Asas Teknik Marketing Di Instagram Untuk Newbies Yang Baru Nak Mula Bisnes

Share

Zaman digital hari ini membuka peluang kepada orang ramai untuk memulakan bisnes yang boleh dilakukan dari rumah. Jika sebelum ini, mungkin ramai yang teragak-agak untuk menerajui perniagaan kerana memerlukan modal yang besar, namun dengan peredaran zaman sekarang ia mampu dilakukan bermula dengan modal yang kecil.

Medium utama yang dilakukan untuk memulakan bisnes kecil-kecilan adalah dengan hanya menggunakan media sosial. Jika bijak menggunakan platform tersebut, bisnes korang boleh dikenali dan memperoleh ramai pelanggan tanpa disangka-sangka.

Namun begitu, penting untuk korang tahu ilmu asas teknik marketing yang perlu dilakukan bagi menjayakan bisnes tersebut.

Gambar hiasan

Jom kita ikuti perkongsian bersama Fara Murni Harun ini tentang asas teknik marketing di Instagram untuk newbies.

Perkara utama yang korang perlu lakukan terlebih dahulu adalah seperti berikut:

i. Asingkan IG personal dan bisnes

ii. Beri nama IG fokus pada bisnes

iii. Asingkan IG bisnes secara kumpulan. Contohnya, IG fesyen dengan fesyen, jangan campur aduk dengan produk makanan atau lain-lain

Seterusnya, rujuk informasi berikut;

1. Bio IG

• Penting untuk isi sebab pengenalan kepada bisnes
• Ibarat signboard kedai
• Letak link Whatsapp untuk mudah dihubungi
• Pengenalan ringkas tapi padat

2. Followers

Cara tambah followers di IG

• Manual: Rajin follow potential buyer. Pastikan account private supaya dia tahu kehadiran kita dan follow back

Integrated marketing: War-warkan tentang akaun IG di Facebook korang. Buat contest untuk tarik crowd FB pada IG. Cara umum pemenang boleh beritahu secara live di IG

• Secara berbayar. Pastikan berbaloi dengan modal yang dikeluarkan

3. Story highlight IG

• Pastikan korang guna story highlight ibarat album utama. Pelanggan akan klik terus untuk lihat info

Content

boleh letak produk yang sedia ada, pencarian ejen, behind the scene (postage, unboxing stock dan sebagainya)

• Jangan biarkan kosong

4. Gambar dan video yang menarik

• Letak gambar yang berkualiti tinggi, tidak pecah, tidak serabut dan ada tema yang melambangkan jenama korang

• Gambar biar nampak professional dan selari

• Teroka aplikasi video dan gambar yang percuma. Belajar edit

5. Penggunaan hashtag dan tag

• Guna hashtag yang melambangkan identity brand korang, contohnya #majalahremaja
#remaja

• Gunakan hashtag secara kerap atau pada setiap posting

• Galakkan pelanggan untuk guna hashtag brand korang dan tagged di IG bila ada post gambar

• Tawarkan free gift atau sesuatu supaya pelanggan sudi hashtag dan tag IG korang

6. Posting secara konsisten

• Upload minimum 3 kali sehari supaya nampak IG bisnes korang aktif

• Selalu update IG Story

• Paling teruk pun update posting sehari sekali

7. Content yang ada value

• Jangan semua content tentang produk jualan. Pelbagaikan

• Contoh posting testimoni, kongsi tip, kata-kata motivasi atau video

• Kongsikan juga kisah dibelakang tabir seperti urusan pos barang, unboxing stok, tutorial supaya pelanggan bertambah yakin

8. Engagement berterusan

• Rajin reply DM dan komen

• Guna IG Story apply features Q&A. Nanti boleh beri jawapan dalam sesi live di IG

• Permudahkan urusan prospek dan pelanggan

Bagi yang sudah mempunyai followers yang ramai dan ada kepakaran tentang Instagram mungkin hal ini biasa untuk mereka. Tapi, jika ada diantara korang yang baru nak berjinak-jinak membuat bisnes, bolehlah ikut tip yang diberikan ini.

Semoga ia memberi manfaat untuk mempermudahkan lagi urusan bisnes korang. Selamat berjaya!

Sumber: Fara Murni Harun

Published by
Noor Ain Norman