Tentu kita sama sekali tidak akan terfikir di Makkah apatah lagi di hadapan Kaabah akan terjadi penipuan. Ini kerana sebaik menjejakkan kaki di tanah suci Makkah, apa yang terlintas di hati kita pastinya mahu melakukan amal ibadah sebanyak mungkin untuk menambah pahala.
Perkongsian seorang wanita, Nor Fatihahnoor yang berkongsi pengalaman hampir ditipu wanita berniqab yang seolah menyamar sebagai polis yang mengawal situasi di Makkah, ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini patut diambil perhatian oleh para jemaah yang ada rezeki ke Tanah Suci dalam tempoh terdekat ini.
Adalah lebih baik kita berhati-hati terutama bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Allah ini.
Semalam saya berkenalan dgn gadis arab yang sangat baik. Siap hadiahkan saya termos qahwahnya. Beberapa nikmat yang Allah berikan. Alhamdulillah.
Selang beberapa minit kemudian, sedang saya membaca al-Quran. Saya didatangi oleh dua orang perempuan arab yang berniqab meminta saya menunjukkan visa saya. Mereka mengapit saya dari sebelah kiri dan kanan saya.
Saya mencari salinan visa saya dalam beg. Saya nampak mereka berdua seolah-olah tergesa2. Jantung berdegup, rasa tidak sedap hati.
” Kalau kamu polis, tunjukkan kad Polis kamu.” pinta saya kpd mereka. Lalu, salah seorangnya menunjukkan kad Polis. Saya ragu- ragu dgn kad Polis mereka. Nampak seperti kad palsu.
Jantung terus berdegup kencang. saya cuba kontrol diri untuk kontrol mereka.
“kenapa perlu saya tunjukkan visa saya. Untuk apa? Saya datang sini untuk umrah. Saya takkan tunjukkan visa saya selagi kamu tidak panggil polis yang lain. Kata saya lagi mencari dalih.
Mereka berdua seolah2 teragak2.
“Kita di hadapan kaabah. Allah ada bersama saya. Tegas saya lagi kepada mereka.
” Atau, tunggu sekejap saya panggil suami saya, kakak saya.” Saya melambai2 tangan ke arah hadapan saya. Walhal saya sendirian ketika itu.
Mereka berdua nampak ketakutan lalu berlalu pergi. Saya terus membuat laporan kepada petugas wanita masjidil haram yang berada di sekitar itu. Ternyata betul sangkaan saya. Mereka tadi cuba ingin memperdaya saya, mungkin dengan mengambil wang.
Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Saya tidak terpedaya dgn helah mereka dgn IzinNya. Pada satu masa allah bg saya nikmat dan ujian. Allah tidak jadikan sia-sia melainkan utk saya berfikir sejenak.
Saya muhasabah diri seketika, walaupun sepanjang di sini sy cuba sentiasa positif, jaga hati dan tutur kata2, saya perlu berhati2 & dan benteng utama di bumi barakah ini ialah pohonlah doa setiap detik waktu berulang 2. Ternyata pada malam itu saya terlupa untuk selit membaca doa ini spt kelaziman saya utk protec diri drp pandangan org jahat:
وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
Yasin Ayat 9
Dan
فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (64)
Yusof ayat 64
Kepada yang datang umrah. Berhati- hati dgn tektik penipuan ini. Jika ada yang meminta pasport atau visa anda jgn serahkan tanpa usul periksa dahulu.
#info tambahan
Kedua wanita arab ini tidak berkasar, bertindak memegang tgn atau mengancam saya. Tetapi mereka secara halus cuba memperdaya kita. Jadi hati2. Ramai org Arab yang saya temui sangat baik, kita kena berfikir sebelum bertindak, dan insh Allah kita blh kenal orang yang bertindak jahat atau pun tidak.
Sekadar perkongsian
Dibawah teduh lembayung kaabah
13 Disember 2019