Usaha dan minat menjadi pendorong kepada atlet remaja perempuan berusia 21 tahun ini untuk meraih pingat emas pada Kejohanan Terbuka Asia yang berlangsung di Bangkok Thailand, semalam.
Atlet seni bela diri campuran (MMA) itu berjaya menewaskan lawannya dari Khazakhstan, Nurzhamal Sadykova untuk perlawanan divisyen straweight menerusi TKO (technical knockout) pada pusingan kedua.
Kemenangan ini secara tak langsung menjadikan Colleen wanita Malaysia PERTANA yang pernah memperoleh pingat emas dalam kejohanan bertaraf antarabangsa anjuran IMMAF-WMMAA itu.
“Ia betul-betul menyentuh hati saya kerana saya menjadi sebab lagu kebangsaan dimainkan untuk seluruh Asia mendengarnya,” kata Colleen yang juga aktif dalam sukan Muay Thai, kickboxing, Brazilian Jiu-jitsu dan Spartan Race.
Dia menyambung dengan mengucapkan terima kasih kepada,”MASMMAA kerana memberi peluang untuk saya mewakili negara. Kepada semua penaja yang membantu saya selama ini, kepada jurulatih, rakan sepasukan dan keluarga, terima kasih.”
Congrats girl!