Kontinjen Malaysia menjadi negara kelima memasuki Stadium Nasional Beijing, China dalam acara pembukaan Sukan Olimpik musim sejuk, semalam.

 

Secara tidak langsung, semangat yang dirasai apabila menjadi salah seorang daripada dua wakil atlet negara di Beijing, China semakin melonjak.

 

Malaysia menjadi negara kelima memasuki Stadium Nasional China aka Stadium ‘Sarang Burung’ dalam acara pembukaan Sukan Olimpik musim sejuk Beijing 2022 yang berlangsung semalam dengan penuh gilang-gemilang.

Dalam penyertaan kedua Malaysia di Sukan Olimpik musim sejuk ini, negara diwakili oleh wakil atlet remaja iaitu Jeffrey Webb, 23 dan Aruwin Salehhuddin, 17 yang membawa cabaran negara. Mereka sekaligus telah memegang tanggungjawab sebagai pembawa bendera dan mengetuai perarakan kontinjen negara.

ARTIKEL BERKAITAN : Dua Atlet Muda Wakili Malaysia Di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 Februari Ini – REMAJA

Ads

Ayah Berjalan Di Belakang Atlet Remaja, Aruwin Salehhuddin Sewaktu Pembukaan Sukan Olimpik Ayah Berjalan Di Belakang Atlet Remaja, Aruwin Salehhuddin Sewaktu Pembukaan Sukan Olimpik

Apa yang membuatkan momen tersebut bersejarah adalah kerana Aruwin secara rasminya mencatat sejarah selaku atlet wanita pertama yang mewakili Malayisa di Sukan Olimpik musim sejuk. Ia bertambah manis apabila ayahnya, Salehhuddin Ayob yang merupakan bekas Olimpian Malaysia telah mengiringi anaknya itu di bahagian belakang kontinjen selaku pengurus kontinjen Malaysia pada edisi kali ini.

Turut serta ialah jurulatih Aruwin, Bezjak Miaden; jurulatih Jeffrey, Ryan Shorter dan Pengurus Besar Kontinjen Malaysia, Wan Hor Fong.

Ads

Tidak ketinggalan, Jeffrey juga mencatat sejarah sebagai atlet Malaysia pertama yang layak ke Sukan Olimpik musim sejuk untuk dua edisi berturut-turut setelah dia turut bersaing dalam edisi 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.

Ayah Berjalan Di Belakang Atlet Remaja, Aruwin Salehhuddin Sewaktu Pembukaan Sukan Olimpik
Kontinjen Malaysia turut disertai oleh ayah Aruwin, Salehhuddin yang pernah mewakili negara dalam acara kenu kategori K-1 lelaki pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 di Amerika Syarikat.

Aruwin yang layak secara merit berdasarkan kedudukannya dalam ranking dunia dijadualkan bersaing dalam dua acara.

Ads

Pada 7 Februari (isnin) hadapan, dia akan menyertai acara Giant Slalom wanita manakala dua hari kemudian (9 Februari) dia akan bersaing dalam acara Slalom wanita pula.

Ayah Berjalan Di Belakang Atlet Remaja, Aruwin Salehhuddin Sewaktu Pembukaan Sukan Olimpik
Foto : Instagram Aruwin Salehhuddin

Tidak lama kemudian, Jeffrey akan meneruskan saingan Malaysia dalam acara Slalom lelaki pada 16 Februari 2022 sebelum Sukan Olimpik musim sejuk Beijing 2022 menutup tirainya pada 20 Februari.

Ayah Berjalan Di Belakang Atlet Remaja, Aruwin Salehhuddin Sewaktu Pembukaan Sukan Olimpik
Foto : Instagram Jeffrey Web

Selamat maju jaya REMAJA ucapkan untuk mereka berdua dan kepada keseluruhan kontinjen Malaysia!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI