
Isi Kandungan
ToggleBerakhir penantian buat aktres, Datin Atikah Suhaime apabila dia selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, pada petang Sabtu.
Bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 5.17 petang.
BACA: “Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima” -Fattah Amin
Teruja dengan kehadiran puteri pertamanya, Atikah turut berkongsi nama indah yang dipilih buat si kecil iaitu Lyla Mulan Teh.
“Alhamdulillah. Anak mummy yang cantik. Lyla Mulan Teh. Rasa sangat teruja dan tak sangka saya dah ada bayi.
“Lega sangat sebab rasanya macam dah lama hamil,” tulisnya dalam Instagram.
Pelakon kelahiran Singapura itu juga memuat naik video momen pertama kali melihat wajah puterinya.
Sekadar info, Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu.
Pada September 2024, dia mengumumkan kehamilannya selepas video mukbang yang memaparkan dirinya kelihatan lebih berisi menarik perhatian ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Atikah Suhaimie
Sengaja Langgar Undang-Undang, Penganjur Good Vibe Festival 2023 Saman The 1975 RM11 Juta

Baru-baru ini, penganjur Good Vibes Festival (GVF), Future Sound Asia (FSA) telah membuat tuntutan mahkamah dan mendakwa kumpulan The 1975 secara sengaja melanggar undang-undang Malaysia walaupun sudah diberi peringatan berkali-kali.
Acara yang sepatutnya disambut bagi meraikan ulang tahun ke-10 Good Vibes Festival (GVF) tahun lalu menjadi mimpi ngeri buat FSA apabila hari kedua dan ketiga festival terpaksa dibatalkan.
Ia susulan insiden membabitkan kumpulan rock British, The 1975 yang telah melakukan aksi-aksi bertentangan dengan garis panduan ketika membuat persembahan di atas pentas.
Selepas setahun dari tarikh kejadian berkenaan, The 1975 telah di saman sebanyak 2.4 Juta Dollar (RM 11.07 Juta) oleh pihak GVF, yang mana jumlah itu hanya kurang sedikit berbanding tuntutan asal sebanyak 2.6 Juta Dollar (RM 11.99 Juta).
“Aksi mereka (The 1975) telah memberi kesan kepada artis tempatan dan para peniaga kecil di Malaysia yang bergantung kepada festival tersebut bagi peluang kreatif dan punca pendapatan” – Future Sound Asia
Menerusi firma guaman Steven Thiru & Sudhar Partnership, FSA memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Tinggi United Kingdom. Pihak penganjur itu juga mendakwa kumpulan The 1975 secara sengaja melanggar undang-undang Malaysia walaupun setelah berkali-kali peringatan diberikan.
BACA: GVF 2023: FSA ‘Layangkan’ Surat Tuntutan Buat The 1975
Dalam pada itu, mereka turut memetik persetujuan bertulis oleh vokalis Matty Healy bahawa kumpulannya akan mematuhi semua peraturan dan garis panduan tempatan.
Antara undang-undang yang dilanggar oleh kumpulan berkenaan adalah memaki, menghisap rokok dan mengambil minuman keras di atas pentas, menanggalkan pakaian, serta bercakap tentang politik atau agama.
Ini juga termasuk aksi bercium di khalayak ramai yang dilakukan oleh Matty Healy dengan pemain bass, Ross MacDonald.
Dilaporkan tuntutan mahkamah tersebut turut menyatakan bahawa The 1975 mempertimbangkan untuk tidak membuat persembahan, tetapi mengambil keputusan untuk mencabar undang-undang dengan memainkan setlist yang berbeza daripada perancangan awal.
Terdahulu, The 1975 telah mengecam polisi kerajaan Malaysia mengenai LGBT ketika melakukan persembahan di GVF 2023. Vokalis, Matty turut bertindak tidak senonoh dengan mencium MacDonald, memegang botol arak dan melakukan aksi meludah ketika di atas pentas sehingga menyebabkan keseluruhan persembahan malam itu dihentikan.
BACA: GVF 2023: ‘Full Refund’ Atau Derma Kepada Penganjur, Ini Pula Reaksi Pembeli Tiket
Sumber: Variety
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
9 Cara Hilangkan Kedutan Pakaian Tanpa Diseterika

Isi Kandungan
ToggleMenjadi seorang wanita memang sentiasa inginkan kesempurnaan. Kalau baju berkedut, memang rasa tak nak keluar rumah.
Namun, kadangkala kamu mesti mengalami waktu-waktu tertentu tatkala ingin mendapatkan seterika tetapi tidak ada. Khususnya apabila pergi bercuti sebagai backpackers, dan hotel juga tidak menyediakannya.
Situasi-situasi ini sering dihadapi oleh wanita khasnya, kerana lelaki tidaklah secerewet mereka.
Jangan risau, REMAJA telah menjumpai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa membuatkan wanita pening kepala.
Jom kita lihat beberapa tip mudah yang boleh dijadikan rujukan buat kamu semasa travel di luar kawasan.
1. Flat iron
Ha, wanita selalunya memang bawa flat iron ni kemana-mana kerana saiznya yang lebih kecil. Caranya, letakkan flat iron ini pada suhu yang sederhana dan kepit kan pada bahagian baju yang berkedut itu selama beberapa saat.
Pastikan iron tidak mempunyai rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya. Ini boleh merosakkan pakaian kamu. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakaian yang lembut dan nipis.

2. Air + Cuka
Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1 : 3, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air (spray bottle), dan goncangkan.
Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.

3. Wap dari cerek panas
Jika kamu tidak mempunyai steamer pakaian, cerek air juga dilihat boleh menjadi alternatif untuk masalah ini.
Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, dan hala kan pakaian pada wap yang keluar pada cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.
4. Hair dryer
Alat pengering rambut boleh bertindak menjadi seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.

5. Shower steam
Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir pada arah pancutan air panas tersebut. Pastikan air tidak terpercik pada pakaian.
Tutup semua tingkap dan pintu, tunggu sehingga beberapa minit.

6. Tuala basah
Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah, dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan kamu.
Kemudian, biarkan pakaian tersebut sehingga kering.

7. Periuk panas
Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada pakaian berkedut.
Lakukan seperti kamu menggunakan seterika kerana fungsinya adalah sama.

8. Kiub ais
Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima sebanyak lima helai. Tambah beberapa kiub ais dan on kan mesin basuh.
Biarkan selama 10 minit dan pakaian tadi akan sempurna seperti diseterika. Hal ini terjadi kerana ais yang lebur ketika disejatkan akan mewujudkan wap yang menghilangkan kedutan.
Ini Yang ‘Freshie’ kena Bersedia Di Minggu Orientasi Semasa Masuk Universiti Nanti

Pantas siswa, siswi, jangan tidur!
Buat mereka yang bakal melanjutkan ke pengajian tinggi, antara perkara yang mungkin ditakuti adalah minggu orientasi.
Yalah, boleh dikatakan bermacam-macam cerita yang sering didendangkan bagaimana pelajar baru kononnya disuruh buat macam-macam semasa minggu orientasi ini sampai ada yang tertanya-tanya signifikasi minggu orientasi tersebut.
Oleh itu, Remaja ingin berkongsi perkara-perkara yang korang kena get ready untuk survive minggu orientasi ini. Take note ya!
Get ready untuk tidak cukup tidur/rehat
Selalunya, pelajar memang tidak akan cukup tidur semasa minggu orientasi ini sebab aktiviti penuh dari subuh hinggalah tengah malam. Mana taknya, dalam minggu orientasi inilah para fasilitator nak terangkan kat korang tentang uni life ni.
Nanti takdelah korang terpinga-pinga tak tahu apa-apa bila kat universiti kan.
Get ready untuk tidak cukup masa
Sebab jadual yang padat, selalunya memang akan rushing nak buat banyak benda. Contohnya, tak cukup masa nak makan, nak mandi, nak berborak dan lain-lain.
Dan, korang pun kena faham, kakak-kakak dan abang-abang fasilitator suruh korang cepat sebab nak kejarkan pelajar lain juga.
Get ready untuk buat benda pelik-pelik
Kalau asyik serius je dengar ceramah mesti korang boring kan? Lagi satu, duduk ramai-ramai tak bergaul dengan orang sekeliling pun tak boleh jugak. Jadi, cubalah husnuzon kot aktiviti yang dilakukan itu adalah just for fun. Untuk korang jugak kan?
Get ready untuk kena marah dengan fasilitator
Kakak-kakak dan abang-abang fasilitator ini pun manusia juga, ada rasa penat. Mungkin kot lah tertinggi suara ke, termarah ke asalkan tidak melebih, korang bersangka-baik sahajalah. Lagipun, bukan mudah nak jaga beribu-ribu orang kan?
Get Ready untuk hilang kawan
Haa, hilang kawan? Okay, maksudnya kat sini adalah kadang-kadang kawan waktu minggu orientasi tu tak akan bertahan sampai korang dah masuk kelas nanti. Sebab, melalui pengalaman selalunya, student first year akan lagi rapat dengan kawan sekelas. Tapi ada je yang bertahan. So chill okay!