Pelakon kacak berusia 24 tahun, Raja Muhammaf Atiqullah Raja Azman Shah selamat mengikat tali pertunangan pada malam Sabtu lalu bersama gadis pilihan hatinya, Alia Natasha.
Tampil sedondon dalam persalinan berona ungu lilac, majlis pertunangan Atiq dan Alia itu telah dilangsungkan di Seremban, Negeri Sembilan.
Kongsi Atiq selepas majlis tersebut, keluarga kedua-dua belah pihak telahpun memilih tarikh pernikahan sekitar tahun 2025. Bagaimanapun buat masa ini, Atiq merasakan lebih molek untuknya merahsiakan perkara tersebut.
Atiq yang mula dikenali dek penangan fenomena drama Nur yang disiarkan di saluran TV3 tidak lama dahulu berkata, dirinya akan mengambil tempoh masa kurang dari setahun ini untuk mempersiapkan diri sebelum bergelar seorang suami.
Biarpun umum mengetahui Atiq mempunyai latar belakang pendidikan dalam aliran keagamaan sewaktu di bangku sekolah, Atiq merasakan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki olehnya untuk melangkah ke fasa alam rumah tangga.
“Seperti pasangan lain, kami akan menggunakan tempoh ini untuk melakukan persiapan majlis. Tetapi bagi saya sendiri, saya akan mengambil masa ini untuk memperbaiki diri.
“Perangai lama saya kenalah diubah sebab kita hendak bergelar seorang suami dan perlu bertanggungjawab terhadap isteri nanti. Tak boleh nak seronok-seronok macam dulu. Kena fikir dahulu akibat kepada setiap perbuatan kita.
“Saya pun perlu belajar tentang cara menguruskan diri dari segi menjadi seorang yang adil, penyabar dan bijak menguruskan soal kewangan keluarga,” katanya.
BACA: Raja Atiq ‘Buat Hal’ Lagi.. Kali Ini Bahu Pula Tercedera – REMAJA
BACA: “Saya Ekstrem Tak Bertempat” Dahi Atiq Azman Dijahit Selepas ‘Lompat’ Di Kawasan Rekreasi – REMAJA
Dalam pada itu, Atiq menyifatkan sekarang adalah waktu yang tepat untuknya bergelar seorang suami. Tampil lebih matang berbanding dahulu, Atiq enggan memberi terlalu banyak tekanan terhadap dirinya dan pasangan dalam melakukan persiapan perkahwinan.
Sebaliknya, adalah lebih baik menurutnya untuk mengambil langkah satu-persatu agar segalanya berjalan secara lancar.
FOTO: Atiq Azman
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.