Awas Pak Arab “Kaki Kencing” Ini, Jadikan R&R Tempat Minta Duit & Jaja Cerita Konon Disamun

Share

Sikap pemurah dan selalu bersangka baik pada individu yang tidak dikenali ada ketikanya membuatkan kita mudah bersimpati tatakala mendengar kisah-kisah sedih yang diceritakan.

Namun tidak semua yang bercerita itu bersangka baik sebagaimana kita bersangka baik kepadanya.

Sejak semalam tular di media sosial kisah satu keluarga Pak Arab yang sudah banyak kali menipu rakyat Malaysia dengan menjaja cerita kononnya dia disamun. Lokasi tempatnya membuat “kerja” juga adalah tumpuan ramai iaitu Kawasan Rawat & Rehat di lokasi-lokasi terpilih.

Modus operandinya mudah saja. Jaja cerita konon disamun, tunjukkan laporan polis dan kemudian minta duit tanda simpati.

Masa yang sama, dia akan pilih pemandu perempuan, orang tua dan mereka yang sudah berkeluarga (mungkin lebih mudah bersimpati dengan ceritanya). Kalau kita curiga dengannya dan mula bertanya macam-macam, dia akan mula memecut keretanya seperti mahu melanggar kita.

So awas ya korang. Walau kita selalu bersangka baik tapi jenayah ada di mana-mana.

Baca perkongsian dari seorang pengguna fb, Nur Dhila yang berhadapan dengan situasi ini semalam dan dia berkongsi cerita untuk orang ramai agar lebih berhati-hati.

Inilah keluarga Pak Arab penipu ini. Dulu guna Saga saja, semalam dah up grade ke Honda City ya. Sila hati-hati

Hati-hati!

Modus operandi akan tahan kereta minta duit. Dia akan minta simpati dengan pelbagai cara. Most feedback saya dapat dan saya sendiri kena. Dia akan tunjuk “report polis” (untuk yakinkan cerita dia) konon-konon dia kena ragut dan tunjuk anak bini untuk raih simpati.

We all dah pernah kena sebelum ni.

Die “aim” kereta area R&R & petrol pam. Sebelum ni dia guna Myvi putih.Kami kena masa di Petrol Pam Bukit Gantang.

Bawa anak isteri demi meraih simpati lebih dan menyasarkan pemandu wanita dan golongan tua untuk meminta duit

Semalam.

Dia rapat kereta kami minta duit. Bila suami minta tengok detail report polis & nak call polis, dia laju tekan minyak. Nasib baik suami sempat elak. Suami syak ada yang tak kena sebab dia sembunyi telefon bimbit di alas kaki kereta tapi husband nampak (smart phone). Kata kena rompak tinggal sehelai sepinggang apa tak ada tapi ada saja telefon bimbit dan dia agak pushy.

Tadi kali ke dua, dia datang minta duit pada husband. Dia “block” kereta husband minta duit.Kebetulan husband baru alihkan kereta (hujan lebat) nak ambil saya & anak-anak di A& W Seremban sebab hujan.

Tapi husband saya cam muka pak arab (mau tak cam muka orang speeding nak rempuh die). Saya pun cam muka dia.  Husband suruh dia tunggu sekejap (nak call polis tapi dia dh cabut)

Lepas ambil kami, husband nampak kereta pak arab tu himpit kereta lain (rasa kasihan sebab Honda Accord tu dalamnya perempuan) dan ada orang lain juga tengah rakam bagitahu husban Pak Arab tu tengah minta duit kat kereta tu.

Suami cuba rampas kunci kereta dan nk report polis. Tapi tak berjaya. Lepas dia cabut lari, kami sempat tanya mangsa perempuan tu. Dia kata “pak arab tu sindiket minta duit” tapi kami tak tanya detail sebab hujan makin lebat.

Dahulu modus operandinya hanya gunakan Saga, Exora dan lain lagi tapi semalam Pak Arab penipu ini gunakan Honda City untuk menipu pemandu di R&R
Inilah no pendaftaran kereta digunakan. Apabila cuba merampas dan menghentikan keretanya dia cuba melanggar dan memandu secara melulu

Husband dah buat report PLUS call centre. Hopefully pak arab ni tertangkap.

Pak Arab ni akan speeding tekan minyak tak fikir panjang. Jadi hati-hati kerana Pak Arab ni merbahaya untuk warga Malaysia. Melalui video, boleh nampak driver (Pak Arab) tu pusing stereng kereta menuju ke arah suami saya. YES, kali kedua ada niat nak merempuh husband saya).

Senang betul cari makan kat Malaysia ni kan..

Tak mustahil dia “MENJAJA” “report” die kena ragut itu untuk raih simpati pelancong asing. Pasti pelancong merasa simpati & pada masa yang sama “mark” Malaysia ni teruk/ tak selamat. BUAT MALU MALAYSIA AJE!

Dah la senang buat duit, hidup mewah hasil kebaikan dan ehsan orang Malaysia. Tapi pada masa yang sama senang-senang saja golongan ni jatuhkan maruah rakyat Malaysia.

Edit
Feedback saya dapat. Golongan wanita memandu berseorangan/ hanya bersama anak kecil yang menjadi target “keluarga” ni.

Modus operandi sama,  jaja report polis, minta duit, jika tak dpt mereka akan “mendesak” dan himpit rapat pintu kereta mangsa. Pada hari yang sama, “keluarga” ini juga melakukan perkara ini di beberapa lokasi lain, Nilai.

Pelbagai jenis model kenderaan digunakan oleh “keluarga” yang sama nie iaitu Myvi, Preve, BLM, Peugeot, Exora Gold, terbaru 22/01/19 Honda City.
Hebatkan! Makin up grade kereta dia guna.

Rupanya adik saya pun dah pernah kena.  Masa tu Malaysia busy perhimpunan ICERT…
Seperti biasa banyak rombongan bas membawa makcik-makcik dan nenek-nenek dari kampung-kampung untuk tujuan perhimpunan.

Maka buncitlah Pak Arab ni sekeluarga pusing keliling R&R, kutip duit dari makcik-makcik dan nenek-nenek yang bersimpati. Adik saya perhati dengan mata sendiri.

Kredit : FB Nur Dhila

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros