Selebriti terkenal Indonesia, Atta Halilintar baru sahaja mengumumkan bahawa isterinya, Aurel Hermansyah yang juga merupakan anak kepada penyanyi popular Kris Dayanti telah selamat melahirkan anak mereka pada tarikh yang cukup bermakna, 22022022.
Atta memuat naik gambar memegang tangan bayinya itu dengan caption “22-2-2022 Malaikat Hidupku”
Sebelum ini, tular video di laman TikTok apabila pasangan sejoli ini melakukan tour di hospital yang bakal menjadi tempat Aurel melahirkan anak pertamanya. Ramai yang kagum melihat hospital yang dikatakan seperti hotel itu dan mereka turut menyediakan kamar bagi keluarga Kris Dayanti, Hermansyah dan ibu bapa Atta.
@bagus_aprillio1 😱kamar lahiranya udah kaya Hotel banget Aurel👏🏻👏🏻#attahalilintar #aureliehermansyah ♬ suara asli – Den_bagus🔥
Rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan menyifatkan pasangan ini beruntung kerana dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Malah, ada yang berseleroh jika diberikan kemudahan hospital secantik ini, mereka rela melahirkan anak setiap tahun. Hiks!
Kita pun tumpang senang melihat kehidupan pasangan selebriti ini kan? Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Atta dan Aurel di atas kelahiran cahaya pertama mereka. Semoga anak itu dapat membesar dengan baik dan menjadi manusia yang berguna kepada keluarga serta masyarakat.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=wbbIGGPiHeM
Pelajar Engineering Ini Dapat 4.0 & 2 Kali Dekan, Salah Satu Rahsia Kejayaannya Ialah “Self Help”
Ramai pelajar universiti sedia maklum, untuk mendapat pointer 4.0 dalam ujian semester khususnya dalam kos kejuruteraan bukan mudah dicapai. Bukan saja bidang kejuruteraan, tetapi kos lain seperti Sains, Ekonomi dan kos-kos sukar lain adalah cabaran yang harus dihadapi oleh pelajar.
Jika setengahnya berasa sukar tetapi sebenarnya dengan teknik belajar yang betul, seorang pelajar boleh boleh mendapat anugerah dekan bagi setiap ujian semester.
Remaja berkongsi kisah Amir Firdaus bin Eddy Rosyadie, 21 tahun yang kini sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaya.
Berada di tahun 2 semester 4, Amir sudah dua kali menerima anugerah dekan. Pada ujian semester 1, dia mendapat pointer yang sangat cemerlang iaitu 4.0. Begitu juga semasa ujian semester 2, pointernya 3.86. Dan dia masih kekal mendapat dua kali anugerah dekan.
Wow, bukan mudahlahkan nak mendapat anugerah dekan tetapi Amir membuktikan, biar dia dalam kursus agak susah, Mechanical Engineering tetapi dia berjaya membuktikan dirinya boleh berjaya.
Sebenarnya ada banyak rahsia tentang diri Amir dan dia sudi berkongsi tekniknya belajar. Semoga apa yang Amir kongsikan ini boleh berguna kepada pelajar universiti yang lain.
Bukan saja bijak dalam pelajaran tetapi Amir juga aktif dalam kerja-kerja kesukarelawan dan dia kini memegang jawatan sebagai Ketua Klauster Pendidikan & Motivasi Sekretariat Sukarelawan (SEKRUM), Universiti Malaya.
Jom baca apa tekniknya belajar.
- APLIKASI PENDIDIKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN : Semua pelajar faham, kos engineering memang susah. Kena mahir dalam Matematik dan Fizik tetapi kata Amir itu semua hanya teori. Sebaliknya kos ini akan jadi lebih mudah kalau di aplikasikan dalam kehidupan. Maksudnya di sini, sebarang perkaitan pelajaran, dikaitkan dengan kehidupan kita sendiri. Dalam erti kata mudah, sebagai contoh bila nak membina bangunan, selain tahu kena reka bentuknya, penggunaan bahan-bahannya, pengalaman orang yang membinanya akan membezakan dirinya dengan individu yang
- STUDY BY WEEK : Amir tak pernah mengira hari sebaliknya suka mengira minggu. Sebagai contoh, kalau ada exam minggu ke 7, dia sudah memastikan dia sudah memahami semua topik pada minggu ke 6.
- JANGAN PANDANG RENDAH PADA UJIAN DIBERIKAN OLEH PENSYARAH : Ramai pelajar seperti tak kisah dengan ujian-ujian diberikan oleh pensyarah kerana beranggap ianya bukan final exam. Kita kena anggap semua ujian adalah seperti final exam dan ketika itu kita akan buat bersungguh-sungguh.
- BERI TUMPUAN PENUH PADA KELAS 8 PAGI – 5 PETANG : Kata Amir, dia selalu memanfaatkan setiap masanya ketika “break time class”. Dia akan siapkan tugasan diberi pensyarah dalam masa tersebut. Baginya, cukuplah beri tumpuan khusus ketika dalam kelas, pagi hingga petang. Malamnya dia lakukan aktiviti lebih bermanfaat seperti kerja kesukarelawan dan sebagainya. Sesetengah pelajar lebih suka menangguh assignment dan lakukan pada sebelah malam tetapi biasanya waktu malam tubuh sudah penat dan badan mahu berehat. Jadi banyak assignment akan tertangguh dan pelajar terpaksa berjaga. Esoknya kita tak akan dapat rehat yang cukup.
- PRACTICE MAKE PERFECT : Kata Amir orang selalu salin nota. Ianya memang bagus untuk exam tetapi dia mengamalkan ‘tiada soalan tidak terjawap’ kerana teknik ini adalah satu latihan terbaik untuk faham semua tajuk. Jangan sesekali tinggalkan soalan yang tak faham kerana dari situ, kita tak akan dapat menjawap semuanya.
- BERI KEUTAMAAN, LIST TO DO : Dalam hidup, kita kena senaraikan apa perkara penting dan harus diberi keutamaan. Saya bahagikan kepada 2 iaitu Akademik & Kerja Sukarelawan. Biasanya saya akan senaraikan perkara penting yang harus saya lakukan. Dan biasanya saya akan tick selepas selesai lakukannya. Kalau rajin tulislah atas kertas, atas white board tetapi saya letak dalam telefon bimbit sahaja.
- SELF HELP : Tak kisahlah bagaimana nak berjaya tetapi kita kena tolong diri sendiri. Maksud self help ini ialah kita mesti kasihan kepada diri sendiri, tahu apa keupayaan diri kita dan kalau jatuh, bangun cepat-cepat. Saya selalu menjadikan kejayaan orang lain sebagai pemangkin semangat saya. Saya biasanya akan berbual dengan mereka yang berjaya dan itulah motivasi untuk diri sendiri.
Kalau nak tahu, Amir ini bukan saja berjaya merupakan satu-satunya calon yang mendapat 10 A+ semasa SPM di sekolahnya di SMK Meru, Klang. Sehingga kini rekod itu belum dipecahkan lagi. Tapi selepas dia berjaya, Amir selalu dipanggil memberi ceramah dan motivasi untuk pelajar sekolah. Alhamdulillah, sudah ada pelajar yang dapat 8 A+ selepas dia mengajar teknik belajar yang betul.
Masa yang sama, Amir juga pernah mewakili Malaysia dalam Internasional Chemistry Olympiad 2016 di Georgia. Dia satu-satunya wakil pelajar Melayu dan merupakan pelajar paling cemerlang dalam subjek Kimia semasa belajar di Pusat Asasi UM dan pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik akademi Pusat Asasi UM.
Tidak hanya ke Georgia tetapi Amir pernah mewakili negara ke Asian Science Camp, India pada 2016 yang mana kesemua penerima anugerah Nobel membentangkan kajian mereka tentang Sains.
Dalam pada itu, Amir juga merupakan Pengarah The Engineering Festival 2017 selain menjadi Presiden IEEE UM, Bendahari Sahabat YADIM, Pengarah Hai Ya Alal Falah (mari menuju kejayaan) yang mana mereka pergi ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia untuk memberikan motivasi dan bersama-sama menuju kejayaan.
Bagi yang nak bertukar-tukar mengenai pelajaran dan belajar tekniknya belajar, bolehlah follow, Instagram:@amirrosyadie
Facebook: Amir Rosyadie
Cover Lagu Untuk Frontliner, Netizen Teruja Dan Memuji Bakat Nyanyian Hannah Delisha
Perubahan imej pelakon dan penyanyi cantik dari Singapura, Hannah Delisha sejak berhijab pada awal September tahun ini nyata telah menarik perhatian netizen terutama dari kalangan peminatnya.
Bagi tahu penulis siapa yang tak ‘cair’ lihat melihat keayuan Hannah ini.
Hannah juga kini dilihat lebih bijak berkomunikasi menerusi foto dan status yang dimuat naik ke media sosial seiring dengan perubahan tersebut. Dan siapa sangka si manis ini mempunyai bakat yang besar dalam nyanyian.
Menerusi perkongsian Hannah Delisha baru-baru ini, video teaser nyanyiannya telah dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya seperti berikut:
Lagu ini ditujukan buat semua frontliner (barisan hadapan seperti petugas kesihatan, polis dan lain-lain) atas jasa mereka melawan COVID-19 kekal tabah berbakti untuk masyarakat dan negara.
Baru teaser sahaja sudah mendapat pujian ramai. Video Hannah Delisha cover lagu untuk menghargai frontliners ini telah meraih hampir 160 ribu tontonan dan sejak dikongsikan semalam . Rata-rata warganet memuji nyanyian Hannah Delisha ini dan meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:
Apa-apa pun, kami doakan agar Hannah Delisha terus sukses dengan impiannya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian. Mesti semangat terus frontliner bila dengar Hannah Delisha nyanyi kan…
Sumber : Instagram Hannah Delisha
Erra Fazira Akui Engku Aleesya Kian Matang Sebabkan ‘Situasinya’
Pemilik nama Engku Aleesya Engku Emran hangat diperkatakan sejak Jumaat minggu lalu setelah remaja yang bakal menginjak ke usia 12 tahun itu menghadiri majlis pernikahan ayahnya, Engku Emran Zainal Abidin, 46 kepada Noor Nabila, 37.
Aleesya yang hadir bagi memberikan sokongan kepada bapanya itu kelihatan cukup poise dan tenang pada sesi pernikahan dan mengambil gambar sepanjang majlis tersebut sehinggakan warganet memuji kematangannya.
Peluang untuk bertemu Erra Fazira semalam di majlis pengenalan duta pelitup muka Himaya telah diambil oleh REMAJA untuk bertanyakan kepada primadona filem Melayu itu sendiri mengenai Aleesya dan bagaimana anak daranya itu mampu berdepan dengan ‘situasinya’ kini.
Selain menyifatkan Aleesya gembira dan teruja untuk kini bergelar kakak dan mempunyai seorang adik tiri (Jebat Jayden), Erra juga mengakui sisi matang yang dimiliki oleh Aleesya.
ARTIKEL BERKAITAN : “Cantik Macam Mommy” Anak Erra Fazira Kian Meningkat Remaja – REMAJA
“Saya dengan Aleesya berbicara seperti orang dewasa. Ada masanya, dia manja. Tapi kebiasaannya, jika saya perlu jelaskan sesuatu kepadanya dengan fakta dan contoh, minda Aleesya memang terbuka untuk menerima.
“Saya selalu bercerita dengannya tentang kehidupan. (Bila sudah) dewasa nanti, apakah expectation kita. Saya selalu ingatkannya walau secantik manapun seseorang itu, jika perangainya tidak elok, orang di sekeliling tidak akan suka juga.
“Sedikit sebanyak, Alhamdulillah adalah sedikit pesanan saya yang ‘diserap’ olehnya. Mungkin juga situasinya kini membuatkannya lebih matang. Bila dia dengan bapanya (selama empat hari seminggu), pembawakannya lain. Bila dia dengan saya, lain pembawakannya. Sama saja seperti remaja lain,” kata beliau yang melahirkan Aleesya pada tahun 2009.
Sudah tentu apabila usia seorang anak dara meniti ke zaman remaja, lebih banyak cabaran yang akan dihadapi oleh si ibu dan Erra tidak terkecuali. Jelasnya, dia selalu mengingatkan diri bahawa dia juga tidak sempurna dan dahulu perlu belajar daripada pengalaman sendiri.
“Kami sama-sama banyakkan membaca untuk kami menjadi insan yang lebih baik. Masa saya pun terhad dengannya. Dalam tiga hari seminggu itulah saya nak mengajar, mendidik, nak marah, nak bermanja dengannya. Jadi saya enggan mengambil remeh mengenai apa-apa perkara berkaitan Aleesya.”
Dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara itu, Erra telah dilantik sebagai duta pelitup muka Himaya bersama penyanyi, Wany Hasrita.
ARTIKEL BERKAITAN : Wany Hasrita Tak Terlepas Alami ‘Maskne’, Ini Produk Solusinya – REMAJA