Australia Menukar Ayat Dalam Lagu Kebangsaan Demi Menggambarkan Sejarah Orang Asli.

Share

Sempena tahun baru 2021, lagu kebangsaan Australia akan memiliki versi baharu yang mana sebaris ayat dalam lagu tersebut ditukar bagi melambangkan Orang Asli Australia yang telah lama menetap di negara tersebut.

Pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Scott Morrison itu mengejutkan ramai pihak namun diterima baik oleh seluruh wakil kerajaan. Dengan perubahan ini, Perdana Menteri mengharapkan agar ia berjaya mencipta semangat kebersamaan di anatara seluruh rakyat negara itu.

Untuk pengetahuan semua, Orang Asli Australia telah menetap dan menjadikan negara itu ‘rumah’ mereka sepuluh ribu tahun sebelum ia dijajah oleh pendatang berkulit putih pada kurun ke-18.

Lagu kebangsaan Australia dinyanyikan dalam bahasa Eora oleh Olivia Fox yang merupakan gadis berketurunan orang asli. Sumber Gambar: BBC

Bait lirik dalam lagu kebangsaan yang ditukarkan adalah dari ‘For We Are Young And Free’ kepada ‘For We Are One And Free’ melambangkan kebersamaan dan negara itu bukanlah muda sebaliknya telah lama didiami oleh Orang Asli. Awal Disember tahun lalu, buat pertama kalinya kumpulan ragbi negara itu menyanyikan lagu kebangsaan di dalam bahasa asli iaitu Eora.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Australia telah melakukan usaha yang lebih dalam mengangkat dan memperakui sejarah Orang Asli dalam mana-mana majlis kebudayaan dan juga politik.

Sumber: BBC Australia

Published by
Fiezreen