Asyik Berkepit, Apa Sebenarnya Hubungan Shawn Mendes Dan Camila Cabello?

Share

Friends don’t know the way you taste

Sejak melancarkan duet bersama bertajuk Senorita baru-baru ini, kelihatan hubungan penyanyi pop, Shawn Mendes dan Camila Cabello semakin rapat.

Difahamkan kedua-dua mereka mula mengenali antara satu sama lain ketika sama-sama menjadi opening act untuk konsert jelajah Austin Mahone pada tahun 2014 lalu dan kemudiannya mengeluarkan single bersama bertajuk I know What You Did Last Summer.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini kelihatan baik Shawn mahupun Camila enggan berenggang dan sering kelihatan bersama.

Malah, wartawan juga turut menangkap pasangan itu ketika malam hari kemerdekaan Amerika Syarikat dan penyanyi lagu Real Friend itu juga turut hadir ketika persembahan Shawn baru-baru ini di Staple Center.

Susulan itu, sumber rapat pasangan itu mendedahkan kepada E News!

bahawa sememangnya Shawn dan Camila sentiasa bersama sejak minggu lalu lagi.

“Mereka tidak dapat dipisahkan sejak minggu lalu lagi, mereka sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam bersama. Jarang sekali berpisah!

“Camila hadir ketika Shawn buat persembahan dan juga mereka banyak menghabiskan masa bersama di sebuah parti ketika malam hari kemerdekaan Amerika Syarikat. Mereka seolah-olah tak mahu berpisah langsung.

“Ketika makan bersama, kedua-duanya sentiasa pegang sesama mereka, menggoda dan juga sentiasa nak dekat. Mereka juga nampak sangat gembira bersama,” kata sumber itu.

Setakat ini, baik Shawn, 20 tahun mahupun Camilla, 22 tahun mengesahkan status hubungan mereka namun para peminat nampaknya merestui perhubungan tersebut.

Kalau betul pun apa salahnya, kedua-dua mereka masih single kan?

Published by
Khaleeda