Berikutan video yang tular di media sosial berkenaan kenyataan Datuk Seri Vida terhadap kempen bendera putih yang kini dipergiatkan di serata negara, usahawan sensasi itu muncul menerusi beberapa video susulan di akaun media sosialnya untuk menjelaskan maksud sebenar apa yang diperkatakannya semalam.
Menurut Vida, poin beliau dalam video semalam yang berbunyi, “Janji ada keinginan, janji ada usaha. Jangan malas nak harapkan bantuan bendera putih saja,” telah disebut beliau tanpa niat untuk mempersendakan mana-mana pihak.
Malah, Vida juga tidak bermaksud untuk mempersendakan kempen bendera putih yang diperjuangkan rakyat demi membantu golongan yang memerlukan sekarang.
Namun jelasnya, “Ramai manusia yang tidak mengangkat bendera putih kerana mereka malu dengan jiran dan keluarga. (Perbuatan) mengangkat bendera putih menunjukkan you sangat mengharapkan bantuan.”
Hhm..
Di sini, apa yang penulis boleh tafsirkan adalah Vida tidak merasakan ia satu kesalahan untuk mengharapkan bantuan kerana ya, ada di kalangan kita yang benar-benar dalam keadaan terdesak. Tambahan pula dengan sekatan pergerakan yang menghalang rakyat mencari rezeki secara lebih meluas.
Vida menyambung, “Tapi kalau angkat bendera putih sekalipun, sampai bila you nak angkat? Sampai bila orang akan bantu you? Akhirnya, you kena berusaha juga untuk mengubah nasib you sendiri.
“Tiada orang yang boleh mengubah nasib you kecuali you. You yang kena bertindak segera, you kena start. Don’t get stuck. Faham?” jelasnya menerusi video susulan itu.
Biarpun telah memberi penjelasan semalam, sebilangan warganet masih tidak boleh menerima percubaan Vida untuk menyuntik semangat kepada masyarakat agar berani bangkit daripada kemelut ekonomi yang melanda sekarang.
Ada yang beranggapan intonasi suara dan pemilihan perkataan oleh Vida kurang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat yang semakin kabur harapan. Ada yang berpendapat Vida kedengaran sombong dan tidak memahami situasi orang lain.
Iyalah, lain padang lain belalang kan?
Malah, komen berbaur provokasi juga timbul dalam ruangan komen pemilik nama sebenar Hasmiza Othman ini.
Mereka merasakan Vida tidak faham dengan konsep bendera putih; di mana seseorang itu tidak semestinya ‘malas berusaha’ tetapi sedang bergelut dengan kekangan pandemik. Sudah puas mereka berikhtiar. Namun apakan daya, rezeki masih tidak berpihak kepada mereka untuk hidup selesa.
Tidak terkecuali, warganet mengatakan mereka tidak berniat menjatuhkan sebarang hukuman terhadap Vida. Cuma menurut mereka, mungkin nasihat Vida ini tidak kena dengan waktunya. Di kala banyak perniagaan bersaiz sederhana terpaksa gulung tikar, inikan pula pengusaha kecil yang baru ingin bertapak.
Sekali lagi kata mereka, bukan gejala malas yang sepatutnya dibangkitkan Vida.
*
Realistiknya, rakyat kini berdepan dugaan setelah hilang punca pendapatan dan perlu mengikat perut sementara mereka berusaha mengembalikan kehidupan selesa untuknya sekeluarga.
Apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan nasihat Datuk Seri Vida untuk terus berusaha ataupun merasakan usahawan itu kurang sensitif? Cer tonton penjelasan beliau di bawah dan berikan komen korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI