Asyik Pakai Baju Sama Je, Cuba 4 Gaya Ini Berdasarkan Dating Plan Korang

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Biasalah, hujung minggu adalah masa terbaik untuk pergi dating; because everyone is so busy liddat.

 

Setiap kali nak keluar, mesti korang confuse untuk pakai stail baju bagaimana. Ataupun baju yang dipakai asyik korang recycle. Remaja ada 4 cadangan stail apa yang terbaik untuk korang weekend ini berdasarkan perancangan date yang korang pilih.

 

01

Casual Brunch

Sembonia Polarized. Model: Amir Foto: Jazlan Nangar

 

Terlambat bangun pada hari Ahad? Tak mengapa, kamu masih boleh hangout

untuk waktu Brunch pada tengah hari. Nak nampak smart tetapi masih kasual dah tak terlalu mencuba. Takut nanti orang kata poyo pula kan.

Apa kata korang padankan sweater dengan rekaan grafik seperti stripe dengan kaca mata polarized Sembonia bercorak leapord.

 

02

Movie Date

Sembonia Polarized. Model: Anna Foto: Jazlan Nangar

 

Selepas waktu makan tengah hari adalah antara masa terbaik untuk korang ajak pasangan masing-masing pergi menonton filem yang baru ditayangkan di pawagam. Sudah tentu, baju bersaiz besar dan sedikit tebal menepati keadaan pawagam yang sejuk sentiasa.

Lilitkan pula jaket sampingan di pinggang sebagai satu lagi lapisan ekstra sekiranya masih tak tahan dengan suhu sejuk. Sebelum ke sana, padankan saja kaca mata hitam polarized Sembonia.

Perhatikan kepada pemilihan corak pada model. Warna solid

dicampurkan dengan corak pada head band, skirt dan kaca mata agar look korang tak nampak sarat.

 

03

Tea Date

Sembonia Polarized. Model: Afeq Foto: Jazlan Nangar

 

Sesiapa saja mesti sukakan date bertemankan matahari terbenam (dan bersama pasangan, OF COURSE). Go casual, tapi masih memberi impak. Contohnya dengan pemilihan warna solid yang terang lagi jelas, seperti merah, hijau dan putih pada model. Bukan saja T-shirt bagus untuk menangani masalah cuaca panas semasa waktu senja, tetapi ia juga demi keselesaan kamu bergerak ke sana-sini.

Jangan lupakan kaca mata polarized dari Sembonia. Pilih saja rekaan hitam matte bagi memberikan efek tegas dan wow.

 

04

Dinner Date

Sembonia Polarized. Model: Anna
Foto: Jazlan Nangar

 

Malam bermakna stail yang lebih glamor? Mungkin juga, tetapi janganlah sampai korang tak dapat menjadi diri sendiri. Padankan sweater turtleneck dengan skirt polos untuk kelihatan kasual dan glamor. Perlukan sarungkan kaca mata hitam?

Why not jika kamu selesa dengannya. Lagipun, ia adalah salah satu aksesori wajib untuk trend masa sekarang especially kaca mata polarized baby pink dari Sembonia

 

Jadi, mana satu gaya baju & kaca mata polarized yang paling korang suka?

 

Published by
FZ