Awas! Denda RM2000 & Penjara 6 Bulan Menanti Jika Lampu Brek Ketiga Tidak Menyala

Share

Lampu brek yang biasanya dipasang di ekor kenderaan sangat penting. Ia sebagai penanda amaran kerana apabila kenderaan di hadapan menekannya, ia bermakna dirinya telah menyaksikan sesuatu perkara yang bahaya dan dirinya tiada niat untuk berhenti.

Maka pengguna yang megekori dari belakang juga mesti memperlahankan kenderaannya agar tidak berlanggar satu sama lain.

Ada kala bagi pemandu kenderaan, disebabkan lampu brek ini berada di belakang kenderaan, ada masa kita sedikit terleka untuk membuat pemeriksaan rutin sama ada lampu brek dan lampu brek ketiga berfungsi dengan baik atau tidak. Ini kerana dalam tempoh penggunaan kenderaan agak lama, mentol lampu boleh rosak apabila sampai jangka hayatnya.


Kita pula barangkali tidak menyedarinya terutama di kalangan pemandu wanita. Ini kerana asal enjin di start, boleh jalan dan sebagainya, kita merasakan kenderaan sudah sempurna dan tiada kerosakan terjadi. Dan kerana itu, kita mengambil remeh soal penjagaan lampu brek terutama lampu brek ketiga.

Bagi pemandu yang suka ambil remeh hal-hal yang nampak kecil begini, sila hati-hati ya. Hal yang kecil boleh mengakibatkan anda mengeluarkan duit yang banyak untuk membayar saman kepada pihak berkuasa.

Ini kerana kesalahan lampu brek ketiga yang tidak menyala dengan betul atau rosak, pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan am dan penalti.


Jika disabitkan kesalahan,hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, boleh didenda sehingga RM4,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Hah! Nampak seperti remehkan tapi kesannya besar kerana jumlah denda agak tinggi juga.

Published by
Almaswa Haji Che Ros