Fesyen

Aweera Tampil Dengn Imej Kemas Dan Kacak, Tiada Lagi Rambut Kerinting!

Share

Penyanyi Aweera mengakui selesa tampil dengan imej berjambang dan berambut kembang yang sudah menjadi ‘trademark‘ sejak menganggotai kumpulan Mojo pada 2012.

Terkini, penampilan pelantun lagu Andai Ku Bercinta Lagi ini jadi perhatian dengan rambut kemas.

Aweera menerusi satu hantaran di platform media sosial Instagram berkongsikan satu gambar dipercayai selepas memotong pendek rambutnya dan turut meluruskannya untuk kelihatan lebih kemas.

Pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham itu turut mengenakan kaca mata hitam di dalam gambar tersebut sekali gus menambah nilai estetik kepada imej baharunya itu.

“Imej baharu, gaya baharu, suasana baharu yang positif, karakter baharu, jiwa baharu, harapan baharu dan Aweera yang baharu (NeWeera). Rock on!,” tulis penyanyi berusia 32 tahun itu di ruangan kapsyen.

Dalam hantaran yang sama, penyanyi berkenaan juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak salun rambut kerana telah berjaya mengubah penampilannya.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati rata-rata pengguna memberikan respon positif dengan memuji imej baharu ditampilkan penyanyi yang berasal dari Utan Aji, Perlis itu.

BACA :  Dafi Tampil Dengan Imej Kurus Dan Cengkung, Netizen Bimbang Tahap Kesihatan – ” Rindu Dafi Yang Dulu..”

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana