Penyanyi yang semakin dikenali, Aufahanie, meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap arwah abangnya yang juga penyanyi, Nidza Afham,
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Aufahanie yang lebih mesra disapa Aufa, berharap agar arwah abangnya muncul dalam mimpinya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong Jangan Kongsi Gambar Arwah Abang Saya, Hormati Perasaan Kami Sekeluarga” -Aufahanie
“I miss you. Datang lah dalam mimpi aku lagi please,” coretnya ringkas.
Dalam perkongsian yang sama, penyanyi lagu Geming Jiwa ini turut memuat naik foto kenangan bersama arwah sewaktu mereka masih kecil.
ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Lelaki Yang Dijumpai Di Jambatan Sungai Klang Sah Abang Aufahanie, Nidza Afham
Aufa turut menggunakan lagu berjudul Andaikan Kau Datang yang dinyanyikan semula atau ‘cover’ oleh arwah sebagai muzik latar.
Pada 14 Ogos lalu, pihak polis Selangor mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang ialah penyanyi meningkat naik, Nidza Afham sekitar jam 7 malam.
Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau ‘sudden death report’ (SDR).
Terdahulu, adik Allahyarham iaitu penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.