Sukan

Atlet Menembak Berhijab Dari Iran Raih Perhatian Cium Al-Quran Selepas Raih Emas Paralimpik Paris 2024

Share

Baru-baru ini, atlet menembak dari Iran, Sareh Javanmardi memberi penghormatan kepada Al-Quran selepas memenangi pingat emas dalam pertandingan menembak Sukan Paralimpik Paris 2024, mendapat pujian daripada institusi Al-Quran utama.

Sareh memperoleh pingat emas dalam acara P2 10 meter pistol udara SH1 pada Paralimpik Musim Panas 2024 di Paris.

Sabtu lalu, pemain berusia 39 tahun itu sebelum ini memenangi emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, memperoleh 236.8 mata meraih tempat pertama. Penembak Turki, Aysel Ozgan memperoleh pingat perak dengan 231.1 mata, manakala atlet India Rubina Francis meraih gangsa dengan jumlah 211.1 mata.

Sejurus selepas memenangi perlawanan terakhirnya, Sareh mencium senaskhah al-Quran sebelum melakukan sujud di atas bendera negaranya.

Ketua Dar-ol-Quran Iran mengeluarkan kenyataan, memuji tindakan atlet itu dalam menghormati al-Quran.

Pingat emas di Paris merupakan yang keempat dimenangi Sareh sepanjang lima kali penyertaan Sukan Paralimpik iaitu dua di Paralimpik Rio 2016 manakala satu di Paralimpik Tokyo 2020.

Sekadar info, Sareh yang diberi julukan Iran Pistol Queen dilahirkan dengan kecacatan pada bahagian kaki mengumumkan akan bersara demi menumpukan perhatian kepada keluarga.

Sumber: Sinar Plus

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Published by
ZOE