Rambut berminyak adalah masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan panas dan lembap.

Minyak berlebihan pada kulit kepala boleh menyebabkan rambut kelihatan lepek dan tidak bermaya.

ARTIKEL BERKAITAN : Pewarna DIY, Rambut Tetap Bergaya & ‘Up To Date’ Tapi Patuh Syariah!

Tak boleh buat tak tahu sebab rambut yang kritikal dengan minyak akan menyebabkan syampu tidak berbuih langsung. Malah bau rambut busuk dan buat rasa tak selesa.

Tip Kurangkan Rambut Berminyak, Boleh Guna Bedak Bayi Je

Atasi Rambut Berminyak, Triknya Dengan Guna Bedak Bayi!

Ads

Mungkin anda telah mencuba pelbagai jenis syampu khususnya untuk kulit kepala berminyak tetapi tidak berkesan malah ada yang semakin teruk!

Sebenanya kulit kepala berminyak berpunca daripada pengeluaran minyak berlebihan dari sebum. Minyak yang keluar dikhaskan untuk menjaga kulit dari menjadi kering atau hilang kelembapan. Namun jika berlebihan boleh membawa kepada masalah kelemumur dan lebih teruk jangkitan kulat malassezia.

Anda dah penat dengan gatal-gatal dan rasa berminyak kepala? Mari ikuti langkah penjagaan ini.

Ads

Jaga Makan

Individu yang lebih banyak makan karbohidrat dan lemak boleh meningkatkan kadar pengeluaran sebum. Jadi kena kurangkan karbohidrat dan lemak sahaja ke? Bukan tapi pastikan sumber yang menyihatkan seperti dari minyak ikan atau makanan laut.

Kerap Syampu Rambut

Salah satu rutin yang wajib diterapkan ialah bersyampu dengan kerap tapi jangan terlalu banyak menggunakan produk. Cukup untuk membersih kulit kepala dan jangan mengosok terlalu kuat.

Guna Gel Rambut

Guna jumlah produk gel atau minyak rambut mengikut kesesuaian. Ingat semakin banyak produk rambut disapu rambut lebih tampak berminyak dan secara tidak langsung boleh menyumbat sebum.

Ads

Sembur Cuka Epal

Anda mahu cegah dari terus jangkitan kulat malassezia, senang buat air semburan dari campuran cuka epal. Campurkan dua atau tiga sudu besar cuka epal dengan secawan air dan letakkan dalam botol semburan. Pastikan anda sembur hingga akar dan kulit kepala sekurangnya dua atau tiga kali seminggu. Cuci rambut selepas dua atau tiga minit.

Atasi Rambut Berminyak, Triknya Dengan Guna Bedak Bayi!

Kelebihan Bedak Bayi

Bedak bayi boleh memerangkap minyak pada rambut dan mengembalikan volume. Kalau anda tak mahu sembur syampu kering ganti sahaja dengan bedak bayi. Sapukan bedak bayi pada akar rambut, untuk rambut warna gelap campurkan bedak dengan bronzer.

ARTIKEL BERKAITAN : Ragu-Ragu Hukum Inai ‘Mesra Wuduk’ Yang Tengah Viral. Ini Jawapan Mufti

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI