“Avengers Assemble!” Marvel Studios Menyeru Semua Peminat Adiwira Kembali Ke Panggung Wayang

Share

Pada hari Isnin yang lalu, Marvel Studios telah menyeru semua peminat adi wira mereka kembali ke panggung sebagai tanda sokongan kepada panggung wayang yang sekian lama terjejas akibat pandemik ini dan mereka juga ingin melakukan ‘comeback’ terhadap persaingan mereka dengan perkhidmatan penstriman langsung.

Sumber: Reuters

“Jumpa anda di panggung” merupakan babak terakhir dalam video trailer berdurasi 3 minit itu yang bertujuan untuk menaikkan lagi rasa teruja dalam diri peminat mereka tentang 10 filem Marvel yang bakal ditayangkan tidak lama lagi dan tidak dilupakan juga sekuel filem “Black Widow”, “Eternals” dan juga “Black Panther”.

Menurut sumber Reuters, bukan sahaja video trailer tersebut memaparkan tentang filem Marvel, tetapi juga turut disertakan dengan video rakaman keseronokan penonton didalam panggung ketika mereka bersorak sewaktu adegan petempuran terakhir filem Avengers: Endgame 

pada April 2019 yang lalu.

Dikatakan juga, masa depan panggung wayang masih lagi tidak menentu akibat pandemik Covid-19 ini. Pengusaha panggung bebas seperti AMC Entertainment, Cineworld Pic dan juga Cinemark Holdings Inc berharap agar filem-filem Marvel dan juga penerbit yang lain mampu menarik semula kunjungan penonton ke panggung wayang.

Disney dan juga beberapa syarikat media yang lain juga telah melaburkan berbilion-bilion dolar untuk bersaing dengan Netflix Inc, dengan menawarkan perkhidmatan penstriman kepada penonton di rumah. Tambahan lagi, Disney telah menawarkan filem Black Widow

dengan caj AS$30 menerusi perkhidmatan penstriman Disney+ dan juga pada masa yang sama, ianya bakal ditayang di panggung pada Julai nanti.

Walaubagaimanapun, Marvel masih belum ada lagi perancangan bagi sembilan filem Marvel yang lainnya. Kesemua filem tersebut dirancang untuk menemui penonton sepanjang dua tahun ke hadapan.

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn