Sebut sahaja tentang Comic Con pasti ramai yang terus terbayang dengan pelbagai konvensyen penggemar komik, aksi figura, anime dan bermacam lagi pop culture terkini yang tengah IN!
Dan tidak lengkap juga bila membicarakan tentang Comic Con tanpa kemunculan cosplayer yang tampil menjadi watak-watak kegemaran masing-masing.
Jika di Amerika Syarikat dan di Eropah ia sudah menjadi event yang dinantikan, kini tiba masa negara kita Malaysia menyaksikan Asia Comic Con 2018 diadakan buat pertama kalinya di sini.
Buat para peminat filem dan komik, jangan lepaskan peluang untuk bertemu watak-watak kegemaran anda di Asia Comic Con (ACC) 2018! ACC 2018 yang julung kali diadakan di Malaysia ini akan diadakan selama tiga hari betturut-turut iaitu bermula 13 hingga 15 Julai 2018.
Di manakah acara bersejarah ini bakal diadakan?
Ads
ACC 2018 telah memilih Sunway Pyramid Convention Centre di mana ia terbahagi kepada 6 zon unik yang terdiri daripada komik, filem, rancangan bersiri, manga, anime, permainan, permainan digital dan cosplay. Pelbagai jenis aktiviti juga dapat korang sertai dan saksikan sepanjang acara tiga hari ini berlangsung seperti pameran, koleksi barangan terkumpul.
Antara acara utama yang bakal berlangsung:
1. Khas untuk peminat bola sepak, Pertandingan Moh Skor E-Sports menampilkan FIFA Online 3 dan FIFA 18 yang memberikan pengalaman seperti di padang bola sepak sebenar! Penonton akan dapat menyaksikan perlawanan menarik di antara pasukan-pasukan hebat yang terdiri daripada pemain-pemain bola profesional seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan ramai lagi.
2. Koleksi unik daripada XM Studios. Pameran patung-patung berharga yang dihasilkan dengan penuh teliti. Peminat boleh menyaksikan sendiri koleksi yang diinspirasikan daripada filem Marvel seperti Avengers, X-Men dan Antman; Star Wars; filem DC seperti Batman dan banyak lagi.
Ads
3. Sesi bergambar bersama prop bersaiz besar dan model daripada filem The Dark Knight! Jika sebelum ini peminat hanya boleh melihat Tumbler dan Batpod di Gotham, kali ini mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dengan watak-watak kegemaran mereka di ACC 2018! Karakter lain yang akan turut membuat kemunculan termasuklah Predator, Batman Ninja dan turut tidak ketinggalan kerusi legenda daripada X-Men, Magneto Chair!
4. Diorama Eksklusif Dragon Quest! Setelah 30 tahun, permainan “role-playing” ini masih diminati ramai. Tahun ini menyaksikan penganjurannya yang ke-11 yang lengkap dengan lanskap mini, pertarungan sengit, watak-watak ikonik dan set-set berskala besar yang mengagumkan.
5. Penampilan istimewa oleh artis animasi legenda, Nobuo Yamada atau NoB (Super Sentai dan Saint Seya) dan Chie Nakamaru atau mao (Doraemon).
Ads
6. Korang juga berpeluang untuk sertai pertandingan Asia Comic Con Cosplay Championship Malaysia 2018 yang menawarkan hadiah wang tunai tempat pertama RM5,000!
Bermula dari sekarang hingga 3 Julai, dapatkan tiket awal dengan harga istimewa – pas 3 hari bernilai RM39 di sini dan untuk berita terkini ACC 2018, layari www.facebook.com/asiacomicconmalaysia/.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan terbaru Zac Efron menjadi tumpuan netizen. Bintang ‘High School Musical’ dituduh menjalani pembedahan plastik.
Implan, pembedahan plastik dan buang lemak sudah menjadi perkara biasa buat bintang-bintang terkenal dunia. Maklum sahaja, dengan demand peminat yang harus dipenuhi, mereka perlu tampil menarik 24 jam tanpa gagal. Akhirnya, pembedahan plastik menjadi pilihan untuk memenuhi segala tuntutan kerja dan permintaan peminat.
Baru-baru ini, Zac Efron muncul dalam video pendek untuk mempromosikan projek ‘Earth Day Musical’ Bill Nye di Facebook Watch. Bersama beberapa selebriti lain, dia menyampaikan pesan bahawa masyarakat dunia harus lebih prihatin dan melindungi alam sekitar.
Daripada mesej positif mengenai alam sekitar, perhatian netizen lebih tertumpu pada wajah Zac Efron. Pelakon berusia 33 tahun itu disyaki menjalani pembedahan plastik atau prosedur kosmetik.
Memang nampak dengan jelas, netizen mendapati ada sesuatu yang berbeza dari wajah bekas kekasih Vanessa Hudgens ini. Terutama di kawasan rahang dan bibir. Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dengan perubahan antara lelaki terkacak dunia itu.
zac efron getting botched plastic surgery and looking like thanos is what is going to put me over the edge
Sebelum ini, Zac Efron pernah didakwa melakukan pembedahan plastik tetapi beliau tidak mengaku membuat pembedahan untuk merubah wajahnya. Namun mengikut sumber, dia telah melakukan pembedahan kecil di bahagian hidung dan dagu.
Tapi, perubahan terbaru ini memang ‘real’ ye. Kalau tak ngaku juga tak tahu lah….tapi penulis suka Zac Efron yang dulu…huhuhu
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, memetik laporan Koreaboo, aktres yang cukup berbakat itu dilaporkan telah meninggal dunia, pada Isnin selepas bertarung nyawa melawan penyakitnya sebelum mengalami strok sehingga tidak sedarkan diri.
Park Ji Ah
Mendiang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 52 tahun akibat infarct otak atau lebih dikenali sebagai strok iskemik.
Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh agensi yang mewakili mendiang iaitu Billions.
Billions akan sentiasa mengenang semangat yang dimiliki mendiang, kerana dia mencintai lakonan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi, kami mengucapkan salam takziah.
Sementara itu, proses pemakaman mendiang akan berlangsung pada 2 Oktober di Pusat Perubatan Asan.
Untuk info, Park Ji-ah memainkan watak Jung Mi-hee dalam drama tersebut, merupakan salah satu watak yang merosakkan kehidupan Moon Dong-eun meskipun dia adalah ibunya. Selain itu, dia juga mempunyai masalah ketagihan alkohol dan susah untuk mengawal kemarahannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Drama ini menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah ketika virus zombie merebak dan mereka berhempas pulas berjuang untuk meneruskan hidup. Siri ini adalah berdasarkan webtoon popular dari Jong Dong Geun yang dikenali sebagai ‘novel grafik zombi gaya Korea’.
Netflix baru-baru ini telah mengeluarkan senarai rancangan yang paling banyak ditonton di platform tersebut pada tahun 2022.
Menurut data yang dikumpul dari 1 Januari hingga 18 Disember, hanya 3 K-Drama yang berjaya menduduki dalam senarai Top 10 rancangan bukan bahasa Inggeris yang paling banyak ditonton di Netflix, iaitu “All Of Us Are Dead” di tempat pertama dan “Extraordinary Attorney Woo” di tempat kedua.
Foto Via News1
Kemudian, drama lakonan Kim Se-jeong dan Ahn Hyo-seop iaitu “Business Proposal” turut tersenarai dan berada di tempat kelapan.
Dalam pada itu, drama “All Of Us Are Dead” telah disahkan akan kembali dengan musim kedua selepas menerima sambutan hangat untuk musim pertama.
Tahniah buat semua pelakon dan krew drama ‘All Of Us Are Dead’ , tak sabar nak tonton siri terbaru mereka nanti!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali Keluang Man?
Adiwira lokal legenda ini pertama kalinys muncul di kaca televisyen lewat tahun 90-an dalam bentuk animasi.
Namun kini dengan kemunculan...