguam (Middle Temple) pada tahun berikutnya. Pada 1975, beliau menuntut di London School of Economics seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana (Masters).
2. Mempunyai Firma Undang-Undang- Penasihat & Peguamcara Tommy Thomas
Memulakan kerjaya di Skrine & Co. dan menjadi rakan kongsi pada 1982. Seterusnya, pada tahun 2000, Tommy Thomas telah menubuhkan firma guaman yang melakukan perkara-perkara litigasi secara eksklusif di England.
3. Menjadi peguam selama lebih 40 tahun
Sepanjang berkhidmat lebih daripada 40 tahun sebagai peguam, Thomas telah berhadapan dengan lebih daripada 150 kes yang dilaporkan dan tidak dilaporkan.
Beliau telah dipilih secara konsisten sebagai salah satu penasihat undang-undang di Malaysia penerbitan antarabangsa bebas seperti The Asia Pacific Legal 500, Which Lawyer, Who’s Who Legal (The International Who’s Who of Business Lawyers) dan Commercial Litigation Lawyers of Asia and Chambers Asia.
4. Pernah berkhidmat dalam Majlis Peguam
Thomas berkhidmat dalam Majlis Peguam (The Malaysian Bar Council) dari 1984 hingga 1988 dan dari 1993 hingga 2001. Beliau telah dipilih sebagai Setiausaha dari 1995 hingga 1997. Thomas juga menjadi ahli (Prosiding Tatatertib) Jawatankuasa Kajian di bawah Pengerusi Tun Hussein Onn dan menulis Reports pada tahun 1998.
5. Penulis buku undang-undang terkenal
Selain menjadi seorang peguam, Thomas juga pernah menulis dua buah buku yang bertajuk Anything But The Law dan Abuse of Power yang menyentuh tentang perlembagaan, ekonomi dan politik.
6. Peguam untuk MH 370 dan MH 17
Thomas mewakili keluarga kepada 76 penumpang MH370 yang menfailkan tuntutan terhadap Malaysia Airlines di atas kehilangan pesawat tersebut pada 2014.
7. Antara peguam terbaik Malaysia
Beliau antara peguam yang menjalankan tugas-tugasnya dengan baik sehingga ada yang menggelarkannya sebagai peguam terbaik Malaysia.
Tak kiralah siapa pun yang dipilih untuk menjadi Peguam Negara, rakyat Malaysia berharap agar tanggungjawab ini digalas sebaiknya dan semoga keadilan dapat ditegakkan.
Satu perkhabaran yang amat mendukacitakan pada hari ini apabila seorang staf bergelar penolong kesihatan bertindak untuk terjun dari tingkat tiga Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh Perak.
Lelaki berusia 32 tahun itu dilaporkan berdepan dengan masalah kesihatan dan enggan lagi membelengu ahli keluarga dengan sebarang isu. Mangsa yang ditemui di kawasan parkir motosikal pada jam 6.45 petang semalam dipercayai mati setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Dalam nota yang ditinggalkan olehnya di dalam beg, dia mengakui tidak mampu lagi bertahan dengan masalah kesihatan tersebut dan tidak mampu untuk berfikir secara waras.
Mangsa juga menitipkan permohonan maaf kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya yang pasti sedang bersedih dengan tragedi ini.
Asst Comm. A Asmadi Abdul Aziz.
Menurut laporan rakan media di NST, beberapa rakan mangsa yang ditemui di unit forensik berkata mangsa berdepan dengan depresi, baru-baru ini. Dia hanya sempat untuk berkhidmat di hospital berkenaan selama lebih setahun.
*
Dalam pada itu, kebanyakan hospital di seluruh negara mengadakan sesi memperingati petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia baru-baru ini; sebelum kembali bertugas pada hari yang baharu.
Jelas, petugas kesihatan kini semakin lemah kudrat untuk mengharungi waktu-waktu mencabar ini di hospital. Kadangkala waktu makan dan rehat juga tidak mampu diselitkan dalam jadual mereka, apatah lagi masa untuk berborak dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan sendiri.
Penulis sempat berhubung dengan seorang rakan yang sedang berkhidmat di sebuah hospital kerajaan bagi mengetahui keadaan semasa di sana.
Doktor lelaki yang memilih untuk tidak mendedahkan dirinya itu berkata, penangan gelombang kedua COVID-19 di Malaysia kali ini adalah sesuatu yang terpaksa mereka hadapi; sama ada mereka sudah 100 peratus bersedia ataupun tidak.
“Katil di hospital memang tidak cukup, apatah lagi sumber serta alatan perubatan yang terhad. Kami di sini juga perlu ‘memaksa’ diri untuk terus berkhidmat walaupun ada hari di mana kami tidak sanggup lagi. It is turning into a tiring routine.
“Tapi, itulah hakikat tugas kami dan tugas petugas kesihatan di seluruh dunia pada waktu ini. Jumlah kes tidak menampakkan penurunan. Setiap kali tengok laporan jumlah kes baharu pada setiap hari, kami hanya boleh memandang kepada wajah masing-masing dan mengeluh.
“Apa yang kami perlukan adalah sokongan dari pihak atasan bagi memastikan semua sumber perubatan mencukupi bagi berdepan dengan situasi COVID-19 sekarang.
“Dan kepada rakyat Malaysia sendiri, anda juga boleh membantu kami dengan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan kerajaan sekarang. Arahan tersebut bukan untuk mengekang ekonomi negara tetapi untuk memastikan semuanya kembali normal secepat mungkin.
“Jika anda ingin menolong kami (petugas kesihatan), itu caranya,” jelasnya dengan nada kecewa.
*
Jumlah kes baharu sebanyak 4,008 kes dan 11 kematian yang diumumkan semalam oleh Tan Sri Dr Noor Hisham nyata merupakan perkhabaran yang menggusarkan. Ini bukan lagi masa untuk kita menunding jari ke arah faktor Pilihan Raya Kecil, ahli politik, pelancong asing yang membawa wabak, pekerja asing atau sesiapa lagi.
Ini adalah masa untuk kita benar-benar memastikan diri kita berdisplin sebelum kita ‘mendisplinkan’ pihak lain di media sosial.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...