Atlet Taekwondo Menang Ketika Hamil Lapan Bulan, Video Aksinya Buat Netizen Tergamam!

Share

Larangan wanita hamil bersenam kerana bimbang bayi dalam kandungan mengalami masalah atau si ibu mungkin berisiko keguguran adalah mitos semata-mata.Tiada fakta perubatan membuktikan senaman boleh memudaratkan dan mendatang kesan sampingan kepada bayi yang dikandung.

Hal ini terbukti apabila Aminat Idrees yang merupakan atlet taekwondo meraih perhatian apabila memenangi kategori Mixed Poomsae, taekwondo dalam festival Sukan Kebangsaan ketika sedang mengandung lapan bulan.

Rakaman teknik pertempuran wanita berusia 26 tahun itu ditunjukkan oleh Aminat yang tular di Twitter. Aminat turut memenangi kategori lain iaitu simulasi bukan pertempuran dikenali seagai poomsae.

 

“Ini satu keistimewaan bagi saya. Saya baru saja memustuskan untuk mencubanya setelah beberapa kali berlatih. Sebelum hamil, saya selalu berlatih. Jadi nampaknya tiada berubahan sewaktu hamil,” kata Aminat.

Namun, tidak semua menganggap ianya memberi inspirasi. Ada yang mengkritiknya kerana mengambil bahagian dalam sukan ini ketika usia kehamilannya yang sudah lapan bulan.

Bagaimanapun, aminat dengan tenang menjelaskan sukan pertahankan diri mempunyai pelbagai teknik yang boleh dilakukan.

“Ramai yang masih tidak faham apa sebenarnya taekwondo. Saya rasa ini adalah jalan untuk mendidik orang tentang hal ini.”

“Taekwondo mempunyai dua cabang iaitu sukan tempur dan poomsae yang membentuk latihan yang hanya memaparkan teknik tangan dan kaki di taekwondo.”

“Saya rasa tiada banyak risiko, jadi saya memutuskan untuk mencubanya. Doktor saya dan badan penganjur mengesahkan saya sesuai untuk menyertai sukan tanpa kontak,” katanya kepada CNN.

Pecapaiannya Aminat ini bagaimanapun memberi inspirasi kata semua wanita diluar sana. Untuk info korang, kejohanan sukan yang bersiaran langsung tersebut berlaku setiap dua tahun sekali di Nigeria.

Wah hebat sungguh ibu hamil ni kan, kita yang tak hamil ni pun susah nak buat ‘pose’ macam tu. Tapi lihat dia dalam video tu rileks je.

sumber: CNN World

Published by
Nana