‘Atuk’ Squid Game, Oh Young-soo Didakwa Salah Laku Seksual. Benarkah?

Share

Pelakon dan pemenang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Golden Globes 2022, Oh Young-soo telah didakwa oleh Pejabat Pendakwaraya Daerah Suwon (cawangan Seongnam) atas tuduhan salah laku seksual pada 25 November lalu.

Lapor Korea JoongAng Daily, pelakon senior berusia 78 tahun yang terkenal dengan watak sebagai Oh Il-Nam dalam drama hit Netflix, Squid Game didakwa melakukan sentuhan tidak senonoh kepada seorang wanita sekitar pertengahan tahun 2017

Wanita tersebut difahami telah menyerahkan laporan pada Disember 2021. Begitupun kes ditutup pada April 2022 tanpa sebarang pendakwaan terhadap Oh.

ARTIKEL BERKAITAN: Oh Young-soo Menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Golden Globes 2022 – REMAJA

Memetik laporan Soompi dua hari lalu pula, Oh telah menepis segala dakwaan sepanjang proses siasatan dilakukan.

“Saya hanya memegang tangannya semasa ingin ‘guide’ di sekeliling tasik. Saya memohon maaf kerana dia berkata enggan memperbesarkan situasi itu. Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya mengaku bersalah atas pertuduhan,” katanya.

Disebabkan laporan terhadap Oh ini juga, Kementerian Kebudayaan Seoul telah membuat keputusan menghentikan penyiaran iklan kerajaan mengenai inovasi pengawalseliannya yang menampilkan Oh.

Terdahulu, beberapa pelakon Korea lelaki lain juga pernah berdepan implikasi akibat pertuduhan jenayah atau salah laku terhadap mereka.

BACA LAGI: Kim Seon Ho Buat Permohonan Maaf Terhadap Kontroversi Bersama Bekas Kekasih – REMAJA

BACA LAGI: Dispatch Dedah Kisah Sebenar Hubungan Cinta Kim Seon Ho Bersama Bekas Kekasih – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ