Awas! Jika Jejaka Lakukan 7 Perkara Ini Bermakna Dia Sudah Berhenti Mencintaimu

Share

Remaja pasti, korang pastinya tidak mahu menjadi mangsa cinta bertepuk sebelah tangan. Dan cinta begini sebenarnya bukan hanya wujud dalam diri orang yang cintanya ditolak tetapi juga di kalangan pasangan yang sudah lama bersama. Cuma mereka sudah tidak lagi punya rasa cinta seperti dulu.

Hubungan cinta memerlukan rasa kasih yang jujur dari kedua belah pihak. Ia pasti gagal jika hanya saah seorang sahaja yang beriya-iya untuk menjayakannya. Jika perkara seperti ini berlaku ia pastinya sangat memedihkan.

Demi memastikan korang tidak menjadi mangsa keadaan begini, jom ikuti perkongsian Remaja kali ini untuk bagaimana nak kenal petanda bahawa si dia sudah tidak lagi sayang pada korang.

1. Tidak lagi menjadikan kamu sebagai salah satu keutamaan

Perkara pertama yang boleh korang perasan ialah jika merasakan yang dia tidak lagi menjadikan kamu sebagai keutamaannya dalam hidup. Mungkin keadaan sudah berubah dengan pelbagai faktor seperti komitmen kerja atau keluarga. Tetapi jika terlalu obvious dia sudah mengabaikan kamu dan sering cari alasan untuk tidak berjumpa, usahlah bertahan lagi. Keutamaan itu flesksibel dan boleh di atur tapi kalau sudah sama sekali menolak, itulah tanda dia sudah tidak seperti dulu.

2. Sepi tanpa khabar

Saat awal bercinta dia memang tidak dapat berenggang dengan telefon. Setiap masa akan ada sahaja perkara yang ingin dia bualkan tidak kiralah menerusi panggilan telefon atau hanya teks ringkas. Namun sekarang boleh berlarutan selama beberapa hari tanpa khabar berita.

3. Memarahi kamu di depan orang

Orang yang menyanyangi kita adalah orang yang paling bersifat melindung. Itulah lumrah bagi seorang lelaki yang mencintai seorang wanita. Jika dia memilih untuk memarahai korang di tempat terbuka dan depan orang itu bermakna dia sudah tidak memikirkan akan perasaan, maruah dan hubungan lagi. Di sini korang patut mula bertanya kepada diri sendiri, ‘adakah dia masih sayang?’

4. Buat kamu berasa bersalah

Jika pasangan korang benar-benar ambil peduli, dia tidak akan lakukan hal seperti ini. Walaupun kesalahan korang sangat kecil tetapi dia akan mempersoalkan dan memperbesar-besarkan seakan-akan ia merupakan satu kesalahan besar. Ini sebenanrya membuktikan dia sengaja cari alasan untuk memarahi kamu tanpa sebab.

5. Lakukan perkara yang kamu tak suka

Kalau dia benar-benar peduli dia tidak akan lakukan perkara yang korang benci dan tak suka. Tapi jika dia sudah mula tunjuk petanda dan banyak kali buat begitu ini bermakna dia sudah tidak ambil kisah pandangan korang padanya. Dan mungkin juga dia lakukan sebab ingin sakitkan hati korang sahaja.

6. Sudah hilang minat

Orang kalau sudah tidak sayang apa yang kita buat pun dia tak ambil pedulu. Jika dulu dia suka berbual dan berkongsi apa jua perkara tapi kini sudah berubah dan tidak berikan perhatian. Bila diajak berbual ada sahaja yang dia buat contohnya bermain telefon ketika bercakap.

7. Lebih minat perkara lain berbanding kamu

Dulu, waktu bertemu korang adalah saat yang paling dinantikan oleh si dia. Dan bila bertemu ada sahaja aktiviti menarik yang korang lakukan bersama. Pendek cerita, korang adalah insan yang paling utama dalam hidup dia. Tapi sejak kebelakangan ini korang perasan dia mula alihkan perhatian kepada perkara lain.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim