Gaya Hidup

“Atuk Dah Pencen Nak!” Chef Wan Tidak Terkesan Dibandingkan Dengan Khairul Aming

Share

Chef selebriti, Datuk Chef Wan hanya mampu ketawa apabila ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan atau nama sebenar Datuk Redzuawan Bin Ismail (66), menyatakan bahawa perbandingan tersebut adalah sia-sia dan membuang waktu kerana diri beliau dan Khairul Aming mempunyai latar belakang yang berbeza.

“Mereka tanya saya, apa komen Chef? Atuk orang lama nak masuk zaman purba dah pun. Jadi, buat apa kita nak bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing”

ARTIKEL BERKAITAN: Terus Harumkan Nama Malaysia, Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Dari PM New Zealand!

“Apatah lagi nak habiskan semua masa yang positif dan berharga untuk hasut orang lain untuk mengumpat dan mengata di media sosial,” ujarnya.

Menurut Chef Wan, dia juga tidak terkesan jika sumbangannya tidak dihargai oleh masyarakat.

Jelasnya menerusi perkongsian yang sama, “Selepas 34 tahun kerjaya saya di kaca televisyen dan sumbangan saya kepada negara, jika mereka tak nampak, tak berkudis pun badan saya. Apa pun semua orang ada pendapat masing-masing dan saya hormat itu.”

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Kukuhkan Ekonomi Sebelum Kahwin, Khairul Aming Minta Carikan Seorang Calon Isteri?

“Atuk dah pencen nak, sekarang saya selesa dengan keadaan saya dan sedang nikmati hari pencen saya selepas lalui perjalanan yang sangat panjang, mencabar, dan memenatkan”

“Jika orang berjaya, kita mesti iringi dengan doa yang baik-baik untuk mereka. Beliau (Khairul Aming) juga menjadi sumber inspirasi kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia berbangga. Alhamdulillah, terima kasih atas komen anda,” tambahnya lagi.

Sebelumnya, terdapat segelintir pihak yang membandigkan pencapaian serta kemahiran masakan Chef Wan dan Khairul Aming. Ia susulan pempengaruh sensasi itu menerima kunjungan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon pada awal September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanda Penghargaan Video Percutian Sambil Memasak! Khairul Aming Bertemu Dengan PM New Zealand!

Sumber: Instagram Chef Wan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE