Ads
Home Berita Asyraf Wajdi Bantu Pelajar Tular Tak Dapat Hadiri Ujian Kelayakan MRSM –...

Asyraf Wajdi Bantu Pelajar Tular Tak Dapat Hadiri Ujian Kelayakan MRSM – “Ilmu Saja Boleh Ubah Hidup Kita”

Ads

Tidak semua orang beruntung untuk dilahirkan dalam kehidupan yang senang. Namun disebabkan desakan hidupan dan kesedaran yang tinggi, ramai yang berjaya menikmati hidup yang lebih baik atas usaha keras diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN : Diana Danielle Berhasrat Biaya Pelajaran Bagi Pelajar Tidak Berkemampuan, “Saya Faham Nasib Mereka…”

Sebelum ini tular pelajar yang dikenali sebagai Nur Nasuha yang terlepas menduduki ujian kecenderungan MRSM (UKKM) akibat keluarganya kekurangan simpanan untuk menghantar selain hanya mempunyai motosikal.

Murid Tak Dapat Duduki Ujian Kemasukan MRSM Kerana Keluarga Tiada Kereta

Baru-baru ini, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@drasyrafwajdi) dilihat sedang menghubungi murid perempuan dikenali sebagai Nur Nasuha yang tular disebabkan halangannya untuk menduduki ujian kelayakan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Asyraf Wajdi Bantu Pelajar Tular Tak Dapat Hadiri Ujian Kelayakan MRSM – “Ilmu Saja Boleh Ubah Hidup Kita”

Memetik Harian Metro, pelajar berumur 12 tahun itu tidak dapat menjalani ujian tersebut disebabkan oleh keluarga yang tidak mempunyai kereta untuk ke sana.

Ads

Bapa kepada Nasuha, Mohd Nusi Mamat berkata, dia tidak dapat menghantar anaknya bagi menduduki ujian berkenaan kerana tidak mempunyai wang selain hanya mempunyai motosikal.

Difahamkan, ujian kecenderungan MRSM (UKKM) dan ujian khas International General Certification of Secondary Education (IGCSE) ke Tingkatan Satu 2025 di MRSM Kuala Krai sudah pun berlangsung pada 8 Oktober lalu.

Pihak MARA Bantu Nasuha Duduki Ujian & Beri Sumbangan Persiapan Ke MRSM
Cakna dengan cabaran dan kesusahan dilalui oleh Nasuha, Dr Asyraf telah berhubung dengan keluarga Nasuha dan membantunya untuk menduduki ujian UKKM yang seterusnya di MRSM, Kuala Krai di Kelantan.

Bertanya tentang faktor utama kanak-kanak berkenaan ingin memasuki MRSM, Nasuha menjelaskan bahawa dia mahu menjadi seorang pelajar yang pintar agar dapat membantu ibu dan ayahnya.

Ads

“Kita bantu Nasuha dapatkan duit belanja untuk persediaan masuk MRSM. Ada yuran sedikit sebanyak pun pihak MARA akan bantu. Kena ingat ilmu sahaja yang boleh mengubah keluarga dan hidup kita.

“Saya bagi sumbangan sikit untuk meringankan beban. Jangan jadikan kemiskinan kepayahan, ada kekangan kewangan tu menjadi penghalang kita untuk anak-anak mengaji. Kalau ada masalah bagi tahu MARA kita boleh bantu ya,” ujar Dr Asyraf.

BACA LAGI : Sains Tulen Tak Relevan & Susah Dapat Kerja, Pilih Kursus Ada Aplikasi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ads

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI