Untuk berjaya dalam sesuatu bidang bukanlah perkara yang mudah.

 

Apatah lagi dalam bidang sukan. Bukan saja ia melibatkan persaingan sengit di kalangan rakan senegara dan atlet antarabangsa, terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang atlet tempatan untuk suatu hari nanti berdiri di atas podium pemenang.

Salah satu daripada pasukan negara yang berjaya membawa pulang beberapa kalungan pingat dari Sukan Asia 2018 yang melabuhkan tirai malam ini adalah pasukan terjun negara.

 

Atlet Terjun Negara Ini Kongsi 6 Poin Penting Ketika Berdepan Kegagalan, Take Note!

 

Walaupun berjaya membawa pulang 1 pingat perak melalui gandingan Dhabitah Sabri – Wendy Ny Yan Yee (3m papan anjal seirama).

2 lagi pingat gangsa melalui gandingan Dhabitah Sabri – Leong Mun Yee ( 10m platform seirama) dan Dhabita Sabri melalui 10m platform.

Ads

 

Atlet Terjun Negara Ini Kongsi 6 Poin Penting Ketika Berdepan Kegagalan, Take Note!

 

Selepas beberapa hari acaranya berlalu, penerjun lelaki negara Ooi Tze Liang tampil meluahkan nasihatnya kepada atlet negara muda yang ingin mencapai kejayaan sepertinya dan atlet Malaysia lain.

“Saya amat menghargai sokongan kamu semua. Ada banyak pengajaran yang telah saya pelajari daripada pengalaman ini.

“Saya akan terus berjuang untuk nehara,” tambahnya.

 

Ads

Atlet Terjun Negara Ini Kongsi 6 Poin Penting Ketika Berdepan Kegagalan, Take Note!

01

Pengalamanlah yang akan mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih bersedia untuk masa depan, bukannya pingat.

02

Fokus kepada nilai-nilai tambah yang kamu perolehi daripada setiap pengalaman bertanding, kamu akan menjadi seorang yang lebih berjaya.

03

Kejayaan memenangi acara itu boleh dilihat dari luaran, namun nilai diri yang kamu tingkatkan hanya boleh dilihat dari dalaman. Hanya kamu yang mengetahuinya.

Atlet Terjun Negara Ini Kongsi 6 Poin Penting Ketika Berdepan Kegagalan, Take Note!

04

Ingat, setiap kesilapan akan membuahkan hasil yang positif. Contohnya ia akan memaksa kita untuk mencuba dengan lebih gigih lagi pada round seterusnya.

05

Kejayaan paling ulung bukannya terletak pada “tidak pernah buat silap dan gagal” namun ia terletak pada kesungguhan kamu untuk berdiri balik selepas jatuh.

Ads

06

Sentiasa berfikiran positif dan sabar. Mungkin kali ini kamu gagal, tetapi Tuhan telah menetapkan sesuatuyang lebih baik untuk masa akan datang.

* * * * *

Ternyata, followers Ooi Tze Liang sentiasa menyokongnya dari belakang apabila mereka terus-menerus memberikan kata-kata semangat dalam komen masing-masing.

 

Atlet Terjun Negara Ini Kongsi 6 Poin Penting Ketika Berdepan Kegagalan, Take Note!

 

Paling mencuri tumpuan adalah komen yang datang dari @kimmustaqim. Ia berbunyi,

“Experience is a funny thing. Either you learn from it and be stronger or you let it go as part of your life.”

Betul tu. Apa-apa pun, REMAJA sentiasa berbangga dengan pencapaian atlet kita di gelanggang lawan. Bukan mudah untuk ke tahap tersebut. Tahniah!

 

Atlet Terjun Negara Ini Kongsi 6 Poin Penting Ketika Berdepan Kegagalan, Take Note!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI