Mencuci pinggan boleh mengurangkan tahap tekanan anda dengan ketara sekiranya anda melakukannya dengan tertib, menurut satu kajian terbaharu.
ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Dalam Top 3 Senarai Negara Dengan ‘Jalan Raya Maut’ – Kajian UK
Dalam kajian tersebut, penyelidik di Florida State University mengarahkan seramai 51 orang pelajar untuk mencuci pinggan mangkuk.
Namun sebelum mereka memulakannya, separuh daripada jumlah pelajar diminta untuk membaca satu perenggan panjang mengenai arahan mencuci pinggan manakala sebahagian lagi diminta membaca perenggan yang pendek.
Mereka diminta berbuat demikian untuk melihat adakah seseorang itu akan menumpukan perhatian pada tugas yang diberikan. Dalam kata mudah, ketika mencuci pinggan, seseorang itu akan sepenuhnya sedar dirinya sedang mencuci pinggan dan dapat mengurangkan kadar stres yang mereka hadapi.
“Setelah membaca perenggan tersebut, secara automatik saya terus menjadi diri saya sendiri, sedar akan kehadiran, fikiran dan tindakan saya,” kata salah seorang daripada mereka.
Fokus individu yang mencuci pinggan terletak pada aroma sabun, suhu air dan sentuhan (pinggan) mengalami peningkatan inspirasi sebanyak 25% dan penurunan rasa gugup dalam diri sebanyak 27%.
Manakala, mereka yang tidak mencuci pinggan tidak mendapat manfaat sama sekali daripada tugas yang dilakukan.
Hasil kajian tersebut mendapati, seseorang individu dapat mengurangkan tekanan hanya dengan melakukan pelbagai aktiviti harian yang umum tanpa mengeluarkan kos yang banyak untuk merawat tekanan dan kemurungan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pixels