Hebat juga penangan mereka. BTS pula pasal, satu Malaysia kecoh!
Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah melaporkan kepada rakan media mengenai perancangan kerajaan untuk membawa masuk kumpulan K-Pop paling hangat pada masa ini, BTS ke Malaysia.
Semuanya gara-gara untuk menarik masuk para pelancong dalam negara dan pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Semua tahu, bukan senang untuk membawa kumpulan popular Korea itu ke sini. Pada konsert jelajah Asia yang lalu, mereka memilih Singapura berbanding Kuala Lumpur untuk membuat persembahan.
Jadi menurut beliau, pihak kementerian akan bekerjasama dengan pihak promoter yang berkaitan dengan BTS, syarikat hibran Live Nation dan dengan pihak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia iaitu Tony Fernandes bagi menjayakannya.
Ads
Bagaimanapun, tak semua orang memberikan respon yang positif..
Penyanyi rock tanah air, Awie sebagai contoh merasakan perancangan itu hanya akan memusnahkan periuk nasi penyanyi tempatan dalam jangka masa panjang.
“Kan bagus waktu sekarang ini bantu artis tanah air yang banyak membantu negara. Tunjukkanlah sedikit rasa cinta pada bangsa dan budaya kita.
“Bukan tak ada artis yang bagus dalam Malaysia ini. Asyik nak banggakan orang luar saja. Beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan,” antara yang diperkatakan oleh beliau dalam status Facebook miliknya.
Ads
Rata-rata netizen juga berpendapat ada benarnya kenyataan Awie tersebut.
Ramai artis Malaysia yang bagus untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2020
Ads
Usah ulangi kesilapan ke atas Tan Sri P Ramlee
Untuk pengetahuan semua, sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pernah menyatakan hasrat untuk menjemput kumpulan Radiohead ke Malaysia bagi menjayakan konsert mereka. Sekarang BTS pula..
Hhm, apa pendapat korang sendiri?
Adakah ia satu strategi yang bagus untuk menjemput BTS ke Malaysia ataupun penyanyi di Malaysia sendiri sudah memadai untuk memenuhkan sebuah stadium dengan peminat mereka?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Universiti UCSI telah diiktiraf sebagai universiti swasta yang terbaik di Malaysia di dalam penilaian QS World University Rankings 2019 menempatkannya di dalam 2% yang terbaik daripada semua universiti di dunia.
Berada di kedudukan 481, UCSI adalah satu-satunya universiti swasta di Malaysia yang berada di kedudukan tangga 500 teratas. UCSI juga merupakan satu daripada hanya enam universiti tempatan dengan pencapaian membanggakan ini, bersama dengan lima universiti penyelidikan tempatan yang lain.
Ini adalah kali pertama UCSI disertakan di dalam penilaian QS World University Rankings – satu penilaian tahunan yang memberi pengiktirafan pada universiti-universiti terbaik di seluruh dunia.
Tahun ini merupakan tahun yang memberi impak kepada UCSI kerana telah diiktiraf oleh QS University Rankings: Asia 2018 sebagai universiti yang paling pantas meningkat naik di Asia dan berada di kedudukan 100 teratas untuk reputasinya sebagai universiti seni persembahan di penilaian QS World University Rankings by Subject 2018.
UCSI diiktiraf universiti swasta terbaik di Malaysia
Naib canselor dan presiden UCSI, Profesor Kanan Dato’ Dr Khalid Yusoff mengatakan bahawa kemampuan universiti ini untuk terus meningkat naik di peringkat global adalah kerana gabungan hebat yang menunjukkan kegigihan daya usaha universiti yang sentiasa ingin mencapai kecemerlangan dan prestasi terbaik dengan strategi tertentu untuk capaian secara dalaman juga luaran. Kejayaan ini juga disebabkan oleh komitmen untuk meningkatkan nilai kerjasama bagai kepentingan masa depan pelajar dan pekerja serta dedikasi dan daya usaha pelajar dan pekerjanya dalam mencapai aspirasi ini.
“Kami menerima kejayaan ini memandangkan ia menuju ke arah yang betul,”katanya.
“Kami semua di UCSI berusaha keras untuk terus memperbaiki prestasi kami dan saya ingin mengucapkan terima kasih di atas usaha semua pekerja dan pelajar UCSI. Alhamdulillah.”
“Fokus kami adalah untuk memajukan dan meningkatkan lagi prestasi UCSI. Kami juga sedang berusaha untuk membina kekuatan universiti. Pendidikan berkualiti adalah keutamaan kami dan kami ingin menjadi perintis dan pelopor yang mendahului pelbagai aspek pendidikan,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi korang yang tinggal di Lembah Klang, nama ‘Kampung Sahabat’ mungkin kedengaran janggal sedikit.
Namun, bagi mereka yang menetap mahupun pernah ke Perlis, pastinya korang tahu bahawa Kampung Sahabat adalah sebuah penempatan yang terletak di negeri itu.
Indah dengan panorama sawah padi hijau, langit membiru dan pergunungan sebagai latar belakang – seperti yang sinonim dengan negeri Perlis.
Apabila remaja dan jurugambar sambilan, Dinny Aiman memuat naik foto pemandangan indah yang diambil di Kampung Sahabat ke akaun Instagramnya, dia sama sekali tidak menjangkakan foto tersebut akan menarik perhatian syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat, Apple.
Foto tersebut yang diambil dengan kamera iPhone 7 Plus telah dimuat naik semula oleh Apple di akaun Instagram mereka berserta caption berbunyi, “Humanity turns a photo into a story” dan mempunyai hashtag #malaysia di situ.
Dinny, 20 berkata kepada rakan media di Sinar Harian bahawa foto tersebut sedikit sebanyak memberikan impak kepada kerjayanya sebagai seorang jurugambar.
“Saya hanya mengambil gambar di negeri kelahiran saya itu pada bulan Mei lepas dan hanya untuk berkongsi tentang keindahan pemandangan di Perlis,” katanya.
Selama ini kita hanya membaca kesedihan keluarga yang ditinggalkan apabila ada ahli keluarga meninggal akibat dilanggar pemandu mabuk. Malah ia juga menjadi isu di kalangan orang ramai bila mana hukuman dijatuhkan dan denda dikenakan tidak setimpal dengan “kesakitan” yang ditinggalkan.
Sudahlah kehilangan ahli keluarga, hilang punca pendapat dan akhirnya pemandu mabuk membayar denda dan kemudian dilepaskan. Itulah yang kita faham dari dulu. Bagaimana pun perkongsian seorang peguam, Mufarwa Farid dari Messrs Hanif Hassan & Co berkongsi bahawa ahli keluarga boleh menyaman pemandu mabuk di bawah prosedur sivil. Ini bermakna pemandu mabuk akan hadapi dua kes iaitu jenayah dan satu lagi kes sivil.
Baca perkongsiannya.
Cukup ramai dah yang ulas tentang kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati ni.
Jadi, aku tak nak ulas tentang hukuman dan pendapat aku tentang undang-undang pemandu mabuk yang bunuh orang ni.
Cuma, aku tertarik dengan beberapa komen mengatakan yang sistem undang-undang Malaysia tidak adil sebab, kalau pemandu tu didapati bersalah, denda tu hanya diberikan kepada kerajaan sahaja, dan tidak kepada keluarga si mati.
Sebenarnya, ya, duit denda tu takkan diberikan kepada keluarga si mati.
Namun begitu, sebenarnya, ada cara untok keluarga si mati ni dapat ganti rugi daripada pemandu mabuk ni. Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut.
Bila boleh saman ni?
Sekarang pun boleh. Maknanya, pemandu mabuk ni akan menghadap 2 mahkamah berbeza. Satu, mahkamah yang bicarakan kes jenayah dia. Dua, mahkamah yang bicarakan kes saman keluarga si mati. Mahkamah tu, Hakim nya bukan orang yang sama, perbicaraannya bukan pada tarikh yang sama, dan hukuman pun takkan sama. Yang sedang diorang alami sekarang ni adalah, prosedur jenayah.
Yang kita nak minta saman-saman ini adalah prosedur sivil. Dua benda yang berbeza. Satu, negara Malaysia saman. Dua, keluarga si mati saman. Dalam undang-undang Malaysia, mana-mana ahli keluarga yang merasai kesakitan atau suffer ke atas kematian yang dilakukan oleh orang lain, ada hak untok menyaman. Keluarga si mati boleh minta sekurang-kurangnya 2 claim.
Yang pertama, Dependency Claim. Iaitu, tuntutan keluarga si mati yang menuntut agar pemandu mabuk ini bayar sejumlah wang yang sepatutnya arwah boleh provide kalau arwah masih hidup sampai umur 55 tahun. Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956. Contohnya, arwah ni masa hidup, dia provide RM2500 sebulan untok menyara keluarga. Maka, ada pengiraan tentang saraan ini, yang syaratnya, saraan itu WAJIB directly kepada ahli keluarga yang betul-betul menerima duit tersebut.
Agak panjang bab pengiraan ini, yang tak perlu diulas panjang di sini. Perlu rujuk Peguam masing-masing. Sama ada kiraan itu diterima atau tidak, ianya tertakluk kepada keputusan Hakim.
Yang kedua, Bereavement Claim. Keluarga si mati boleh tuntut pemandu mabuk ni untok 'bayar' kesedihan yang dialami satu keluarga sebab matinya si arwah. Contohnya, disebabkan arwah meninggal, anak-anak menangis sebut-sebut nama arwah siang malam, isteri jadi macam orang gila sebab hilang tempat bermanja, suami rasa trauma sebab isteri mati dalam keadaan tragis. Namun, tuntutan ini tak boleh lebih RM30,000.
Yang ketiga, Loss Of Support. Berbeza dengan Dependency tadi, Loss Of Support ni lebih kepada perbuatan yang tak keluarkan duit. Ianya tuntutan ke atas kehilangan tempat untok bergantung dari segi tenaga. Contohnya, arwah merupakan ibu yang ada anak kecil. Suami memang bergantung kat arwah untok jaga anak, dari bagi susu, mandikan, pakaikan baju dan tidurkan anak tersebut. Disebabkan arwah dah meninggal, takda siapa nak buat kerja-kerja tu. Maka, suami dia boleh tuntut kat pemandu mabuk tu tentang kehilangan support ini.
Yang keempat, Estate Claim. Yakni, tuntutan kecederaan si mati. Keluarga tersebut boleh tuntut kepada pemandu mabuk ini sejumlah bayaran disebabkan 'kesakitan' yang dialami oleh si mati. Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956. Kalau arwah masih hidup, arwah lah yang buat tuntutan ini. Tapi, sebab arwah sudah pergi, keluarga arwah pula yang menuntut, tapi, hanya bergantung kepada laporan perubatan doktor. Sebab apa kena bergantung laporan perubatan doktor? Sebab, keluarga tak tahu pun si mati ni sakit macam mana. Tuntutan ini memang banyak bergantung kepada laporan perubatan. Keluarga boleh tuntut kesakitan, penderitaan semasa kemalangan dan kehilangan tubuh badan si mati. Jumlah tersebut tidak dispesifikkan, dan keluarga boleh letak seberapa banyak yang dimahukan. Namun, semuanya terserah kepada Hakim. Dalam tuntutan ini juga, keluarga boleh tuntut bil hospital, duit transport dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
Yang kelima, tuntutan kos guaman. Sekiranya keluarga si mati menang, keluarga boleh tuntut supaya pemandu mabuk ini membayar kesemua kos guaman mereka. Bagi Dependency Claim, Bereavement dan Loss of Support ni, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 3 tahun selepas kematian. Kiranya, kalau meninggal 21 Mei 2020, last untok saman adalah 20 Mei 2022. Lepas 20 Mei 2022 ni, keluarga tak boleh tuntut claim ni. Bagi Estate Claim, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 6 tahun selepas kematian. Kalau keluarga ni menang, lepas tu, pemandu ni masuk penjara pulak sebab kalah kes jenayah, lepas tu dia tak nak bayar saman tu. Macam mana? Kalau pemandu ni dah kalah saman, tapi tak nak bayar, ada beberapa perkara yang keluarga ni boleh buat: – Minta Mahkamah supaya arahkan PDRM sita semua aset dan barang yang dia ada, kemudian lelong sampai cukup duit. – Minta orang lain yang berhutang dengan pemandu mabuk ni supaya lepas ni, segala hutang tu dibayar kepada keluarga itu sahaja. – Jual share syarikat pemandu mabuk ni kalau ada. – Minta Mahkamah Declare pemandu mabuk ni Bankrap sekiranya pampasan melebihi RM50,000.
Berdoalah kita agar makin tingkat kesedaran pemabuk-pemabuk ini supaya jangan jadi bodoh memandu masa kepala pening. Dan berdoa, agar Tuhan lindungi kita menjadi kedua-dua pihak. Doa agar Tuhan tak jadikan kita mangsa dan tak jadikan kita pemangsa.
Sumber : Fb Mufarwa Farid
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Kasih Iris Leona mungkin sudah tidak asing lagi dalam dunia media sosial tempatan.
Dalam satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini, anak kepada pelakon...