Sakit kepala yang berdenyut-denyut dan membuatkan kita pening merupakan satu keadaan yang cukup annoying sekali. Ia cukup menggangu apatah lagi jika ia berlaku secara tiba-tiba tatkala kita sedang sibuk menyiapkan sesuatu kerja. Pastinya ia membuatkan kita berasa sangat tidak selesa berdepan dengan rasa sakit begitu.
Ingat, jika kamu sering sakit kepala jangan biarkan ia berterusan dalam tempoh yang lama. Kalau ia berlaku dengan kerap dalam jangka waktu yag singkat segerelah ke hospital atau klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lebih teliti.
Ada beberapa penyebab mengapa kamu boleh sakit kepala. Ini 5 penyebab utama sakit kepala yang boleh Remaja kongsi bersama kamu.
Stres yang berlebihan
Perasan tak bila kamu stres atau berasa tertekan sakit kepala itu akan muncul dengan pantas sekali. Walaupun tanpa sebarang kad undangan, tapi ‘dia’ laju saja muncul di kepala. Stres disebabkan tekanan kerja atau masalah peribadi boleh menyebabkan kamu sakit kepala kerana tekanan darah akan meningkat. Selain itu, jika tubu tidak cukup rehat juga boleh menyebabkan stres lalu membuatkan kamu tidak lalu makan dan kurang minum air. Awas, itu merupakan kombinasi yang cukup merbahaya buat kesihatan.
Ads
Bila terlalu banyak kandungan kafein
Minuman berkafein seperti kopi atau cola memang sedap untuk diminum. Apatah lagi ia dijadikan sebagai sumber untuk kita berjaga sehingga lewat malam dan melawan rasa mengantuk ketika mengulangkaji pelajaran. Bila tiba musim final exam, kopi pastinya jadi minuman paling popular di kampus. Tapi tahukah kamu bahawa kandungan kafein yang dianggap normal di dalam tubuh ialah hanya 50 hingga 100 mg? Jika kafein diambil secara berlebihan maka ia boleh membuatkan kamu sakit kepada dan mula rasai simptoms pandangan berpusing serta kabur.
Air merupakan sumber yang sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Dan jika badan mengalami dehidrasi ia boleh menyebabkan sakit kepala. Disebabkan itulah kita perlu minum air dengan mencukupi kerana selain memberikan kesihatan yang baik ia juga membolehkan badan kita lebih cergas. Jika berlaku dehidrasi, darah akan menjadi pekat dan ia boleh mempengaruhi aliran darah ke otak. Dan gangguan inilah yang boleh menyebabkan sakit kepala.
Ads
Menggunakan kaca mata yang tidak sesuai
Kepada kamu yang menggunakan kaca mata, perkara ini harus diambil serius. Jika kamu sering mengalami sakit kepala dan pening tetapi tidak tahu apa puncanya, periksalah semula kaca mata yang dipakai. Besar kemungkinan kaca mata yang tidak sesuai dengan kadar kerabunan kamu menjadi puncanya. Malah, jika tidak diambil tindakan lebih awal kerabunan kamu mungkin akan jadi lebih parah.
Mengalami jangkitan sinus
Jangkitan sinus bukanlah menjadi penyebab utama sakit kepala yang mungkin sedang kamu alami. Akan tetapi ia tidak menolak kemungkinan berpunca daripada jangkitan ini. Jika kamu sakitm kepada dan jangkitan sinus mengeluarkan cairan pekat berwarna hijau keluar daripada hidung, kamu harus segera mendapatkan rawatan lanjut di hospital. Mungkin ia berpunca daripada jangkitan bakteria atau virus dan kedua-duanya perlu dirawati dengan cara berbeza.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Artis milik masyarakat. Inilah yang sering kita dengar apabila seorang individu menceburi dunia hiburan. Tak hairanlah kerana perkataan “artis milik masyarakat”, trend memalukan artis kebelakangan ini semakin galak berlaku di media sosial.
Bermula isu body shaming, isu warna kulit, kutuk mengutuk, komen jelik dan berbaur lucah antara yang sering kita baca di mana artis yang terkena akan menyuarakan kekesalan hati mereka apabila reputasi mereka tercalar. Sebagai manusia biasa, “siapa boleh tahan” kalau hari-hari menerima cercaan dan sudah pasti kesabaran akan menipis.
Tentu peminat masih ingat isu penyanyi Misha Omar yang memberi tempoh 7 hari kepada peminat kerana memfitnahnya menggunakan Mak Esah (bomoh) selepas dirinya memenangi Anugerah Juara Lagu ke 33.
Insiden itu bermula hanya kerana peminat, Zahar, 27 tahun yang tidak berpuas hati kerana penyanyi kesukaannya, Siti Sarah Raisudin tidak memenangi apa-apa gelaran dan menuduh Misha menggunakan Mak Esah untuk menang pertandingan tersebut. Lelaki berkenaan akhirnya meminta maaf di atas keterlanjuran kata-katanya dan mengaku bersalah selepas peguam mewakili Misha menuntut pemuda berkenaan membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan saman.
Masih ingat dengan kes Linda Rafar dengan jururawat sehingga ramai mengeluarkan komen jelik dan menyakitkan hati sehingga memaksa pelakon berkenaan mengambil tindakan saman terhadap 100 individu kerana memalukannya di media sosial?
Isu tersebut masih berjalan malah ada doktor yang diberikan surat saman sebanyak RM4 juta berikutan kes yang tular di media sosial ini.
Kala ini, kecoh tentang isu warna kulit yang dihadapi oleh Artis Baru Wanita Popular, Haneesya Hanee di ABPH 32 sehingga ada peminat menyamakan warna kulitnya itu seperti Hajar Aswad sehingga memaksa ibunya membuat laporan polis kerana sikap keterlaluan netizen yang sentiasa menyakiti hati artis berbakat ini.
Sebelum itu, isu pelakon Yasmin Hamid turut berjaya memenangi saman malu selepas anak angkatnya digelar bapok oleh netizen dan memaksa permohonan maaf secara terbuka dilakukan oleh netizen yang memalukan anaknya di media sosial.
Begitu juga pengurus artis popular Dato Siti Nurhaliza iaitu Rozi yang akan mempertimbangkan tindakan saman selepas Dato Siti dimalukan di media sosial oleh netizen yang agak biadap melontarkan komen.
Terbaru, penyanyi Baby Shima yang menjadi mangsa “kelucahan melampau” remaja yang menghantar mesej lucah kepadanya memberi amaran serius kes berkenaan.
Membuktikan dakwaannya benar, Shima memuatkan tangkap layar itu sebagai bukti sambil memberi amaran di ruang sama. Dalam kenyataannya, Baby Shima berkata, “Anda bukan orang pertama! Jangan pula bagi alasan bodoh lepas ni. Telefon kena godam.
“Masih ada yang tidak sedar diri lagi rupanya! Tunggu tindakan selanjutnya. Terima kasih komen anda,” coretnya.
Adakah netizen berfikir artis milik masyarakat? Sebelum itu perlu faham apa azab perlu korang hadap kalau tertangkap mengeluarkan komen jelik kepada individu lain.
Apa ada di sebalik Akta Komunikasi & Multimedia 1998 (Akta 588)
Disebabkan artis manusia biasa punya hati dan perasaan sebagaimana individu lain, pastinya mereka tidak terlepas membuat tindakan susulan jika terus dimalukan. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di Internet, iaitu:
Seksyen 211: Larangan Terhadap pemberian kandungan jelik
(1) Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.
(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
Manakala di bawah Seksyen 233 (1) (b) pula mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1) (b), seseorang yang memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik melakukan suatu kesalahan.
Mereka yang membuat kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mangsa boleh terus membuat laporan di mana-mana balai polis yang berdekatan atau terus membuat laporan di SKMM untuk tindakan selanjutnya.
Jadi sebelum komen jelik-jelik dan menyakitkan hati, perlu fikir maksud ini, benarkah ARTIS MILIK MASYARAKAT? Atau sebenarnya ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT?
Mereka punya hati dan perasaan dan sebagaimana kita tidak mahu hati kita disakiti, jangan sesekali kita menyakiti hati orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara rasminya, gadis eksotik berketurunan Cina-India, Melisha Lin telah dimahkotakan dengan tiara rasmi Miss Supranational Malaysia 2022, pada 17 Jun lalu.
Bertempat di lokasi penaja rasmi tiara iaitu CERES Jewels, Melisha, 24 kelihatan cukup manis, peramah dan paling utama, bersedia untuk menggalas tugas mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Supranational 2022 yang bakal dilangsungkan di Poland, tidak lama lagi.
Apa yang menjadikan upacara pemahkotaan kali ini bersejarah adalah kerana ia secara tidak langsung menamatkan ‘kemarau’ empat tahun sejak Malaysia menghantar wakil ke pertandingan Miss Supranational.
Kali terakhir adalah menerusi pelakon dan model jelita, Sanjna Suri pada tahun 2018 di mana dia telah menempatkan diri dalam kelompok 25 peserta terbaik. Sanjna yang turut ditemui di majlis yang sama meluahkan rasa gembira apabila akhirnya dia memiliki pengganti setelah tempoh yang cukup lama.
“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Melisha. Saya percaya dia mempunyai segala ciri-ciri sebagai seorang ratu. Bukan hanya cantik, dia juga bekerja keras dan berdedikasi. Saya berharap Melisha akan benar-benar menikmati masanya di Poland kerana peluang tersebut hanya akan datang sekali seumur hidup,” pesan Sanjna.
*
Pada majlis tersebut, Sanjna telahpun menyerahkan mahkota tajaan CERES kepada Melisha yang khabarnya bernilai USD1.5 juta atau kira-kira RM6.6 juta!
Jika korang perasan, tiara tersebut merupakan tiara sama yang pernah ditaja oleh CERES sewaktu berkolaborasi dengan sebuah lagi pertandingan ratu cantik di Malaysia, tidak lama dahulu.
Dalam ucapannya yang diselit sedikit perasaan sebak, Melisha melihat perjalanannya dalam platform Miss Supranational sebagai satu pengalaman yang memberinya seribu satu makna.
“Saya berterima kasih kepada Pengarah Kebangsaan Miss Supranational Malaysia 2022, Dr Sean Wong, Encik Eric Goh, para penaja saya, ahli keluarga, rakan-rakan dan rakan media yang tidak putus-putus memberikan sokongan selama ini.
“Saya memulakan ‘perjalanan Supra’ saya pada tahun 2020 dan ia penuh dengan rasa minat serta dedikasi tinggi; demi mengharungi cabaran-cabaran yang hadir dengannya. Akhirnya, tiba juga masa yang saya nanti-nantikan.
“Tinggal seminggu saja lagi sebelum saya bertolak ke Poland pada malam 26 Jun 2022 dan membawa nama Malaysia di Miss Supranational 2022,” umum graduan jurusan Pengurusan Pemasaran ini dengan penuh bertenaga.
Melisha terlebih dahulu pernah menyertai pertandingan ratu cantik Supra Star Search dan menduduki kedudukan Naib Juara. Bak katanya sendiri, “Takdirnya (untuk menang) tidak dinafikan tetapi hanya ditangguhkan seketika.” (“My destiny was not denied but just delayed.”)
“Saya amat bersyukur kerana dipilih mewakili Malaysia ke Poland. Saya teruja dengan peluang ini dan buat organisasi Miss Supranational, terima kasih kerana sekali lagi menerima penyertaan Malaysia setelah empat tahun (negara) tidak menghantar wakil ke sana.
“Ingatlah (kepada semua yang menyokongnya), usah pernah takut untuk mencuba, jangan biarkan kegagalan lampau menghantui anda dan hanya diri anda yang menakrifkan siapa anda yang sekarang,” tambahnya lagi.
Relatifnya, Melisha tidak mempunyai tempoh masa penyediaan terpanjang dalam kalangan ratu cantik dari Malaysia sebelum bertanding di peringkat antarabangsa. Kira-kira sebulan saja masa yang dimiliki Melisha. Bayangkan, dia dimahkotakan secara rasmi hanya sembilan hari sebelum bertolak.
Namun percayalah, Melisha telah menggunakan waktu yang ada ini untuk betul-betul mempersiapkan apa yang patut untuk memberi saingan terbaik. “Selain menghabiskan waktu-waktu terakhir ini untuk menyiapkan penggambaran ‘look book’ saya (OOTD Melisha di Poland kelak), ada beberapa video lain yang perlu saya siapkan untuk dihantarkan kepada pihak Miss Supranational.
“Ya, banyak juga perkara yang perlu saya lakukan sebelum hari Ahad ini tetapi saya tetap teruja,” katanya yang telahpun menyiapkan tiga gaun malam untuk dipilihnya menjelang acara kemuncak Miss Supranational 2022.
Jangan lupa untuk mengundi Malaysia dan Melisha bagi Miss Supranational 2022 apabila info lanjut mengenai proses pengundian diberitahu kelak. Ayuh Malaysia! Kita pernah menjadikan impian beberapa ratu cantik negara tercapai menerusi undian peminat sebelum ini. Jadikan impian Melisha untuk membuka langkah seterusnya di pentas Miss Supranational 2022 satu kenyataan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aip…korang ingat selulit hanya akan dialami bila sudah berusia ke? Tidak kira usia, isu selulit boleh menyelubungi wanita muda mahupun tua.
Kalau korang nak tahu, sebenarnya selulit adalah keadaan yang memberi kesan kepada rupa kulit di kawasan yang mempunyai deposit lemak (yang paling ketara di bahagian punggung dan paha), memberi kulit rupa berlekuk, dan berketul-ketul.
Jadi apa perlu kita lakukan untuk elakkan selulit di badan? Gabungan diet dan senaman yang betul akan mengurangkan lapisan lemak di bawah kulit, menjadikan selulit kurang ketara. Pemakanan yang betul juga boleh membantu memastikan kulit dan tisu penghubung kuat, lebih sihat, dan lebih lembut.
Tapi kalau korang nak jalan pintas yang dijamin selamat dan efektif, jom cuba ageLOC® WellSpa iO™, peranti kecantikan dan kesejahteraan diri pintar yang direka untuk meningkatkan keyakinan terhadap tubuh badan, peremajaan kulit dan kesejahteraan diri secara menyeluruh.
Peranti kecantikan ini adalah inovasi terbaru daripada jenama terlaris di dunia ini dalam
sistem peranti kecantikan selama enam tahun berturut-turut, NU Skin.
Dengan teknologi arus mikro adaptif yang sedang dipatenkan, ageLOC® WellSpa iO™
menawarkan pengalaman yang boleh diperibadikan untuk memenuhi keperluan rakyat
Malaysia yang semakin berkembang. Wow canggih!
Bagi korang yang giat bersukan dan selalu ke gim, ageLOC® WellSpa iO™ ini juga boleh dijadikan BFF sejati kerana ianya turut direka untuk menambahbaik penampilan dan membantu pengguna bersantai selepas melakukan aktiviti fizikal yang bertenaga.
Lebih menarik lagi, peranti ini menggunakan teknologi arus mikro adaptif unik yang sentiasa beradaptasi (lebih daripada 80 kali sesaat) dengan kekonduksian kulit sepanjang setiap sesi untuk memberikan pengalaman yang optimum dan selesa. Barulah boleh feeling ala-ala spa di rumah….
Peranti pegang-tangan ini juga meningkatkan manfaat penjagaan kulit yang ditawarkan oleh produk pelengkap tersebut dengan menyasarkan pada kontur yang ketara, mengurangkan penampilan selulit, merangsang relaksasi badan serta untuk pengalaman kepuasan yang menyeluruh.
Bagi korang yang asyik stres dengan selulit di badan, usah khawatir lagi kerana penyelamat anda telah tiba!
Buat makluman, Nu Skin telah menjalankan kajian rutin penggunaan ageLOC® WellSpa iO™ Revitalize atas 33 wanita berumur antara 25 hingga 60 tahun yang mempunyai selulit ringan hingga sederhana di bahagian atas belakang paha, atas belakang lengan dan/atau abdomen.
Rutin ini merangkumi penggunaan ageLOC® Body Polish sebagai pembersih pengelupasan pada semua permukaan kulit tersebut; penggunaan peranti ageLOC® WellSpa iO™ bersama ageLOC® Body Serum selama tiga minit, tiga kali seminggu; dan penggunaan ageLOC® Dermatic Effects sebanyak dua kali sehari.
Para peserta mencatatkan penambahbaikan dalam penampilan kulit mereka berdasarkan ciri berikut pada setiap permukaan kulit iaitu selulit, keanjalan, kontur, ketegangan, kelembutan, penghidratan dan keseluruhan penampilan. Memang ternyata berkesan!
Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan peranti kecantikan ini sebaik sahaja ia tiba di pasaran awal tahun hadapan okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: NU Skin
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...