
Pelakon muda, Atiq Azman beri bayangan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Alia.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok, pelakon naskhah hit Nur itu dilihat sedang membuat persiapan perkahwinan selain menghitung hari untuk mendirikan rumah tangga.
ARTIKEL BERKAITAN: “Standby Tau Nak Saman” Dituduh ‘Gay’, Atiq Azman Bakal Saman Seorang Netizen
Dalam video itu juga kelihatan, Atiq yang mengenakan songkok dan Alia yang memakai tudung mengambil gambar dipercayai bagi melengkapkan borang nikah mereka.
“Bismillah #countingdays,” coretnya di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata penggiuna meluahkan rasa teruja dan mendoakan agar urusan mereka ke jinjang pelamin dipermudahkan.
“Semoga dipermudahkan urusan Alia dengan Atiq nanti,” tulis seorang pengguna.
“Adakah akan menamatkan zaman bujang? Jika ya, tahniah Alia dan Atiq,” komen seorang lagi pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Atiq Azman
#Fattzura Bakal Timang Cahaya Mata! Selebriti ‘Kerumun’ Ucapkan Tahniah

OMG tahniah!
Ibarat mengambil keberkatan penghulu segala hari dan seminggu sebelum kita memasuki bulan Ramadan, pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura mengumumkan bahawa mereka sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung mereka.
Pengumuman tersebut dilakukan menerusi akaun Instagram Hero Remaja 2011/12 itu, sebentar tadi.
Penuh tertib, Fattah berkata, “Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, kami ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama.
”Kandungan Fazura dalam bulan keempat, Alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini.
”Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang.”
Fattah menyambung dengan ucapan penghargaan kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada mereka selama ini.
Pasangan #Fattzura telah berkahwin pada tahun 2017. Walaupun mereka diakui saling menyayangi dan sweet (!), Fattah dan Fazura lebih gemar untuk kekal cool dan lebih personal dengan kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Serta-merta, para selebriti menjadi di antara ribuan followers Fattah yang mengerumuni posting tersebut untuk memberikan ucapan tahniah. Antaranya termasuklah rakan Hero Remaja 2011/12 Fattah iaitu Ben Amir dan Hafreez Adam.
Turut kelihatan ialah Alif Satar dan Alvin Chong.
Tahniah #Fattzura!
Nadhir Nasar & Anna Jobling Kongsi Pengalaman Terima Suntikan Pertama Vaksin

Pada awal bulan ini, rakyat Malaysia diberi peluang untuk membuat permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela. Walau bagaimanapun, ia hanya terbuka kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur dan terhad kepada siapa yang cepat.
Bagi Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar dan finalis Dewi Remaja 2018/19, Anna Jobling, mereka telah berjaya mendapatkan suntikan pertama vaksin dan kini sedang menunggu untuk menerima suntikan kedua.
Anna telah mendapat suntikan pertama pada minggu lalu dan Nadhir pula, baru semalam menerima suntikan vaksin di Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Gemilang.
Jom kita ikuti pengalaman mereka menerima suntikan vaksin AstraZeneca.
“Alhamdulillah, prosedur suntikan vaksin yang Anna lakukan tempoh hari semuanya berjalan lancar dan sangat sekejap. Temu janji pada pukul 11 pagi, pukul 12 tengah hari dah settle semuanya. Pertama sekali, korang perlu mendaftar di kaunter dan akan berjumpa dengan doktor. Doktor tersebut akan bertanyakan tentang kesihatan korang, sama ada mempunyai sakit kronik atau allergic. Sekiranya korang ada soalan berkaitan vaksin ini juga, korang boleh tanya pada doktor yang bertugas itu,”
“Kesan suntikan hanya dapat dirasa selepas 8 jam menerima vaksin itu. Anna mula rasa sakit badan dan demam. Suhu badan Anna mencecah 38.6 darjah Celsius tetapi ia semakin baik pada keesokan harinya. Lengan rasa sakit sikit tapi tidaklah teruk sangat. Ia mengambil masa lebih kurang empat hari untuk Anna pulih sepenuhnya daripada demam dan sakit kepala,” jelas Anna.
Ramai yang berkongsi kesan sampingan vaksin di media sosial, ia secara tidak langsung menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat. Bagi Anna, menyebarkan berita palsu atau artikel yang berkaitan vaksin tanpa sumber sahih daripada hospital atau pihak yang berwajib adalah satu tindakan yang tidak bijak.
“Jangan disebabkan ada yang tidak mahu mengambil vaksin, individu tersebut ingin menakutkan orang ramai tentang kesan daripada suntikan vaksin ini. Setiap vaksin mempunyai kesan sampingan dan secara jujurnya saya lebih rella mengambil vaksin untuk mengelakkan virus ini, daripada berpotensi besar dijangkiti COVID-19. Do your research because you spread false news. But please get the vaccine!,” tegas Anna Jobling.
Lain pula dengan pemenang Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar yang pada mulanya dia sendiri berasa takut untuk mengambil vaksin ini kerana melihat perkongsian kesan-kesan yang diterima di media sosial. Namun, pelakon baru ini mempunyai alasannya tersendiri dan memberanikan diri untuk menerima suntikan vaksin.
“Biasalah, kita hanya manusia biasa. Sebelum ini memang saya banyak membaca tentang pro & cons tentang vaksin COVID-19 ini. Tapi, bila difikirkan balik lebih banyak kebaikannya daripada keburukan. Selain itu juga, saya memikirkan kedua ibu bapa saya yang telah berumur. Macam ayah pun ada kencing manis. Jadi, saya rasa biarlah saya terima dulu suntikan vaksin ini dan lihat bagaimana prosedur serta kesannya nanti. Barulah senang nak uruskan pengambilan vaksin untuk mak dan ayah pula,” jawabnya.
“Selepas ambil suntikan semalam, seharian saya memang tak rasa apa-apa. Cuma sekarang baru rasa tangan ni macam sengal-sengal sikit dan badan mula rasa nak demam. Cuma mild fever saja jangan risau. Doktor pun ada cakap selepas terima suntikan, demam tu memang perkara biasa sebagai tindak balas badan nak menerima vaksin tersebut. InsyaAllah tidak ada apa yang perlu ditakutkan,”
“Namun begitu, walaupun sudah menerima vaksin tidak bermaksud korang tidak akan dijangkiti COVID-19. Doktor pun ada terangkan tentang hal ini. Vaksin akan membuatkan tubuh badan kita lebih immune kepada virus tersebut. Jadi, walaupun selepas divaksin nanti tidak bermaksud saya boleh keluar bersuka-ria di luar. Tetap kena jaga SOP dan memakai pelitup muka,”
“Yang penting saya telah menjalankan tanggungjawab dan berikhtiar untuk mengurangkan penularan virus pandemik ini. Selebihnya kita bertawakal sahaja kepada Allah SWT,” tambah Nadhir lagi.
Anna dan Nadhir bakal menerima suntikan kedua selepas 12 minggu tarikh terima suntikan pertama. Diharap selepas ini tidak ada lagi masyarakat yang berasa takut untuk menerima suntikan vaksin kerana insyaAllah semuanya selamat dan yang penting kita telah sedaya upaya cuba untuk menjalankan tanggungjawab dalam mengekang COVID-19.
Dolla OK Sahaja Anggota Kumpulan ‘Rookie’, SMDX Tidak Kenali Mereka

Kenyataan salah seorang anggota kumpulan rookie dari Sabah, SMDX (disebut sebagai Sumandax) iaitu Elle Thong yang mendakwa tidak mengenali kewujudan Dolla sama sekali tidak membuatkan grup wanita trio itu kecil hati.
Sebaliknya, Dolla yang dianggotai oleh Sabrina a.k.a Sabronzo, Tabby dan Angel sekadar menganggap ia sebagai isu yang remeh dan tidak harus diperbesarkan sama ada oleh peminat mereka, iDolla atau peminat SMDX.
“Kami baik-baik saja kerana kami pun tak menjangkakan semua orang mengenali ‘Dolla’. Kami belum dapat capai perhatian seluruh rakyat Malaysia.
“Jadi kami rasa okay sahaja jika ada orang tidak mengenali Dolla. Itulah sebab mengapa kami terus keluarkan lagu baharu dan content baharu.
“Harapnya menerusi konsert yang akan kami jayakan ini, kami akan mencapai lebih ramai pendengar dan penyokong baharu,” kata Sabronzo.
Pintanya lagi, kedua-dua kem peminat juga wajar hentikan sebarang perbalahan atau serangan terutamanya di media sosial.
“Kami amat mengenali iDolla, mereka berjiwa besar dan akan terus menyokong kami. Kami hargai semua itu dan tentunya kami amat sayangi iDolla tetapi tidak perlulah bertelagah.
“Industri kita kecil, perkara terakhir yang kami inginkan adalah isu gaduh-gaduh seperti ini.”
Faham SMDX Masih ‘Hijau’
Dalam pada itu, Tabby berkata Dolla tetap dengan pendiriannya selama ini untuk terus menyokong mana-mana grup muzik pop baharu di Malaysia dan berharap industri seni hiburan akan memberi peluang kepada mereka.
“Dia (Elle) seorang yang amat baharu dalam industri ini. Kami berharap pada masa hadapan, dia akan belajar dan selamat maju jaya untuk perancangannya kelak. Jangan risau, kesilapan selalu terjadi. Banyak perkara positif lain yang kita boleh fokus,” katanya.
Dolla ditemui di Planetarium Negara pada 27 Mei untuk mengumumkan konsert pertama mereka berjudul Dolla Re:Birth The Experience yang bakal dilangsungkan 3 Ogos nanti di Zepp Kuala Lumpur.
Terlebih dahulu, dua penyanyi senior iaitu Ayda Jebat dan Stacy memberikan nasihat mereka kepada SMDX dalam isu kelancangan mulut anggota kumpulannya, Elle.
ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Bawah Satu Pengurusan, Ayda Jebat Marah Lihat Video Ahli SMDX Tidak Kenal Dolla – REMAJA
BACA LAGI: Stacy Nasihatkan SMDX Belajar Untuk Diam, Jangan Main Cakap Sesuka Hati – REMAJA
FOTO: Instagram @aiialyahya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.