Okay, lets face it. Taeyeon memang semulajadi mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan antara selebriti tercantik di Korea Selatan. REMAJA rasa kalau dia bangun tidur pun masih nampak lawa lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Boleh Buat Wajah Awet Muda Dan Flawless, Ini Antara Khasiat Berbekam
Malah, siapa menyangka ahli kumpulan Girls’ Generation, yang kini aktif sebagai penyanyi solo dan baru sahaja mengeluarkan lagu INVU, yang mengungguli semua carta Korea. Dia juga pernah berada di televisyen sebagai pengacara rancangan Amazing Saturday seperti SHINee’s Key.
Menginjak ke usia 30-an, Taeyeon masih kelihatan awet muda. Bekas kekasih Baekhyun EXO ini juga sering ‘tayang’ wajahnya tanpa solekan di Instagram. Dalam temu bualnya dengan 1st Look, Taeyeon berkongsi rutin penjagaan kulitnya dan cara menjaga kulitnya.
Jom check out tip yang diamalkan oleh Teayeon
1. Rutin Membersih Wajah Taeyeon
Seperti korang, rutin penjagaan kulit Taeyeon juga bermula dengan langkah pembersihan. Taeyeon mula-mula menggunakan makeup remover untuk menanggalkan solekan selepas aktiviti hariannya. Dia kemudian menggunakan minyak pembersih yang memberikan banyak manfaat seperti melawan tanda-tanda penuaan dan boleh menutup liang-liang pori.
Taeyeon mempunyai kulit jenis kering, jadi minyak pembersih boleh membantu memulihkan kelembapan kulitnya. Sebagai langkah terakhir, dia membersihkan mukanya dengan buih pembersih.
2. Rutin penjagaan kulit Taeyeon
Tidak seperti kebanyakan idola K-Pop yang lain, Taeyeon tidak menggunakan toner. Sebaliknya dia pilih untuk memakai esen pada waktu pagi. Pada waktu malam, Taeyeon juga memulakan rutin penjagaan kulitnya dengan esen, tetapi kadangkala dia menggantikannya dengan losyen pelembap yang bertekstur cecair.
Menariknya, siang mahupun malam, Taeyeon tidak pernah skip untuk memakai pelembap kulit. Menurutnya, pelembap elok digunakan ketika kulit muka basah kerana ia dapat mengunci kelembapan dan menghidratkan kulit.
Sebelum travel atau keluar pula, dia akan memakai pelindung matahari Super Air Fit Mild A’pieu yang boleh melindungi kulitnya daripada sinaran UV. Dan pada waktu malam, Taeyeon menggantikan pelindung matahari dengan krim adecassoside yang boleh membantu mencergaskan kulit.
3. Rutin Taeyeon Sebelum Penggambaran
Dalam temu bualnya dengan 1st Look lagi , Taeyeon mendedahkan bahawa dia telah melaksanakan rutin pembersihan dan penjagaan kulit sejak remaja lagi.
Walau bagaimanapun, ada beberapa tip tambahan yang diambil sebelum penggambaran untuk menjadikan kulitnya kelihatan sempurna.
Sebelum disolek oleh jurusolek, Taeyeon menggunakan krim regeneratif yang menenangkan dan menyuburkan kulitnya. Seterusnya dia memakai topeng muka getah yang sebenarnya diperbuat daripada gel.
Jadi, kalau korang nak awet macam Teayeon ni. Silalah tiru rutin penjagaan kulit beliau ni.
BACA LAGI : Masih Cantik & Awet Muda, Ini Wajah Terkini Pelakon Popular Drama Pangako Sa Yo
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.