Travel

Atlet Olimpik Muntah Teruk Lepas Berenang Dalam Sungai Seine, 10 Fakta Warisan UNESCO Ini!

Share

Selain menjadi tempat perasmian Sukan Olimpik 2024, Sungai Seine yang terletak di Kota Paris juga menjadi lokasi untuk atlet triatlon bertanding.

Pun begitu, satu insiden cemas berlaku apabila peserta triatlon wakil Kanada, Tyler Mislawchuk telah muntah teruk selepas terpaksa berenang di Sungai Seine.

ARTIKEL BERKAITAN : Perancis Larang Atlet Muslimahnya Pakai Hijab Di Olimpik 2024

Tyler Mislawchuk yang baru sahaja melintasi garisan penamat bagi acara triatlon telah muntah sebanyak 10 kali di sungai yang didakwa tercemar, lapor Kosmo!.

Tyler Mislawchuk dilihat bergelut dengan kesakitan itu selepas berjaya berenang sejauh 1.5 kilometer, menunggang basikal sejauh 40 kilometer termasuk larian 10 kilometer namun, dia tidak menyesal sama sekali.

Insiden tersebut juga dirakam secara langsung dan turut disiarkan di kaca televisyen.

10 Fakta Sungai Seine, Paris

Berikut adalah beberapa fakta menarik lagi anda perlu tahu tentang sungai yang menjadi ‘spot’ wajib untuk sesiapa yang datang Paris!

1. Sungai Seine ialah sungai berusia seratus tahun, yang bermaksud bahawa setiap tahun terdapat satu dalam 100 kemungkinan sungai itu akan banjir. Pada tahun 1910, orang Paris terpaksa mengembara dengan bot semasa banjir merekodkan 8,62 meter di atas Pont d’Austerlitz.

2. The Seine River merupakan warisan UNESCO dan ada beberapa tapak warisan UNESCO berdekatan dengan The Seine :

-Le Havre
-Left Bank and Right Bank of the Seine River, Paris
-Palace and Park of Versailles
-Chartres Cathedral
-Palace of Fontainebleau
-Provins

3. Sungai kedua terpanjang di Perancis: Membentang sepanjang 770 kilometer, Sungai Seine panjangnya kedua selepas Sungai Loire di Perancis.

4. Laluan perdagangan yang penting selama berabad-abad. Sejak zaman purba, Sungai Seine telah memudahkan perdagangan dan pengangkutan, menyumbang kepada pembangunan ekonomi wilayah di mana ia mengalir.

5. Sungai Seine pernah menjadi tapak acara mendayung, berenang dan polo air Sukan Olimpik Musim Panas 1900, dan acara mendayung Olimpik pada tahun 1924.

6. Mengalir melalui jantung Paris: Dengan jambatan ikonik dan pemandangan yang indah, Sungai Seine merupakan lokasi penting dalam daya tarikan dan watak utama ibu kota Perancis.

7. Penduduk pernah DIBENARKAN berenang di Sungai Seine namun dilarang pada tahun 1923. Meskipun sebelum ini berenang di Sungai Seine menjadi sebahagian daripada norma. Sungai Seine telah ditutup sepanjang tempoh lebih 100 tahun oleh kerajaan Perancis kerana kualiti air yang tinggi bakteria berbahaya iaitu E.coli. Jadi orang ramai tidak dibenarkan untuk berenang di sungai tersebut kerana berisiko tinggi dijangkiti penyakit sekiranya tertelan air sungai itu.

8. Menginspirasi ramai pelukis terkenal. Artis atau Pelukis seperti Claude Monet dan Henri Matisse terpikat dengan keindahan Sungai Seine dan sering menggambarkannya dalam karya agung mereka.

9. Sungai Seine menawarkan pelayaran bot yang indah dan merupakan rumah kepada mercu tanda ikonik. Lantas menjadikannya destinasi yang mesti dikunjungi pelancong dan simbol Paris yang paling dihargai.

10. Dikelilingi banyak pulau. Untuk pengetahuan anda, Île de la Cité dan Île Saint-Louis adalah dua daripada pulau paling terkenal yang terletak di Sungai Seine, masing-masing menawarkan suasana dan tapak bersejarah yang berbeza.

BACA LAGI : Riena Diana Pilihan Beauté Library, Korang Boleh Cuba Rawatan PicoSpot Sempena Lebaran!

Sumber: Kosmo!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana