Nur Hazirah Ramli, atlet boling dari Sarawak, telah mencipta sensasi dengan meraih 4 pingat emas dalam semua acara yang disertainya di SUKMA.
Dengan kejayaan ini, insentif kemenangannya kini mencecah RM 60,000, sekaligus mengharumkan nama negeri kelahirannya, Sarawak.
ARTIKEL BERKAITAN : Imane Khelif Atlet Tinju Algeria Penuh Kontroversi Di Olimpik Paris, 6 Info Swyer Syndrome!
Menurut laporan dari The Star, Nur Hazirah Ramli baru-baru ini telah meraih RM60,000 selepas memenangi empat pingat emas dalam kejohanan boling.
Wang tersebut dirancang untuk disimpan bagi menyokong hasratnya melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi massa pada tahun depan.
Seimbangkan Pelajaran Dan Sukan Boling
Hazirah menyatakan niatnya untuk meneruskan pengajian sambil terus beraksi dalam sukan boling, menyeimbangkan antara cita-cita akademik dan sukan.
Kejayaan ini telah menambah semangatnya untuk cemerlang dalam kedua-dua bidang tersebut, sekali gus membuktikan kemampuan atlet muda Malaysia yang berkaliber.
Sebelum ini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada SUKMA dan Para SUKMA kali ini.
Pemenang pingat perak akan menerima RM5,000 manakala gangsa RM3,000.
BACA LAGI : Kegembiraan Berganda, Atlet China Dilamar Sebaik Saja Menang Pingat Emas Di Olimpik!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.