Hutang oh hutang. Kerana hutang dari kawan boleh jadi lawan. Siapa pernah alami hal begini? Semuanya kerana hutang. Masa meminjam muka nampak manis tapi bila part bayar semula, akhirnya boleh jadi musuh.
Baca perkongsian ini yang dipetik dari facebook Doc Ensem di page Penang Kini, semoga ada manfaat yang memberi kebaikan kepada kita semua. Selepas ini, sekiranya ada yang liat mahu bayar hutang korang, ikut cara ini: HERET TERUS KE MAHKAMAH!
Menurut beliau cara paling mudah untuk si penghutang membayar hutang yang dipinjam dengan hanya perlu membayar caj RM20 di Mahkamah Sivil.
Namun amaun yang dipinjam mestilah RM5,000 ke bawah sahaja.
Langkahnya :
- Pergi ke Mahkamah Sivil, bayar RM20 untuk membuka fail tuntutan kecil. Beritahu tuntutan kepada siapa dan fakta penghutang.
- Mahkamah akan menghantar surat panggilan untuk pendengaran di hadapan hakim. Sekiranya defenden (penghutang) mengaku bersalah meminjam tetapi tidak membayar, mahkamah akan beri arahan untuk melakukan bayaran segera.
- Tempoh masa 30 hari diberi, dan jika penghutang masih tidak membayar, plaintif (pemberi hutang) boleh ke mahkamah semula dan kali ini hukuman lebih berat akan dikenakan; sama ada bayar on the spot atau waran tangkap akan dikeluarkan untuk ditahan.
- Memang berkesan. Jadi jika anda ada ‘rakan’ yang terlalu liat membayar hutang, bolehlah segera ke Mahkamah Sivil berdekatan bagi membuka fail.
Dah susah sangat nak bayarkan, ini habuannya. Pesanan buat yang berhutang: DAH HUTANG BAYARLAH!
Sumber: Penang Kini