Kecantikan

Atasi Bibir Hitam, Gelap & Mengelupas Dengan DIY Skrub Organik Ini!

Share

Skrub bibir adalah penting untuk membuatkan bibir lebih sihat dan lembap. Daripada membazir, apa kata cuba lakukan di rumah dengan menggunakan bahan organik yang ada di dapur.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Perlu Buat ‘Filler’, 3 Trik Mudah Ini Bantu Bibir Munggil Macam Angelina Jolie

Ini perkongsian SuzyHoney bagi mengatasi bibir yang hitam, gelap dan mengelupas. DIY skrub bibir ini korang boleh cuba sendiri, bukan sahaja mudah tetapi ianya menggunakan produk semula jadi dan selamat digunakan.

Ini Perkongsiannya

Bibir kering dan kadang jadi gelap dan lebam. Akak nak kongsikan satu resepi seperti biasa dengan bahan mudah dapat dirumah. Bagi yang ada masalah bibir gelap dan sensitif boleh guna cara ini secara alami.

Bibir merah bak delima merupakan idaman setiap wanita. Dengan mengamalkan petua di bawah, anda tentu dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, tetapi ia juga bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.

BAHAN-BAHAN:
• Satu sudu serbuk kunyit
• Satu sudu susu
• ½ sudu jus lemon
• Satu sudu air mawar

*Jika mahu boleh tambahkan sedikit madu lagi melembapkan bibir.

CARA PENYEDIAAN:
Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian gaul hingga sebati. Sapu pada bibir dan gosokkan perlahan-lahan selama tiga minit. Setelah itu, bilas dengan air suam.

1. Serbuk kunyit
Kunyit mengandungi antioksidan dan antibakteria yang mampu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki kulit dan mengurangkan lingkaran hitam.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

2. Lemon
Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang membantu menegangkan serta mencerahkan kulit.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor Ini Jelaskan Sebab Bibir Jadi Gelap Salah Satunya Tabiat Gigit Bibir

3. Air mawar
Air mawar mempunyai ciri-ciri antiradangan yang membantu mengurangkan kemerahan kulit dan menghilangkan jerawat serta jeragat. Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan kekotoran dari pori-pori.

4. Susu
Susu kaya dengan vitamin B, asid alfa hidroksi, kalsium dan antioksidan lain yang mampu menyihatkan kulit dari dalam, sekali gus mengekalkan kulit lembap sepanjang hari.

Petua semula jadi jika diamalkan secara konsisten pasti akan memberikan hasil seperti yang diharapkan. Kuncinya mesti rajin amalkan!

BACA LAGI : DOLLA Kongsi Cara Pastikan Warna Bibir, Maskara & ‘Eyeliner’ Tak Tertanggal Sepanjang Hari

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana