Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, berjaya memukau penonton rancangan Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Kemunculannya yang mempesona membuatkan ramai peminat tanah air terpegun, terutamanya dengan penampilan yang cantik meskipun sudah berusia 49 tahun.

BACA: #GegarVaganza : “Tak Sangka Dipilih Sebagai Juara, Saya Ingatkan Ning Baizura Yang Menang” -Liza Aziz

‘Awet Muda Je Dari Dulu, Suara Vokal Pun Tak Berubah’

Tidak hanya kecantikan yang menjadi perhatian, persembahan Krisdayanti juga amat mengagumkan. Suara vokalnya tetap kuat dan jelas, seolah-olah tidak berubah sejak zaman muda.

Menerusi media sosial, rata-rata peminatnya di Malaysia memuji penampilannya.

Ads

“Cantik betul semalam tengok muka dia tak berkelip dekat televisyen. Lawa sangat, badan pun macam anak dara,” komen seorang pengguna.

BACA: Astro Rai #VAGANZERS, Alumni Popular Gegar Vaganza Turut Meriahkan Malam Gala Penuh Makna!

‘Awet Muda Je Dari Dulu, Suara Vokal Pun Tak Berubah’

“Tak sangka cantik macam ni dah ada cucu tau. Rindu sangat dengan persembahan Krisdayanti. Bila nak buat konsert lagi?” komen peminatnya yang lain.

Ads

“Awet muda je dari dulu. Suara vokal pun tak berubah. Memang hebat betul persembahan malam tadi,” komen juga yang lain.

Selain Krisdayanti, beberapa nama besar turut memeriahkan pentas akhir GV11, termasuk Datuk Jamal Abdillah, Taufik Batisah, Pasha Ungu, Dolla, dan Jaclyn Victor.

‘Awet Muda Je Dari Dulu, Suara Vokal Pun Tak Berubah’

GV11 akhirnya melabuhkan tirainya dengan Liza Aziz dinobatkan sebagai juara, mengalahkan lima finalis lain.

Ads

Ning Baizura menduduki tempat kedua, membawa pulang RM50,000, manakala Sheila Abdull di tempat ketiga dengan RM30,000.

Dadali Dyrga memperoleh tempat keempat dan membawa pulang RM20,000, diikuti Zehra Zambri yang meraih RM15,000 di tempat kelima. Trio Indonesia, The Lima, melengkapkan senarai dengan tempat keenam dan membawa pulang RM10,000.

‘Awet Muda Je Dari Dulu, Suara Vokal Pun Tak Berubah’

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI