Istilah kawan-kawan pada masa kini mempunyai definisi yang semakin besar. Berbeza dengan generasi dahulu mereka hanya mempunyai kawan dalam linkungan kehidupan seharian seperti rakan sekolah, jiran, aktiviti sukan dan paling jauh kawan pena yang berhubungan sekali-sekala menerusi surat atau panggilan telefon.
Tapi trend sudah berubah. Dengan wujudnya pelbagai jenis laman media sosial golongan remaja dan muda pada masa kini mempunyai rangkaian kawan-kawan yang lebih meluas. Setiap orang mampu mencari kawan yang berkongsi minat yang sama dengan cukup mudah.
Tapi hati-hati dengan orang yang baru korang kenali terutamanya di Internet. Kadangkala kita silap kerana sering membayangkan kenalan di alam maya dengan idea kita sendiri walhal kita hanya mengenali mereka tidak sampai 10 peratus pun.
Lebih bahaya bila korang berkenalan dengan seseorang yang membawa banyak perkara negatif dalam hidupnya sekaligus turut menjejaskan kehidupan korang. Tidak mudah untuk kita membezakan yang manakah benar-benar ikhlas berkawan dengan kota atau hanya berpura-pura.
Namun korang boleh perhatikan 6 petanda ini untuk mengelak daripada kawan yang toksik.
Antara sikap orang yang mempunyai hati yang tidak baik adalah dia suka melihat kegagalan orang lain. Malah dia juga mentertawakan dan menjaja cerita kegagalan orang lain di laman media sosial. Selain itu dia juga secara jelas tidak senang bila orang tak disukainya mencapai kejayaan. Ingatlah kalau dia boleh buat begitu kepada orang lain mengapa tidak korang.
Ini contoh klasik jenis kawan yang tak guna. Sebagai kawan kita harus mempunyai sikap jujur membantu antara sama satu lain dalam apa jua perkara. Cuba ingat kembali di antara kawan-kawan korang siapa paling pantas mencari korang bila dia susah dan paling jauh bila dia senang. Bila senang nak nampak batang hidung pun susah, apatah lagi nak reply Whatsapp kita. Sentiasa kena ‘bluetick’ jelah jawabnya.
BACA: 10 Petujuk Korang & Teman Istimewa Dalam Hubungan Sihat
Ini tidak lain tidak bukan kerana dia mempunyai rasa cemburu terhadap korang. Bila korang mula rapat dengan orang lain dia akan insecure dan mula melakukan hal bukan-bukan untuk tarik perhatian. Walaupun tidak ditutur dengan kata-kata namun korang boleh perhatikan sikapnya yang sering ingin menjauhkan korang dengan kawan-kawan lain. So toxic!
Bukanlah secara harfiah mereka bergelak ketawa bila korang berdepan kesusahan. Ia tidaklah secara terangan begitu namun kata-katanya yang menikam kalbu boleh membuat korang berasa lebih ‘down‘. Bila korang bergaduh dengan teman lelaki contohnya, dia bukan ingin mententeramkan tetapi lebih mengapi-apikan kemarahan. Kalau dia benar kawan sejati pasti dia tahu bagaimana ingin membuat korang berasa lebih okay.
Teman sejati akan sentiasa peduli dengan perasaan korang. Di saat korang marah sekalipun mereka akan sentiasa berusaha untuk tak menyakiti perasaan. Tapi sebaliknya orang yang berpura-pura menjadi kawan ini tidak akan pedulikan hal itu. Mereka sangat self-centered
, ego dan pentingkan diri sendiri. Apa-apa pun yang berlaku harus berlegar di sekitar atmosfera hidupnya.Jauh di sudut hati orang berjiwa toksik ini, dia tak pernah consider korang sebagai kawan baiknyna. Tapi dalam masa yang sama dia tak mahu kehilangan korang. Mengapa agaknya? Mungkin kerana korang mempunyai sesuatu yang cukup diingininya. Contoh di universiti ada orang yang beriya-iya ingin berkawan sebab nak menumpang kereta korang ke kelas. Walhal bila bertemu di luar bertegur sapa pun tidak.