Lumrah bagi seseorang yang semakin dikenali di laman media sosial pastinya akan muncul pelbagai jenis gangguan daripada orang yang tidak dikenali.
Gangguan itu pula boleh muncul dalam bentuk sama ada gangguan biasa yang kononnya dianggap sabagai gurauan, gangguan privasi dan paling teruk gangguan seksual.
Finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/19, Aween atau nama sebenarnya Nik Nor Farzuwin Nik Ismail juga tidak terlepas daripada mengalami gangguan di laman media sosial. Apatah lagi dirinya akan semakin dikenali selepas memasuki pertandingan ini.
Gadis berusia 20 tahun yang berasal dari Kelantan ini berkongsi tentang perkara tersebut kepada REMAJA menerusi temu bual ringkas kami bersamanya menerusi panggilan telefon.
“Saya dahulu lebih banyak aktif di Facebook. Dan di laman media sosial tersebut saya dapat banyak private message yang bukan-bukan.
“Kebanyakannya daripada akaun Facebook fake yang tidak menggunakan nama sendiri. Tapi sekarang selepas saya berjaya menjadi Finalis Pencarian Dewi Remaja semakin banyak pula gangguan bukan sahaja di Facebook tetapi di Instagram,” jelasnya.
Jenis-jenis gangguan yang dialami oleh Aween juga datang dalam pelbagai bentuk dan lebih menakutkan ada yang berani menghantar foto-foto yang bukan-bukan serta mesej berbaur lucah kepadnya.
“Kalau di Instagram tu memang banyak sangat direct message yang ada dalam inbox tapi saya tak buka. Sebab kalau dah nampak macam bukan-bukan memang saya akan ignore sahaja.
“Setakat ini saya ambil langkah untuk tidak mempedulikan sangat dengan gangguan online seperti ini. Mungkin ada orang anggap ia tidak berapa serius tetapi bagi saya perkara ini lambat-laun perlu diketengahkan dan diberikan perhatian”.
Jelasnya lagi dia tidak mahu perkara-perkara yang tidak penting seperti ini mengganggu konsentrasinya untuk memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan Dewi Remaja.
Pengalaman Aween bekerja sebagai seorang perunding kecantikan di Hannan Medispa Shah Alam digunakan sebaiknya untuk mempraktikkan corak dan cara berkomunkasi yang sesuai sama ada di dalam dunia sebenar atau secara talian.
Aween juga merupakan salah seorang daripada dua finalis berhijab di dalam pertandingan ini dan dia ingin membuktikan bahawa gadis sepertinya mampu menyahut cabaran melakukan pelbagai tugasan tidak kiralah sama ada yang melibatkan tugasan fizikal, mental dan juga yang meguji kekuatan jati diri.
View this post on Instagram
Kepada korang yang tak tahu, Aween juga merupakan seorang pesilat yang memegang tali pinggang hitam. Jadi jangan main-main dan ganggu dia sembarangan ya! Sekali dia buka pencak silat silap haribulan boleh melintuk-riuk korang dikerjakan.
Kami di team REMAJA mengucapkan good luck and all the best kepada Aween!