Sudah menjadi kebiasaan bahawa sukan mampu menyatukan rakyat Malaysia apabila kita mengetepikan jurang perbezaan dan bersatu memberi sokongan padu kepada atlet-atlet yang berjuang demi negara di arena sukan antarabangsa.
ARTIKEL BERKAITAN: Atlet Termuda Sukan Komanwel Curi Tumpuan Dunia, Lawan Balik Walaupun Ketinggalan
Terbaru, Malaysia dihadiahkan emas oleh pemain boling muda negara menerusi Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh. Beliau memulakan kempen Kejohanan Remaja Asia Ke-21 2022 dengan cemerlang apabila meraih emas dalam acara perseorangan remaja lelaki di Bangkok, Thailand.
Beliau melakukan jatuhan 1,435 pin selepas enam permainan untuk muncul juara di Blu-O Rhythm and Bowl, Major Ratchayothin.
Walaupun baru berusia 18 tahun, namun itu bukan penghalang buatnya untuk menewaskan wakil Taiwan Lan Shao Kang (1,407) dan Abdulrahman Alkandari (1,406) dari Kuwait, sementara rakan negara Airel Amri Suhaimi (1,300), Syabil Azam Saymsul (1,286) dan Izz Naqiuddin Putera Islahuddin (1,285) masing-masing menamatkan saingan di tempat ke-16, ke-18 dan ke-19.
Dalam kategori remaja perempuan pula, Adiana Mohd Redzwan (1,198) dan Anis Hanani Romzi (1,185) masing-masing terlepas pingat dan menamatkan permainan di tempat kelima dan keenam.
Nur Aqila Aini Mohammed Faiz (1,107) dan Nurul Hanis Nabila Mohd Nizam (1,097) masing-masing ketinggalan dan berada di kedudukan ke-13 dan ke-15.
Singapura menguasai dua tempat teratas podium menerusi Ashley Victoria Lok (1,334) dan Shirlene Wong Xue Lin (1,300) yang masing-masing meraih emas dan perak sementara wakil tuan rumah Ramita Sarntong (1,289) membawa pulang gangsa.
Tahniah kami ucapkan buat atlet-atlet yang mengharumkan nama negara ini.
BACA: Ratu Gimnas Negara, Farah Ann Jadi Model Patung Barbie Pertama Di Malaysia
Sumber : BERNAMA
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.