“Awak Nak Jadi Apa Sebenarnya?” – Awal Ashaari Mahu Peserta Hero Dewi 2023 Jelas Dengan Hala Tuju Masing-Masing

Share

Hampir 20 tahun pengalaman dalam industri seni telah membentuk pelakon dan pengacara terkenal dalam menjadi anak seni yang berkualiti dan cukup versatil.

Pengalaman dan ilmu yang sekian lama tersemat di dada itu digunakan oleh Awal Ashari dalam melakukan perjurian terhadap peserta uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 pada hujung minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Patutlah Aku Kena ‘Try’ Hero Remaja 4 Kali….” – Amir Ahnaf Kongsi Perasaan Bergelar Juri Uji Bakat Hero Dewi Remaja 2023

Menurut pemerhatian anak kelahiran Kampung Baru ini, kebanyakan anak muda yang menghadiri uji bakat itu masih kurang jelas dengan misi dan hala tuju masing-masing di dalam dunia seni.

“Bila kita dah menjuri bagi puluhan orang, apa yang saya dapati adalah mereka sendiri tidak jelas dengan kenapa mereka mahu sertai Hero Dewi Remaja 2023,

“Kita sendiri maklum bahawa Hero Dewi Remaja adalah platform dari Majalah Remaja untuk mencari pelapis dalam dunia hiburan. Maka tidak kiralah mahu jadi pelakon ke, penyanyi ke, model ke, kita mahukan sesorang yang dapat dijadikan ikon kepada remaja di luar sana,

“Tetapi kebanyakan yang hadir seolah-olah hanya mahukan gelaran Dewi atau Hero itu sahaja. tanpa sebarang hala tuju yang jelas. Awak nak jadi pelakon ke model? Apa yang awak nak jadi sebenarnya?” jelasnya lagi.

Turut menekankan isu tidak perlu berkias-kias, Awal mahu peserta yang hadir untuk lebih berani mengekspreskan apa yang mereka mahu menerusi platform itu.

“Anda sebagai remaja perlu tahu hala tuju masing-masing, tak perlu malu atau berkias,

“Bukannya semata-mata nak jadikan ia sebagai kerja sampingan namun fokus kerana karier dalam industri seni ini adalah full time job

,” komennya lagi.

 Ayah kepada dua orang cahaya mata ini juga berkesempatan berkongsi apa keistimewaan dan perubahan dari segi positif yang ditampilkan oleh peserta uji bakat Hero Dewi Remaja tahun ini.

“Sejujurnya, saya berterima kasih kepada impak media sosial kerana tahun ini mereka datang dengan lebih bersedia. Tiada camera fright kerana memang jelas mereka ini tidak takut apabila berhadapan dengan kamera,

“Berbanding pengalaman saya sebelum ini dengan Hero atau Dewi, bila kita letak anak muda di hadapan camera, ada yang akan menggigil, gagap, berpeluh atau tidak boleh keluar sebutir perkataan langsung dari mulut,

“Tapi rasanya disebabkan media sosial seperti TikTok dan Instagram, mereka dah biasa bercakap di hadapan kamera dan lebih natural. Maka, ianya membuatkan kerja kita sebagai juri lebih mudah dan efisien,” komen beliau.

BACA LAGI: Berjaya Buat David Foster ‘Annoyed’ Lalu Turun Pentas, Sissy Iman Hulur Albumnya Sebagai Tanda Minta Maaf

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: Instagram Awal Ashaari, REMAJA

 

Published by
Adriana Syaurah