Berita

Atikah Suhaime Pilih Nama Lyla Mulan Teh Buat Puteri Sulungnya

Share

Berakhir penantian buat aktres, Datin Atikah Suhaime apabila dia selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, pada petang Sabtu.

Bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 5.17 petang.

BACA: “Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Tak Dapat Jumpa Fatima” -Fattah Amin

Teruja dengan kehadiran puteri pertamanya, Atikah turut berkongsi nama indah yang dipilih buat si kecil iaitu Lyla Mulan Teh.

“Alhamdulillah. Anak mummy yang cantik. Lyla Mulan Teh. Rasa sangat teruja dan tak sangka saya dah ada bayi.

“Lega sangat sebab rasanya macam dah lama hamil,” tulisnya dalam Instagram.

Pelakon kelahiran Singapura itu juga memuat naik video momen pertama kali melihat wajah puterinya.

Sekadar info, Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu.

Pada September 2024, dia mengumumkan kehamilannya selepas video mukbang yang memaparkan dirinya kelihatan lebih berisi menarik perhatian ramai.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: IG Atikah Suhaimie

Published by
Fath