Boleh dikatakan apa sahaja yang ditayangkan di dalam k-drama akan menjadi ikutan masyarakat di negara kita.
Hebat penangan k-drama ni!
Kalau korang mengikuti k-drama ‘Drama Crash Landing On You’ mesti korang terliur melihat pelakon-pelakonnya menikmati ayam goreng dengan begitu menyelerakan sekali.
Sebut saja pasal ayam goreng, boleh dikatakan semua orang suka makan. Tak kiralah anak kecil ataupun yang dewasa. Sebenarnya ada macam-macam cara nak goreng ayam ni selain menggoreng dengan kunyit macam kita biasa buat.
So, kali ini apa kata kita try buat sendiri korean fried chicken ni.
Ini resepi dari Chef selebriti Filipina, Erwan Heussaff berkongsi resepi ayam goreng Korea ala ‘CLOY’!
Ads
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
Ayam
1 x 1.5-2.5 kg keseluruhan ayam atau setara dalam potongan ayam lain
1 cawan susu
1 cawan serbuk goreng untuk adunan
1 cawan serbuk goreng untuk celup
Serbuk Goreng
1 cawan tepung jagung atau tepung kentang
1 cawan tepung
1 sudu besar serbuk penaik
2 sudu besar garam
2 sudu besar serbuk bawang putih
2 sudu besar serbuk bawang
1 sudu kecil msg (pilihan)
Ads
Perasa
1/3 cawan air soda (pengganti vodka) – pilihan
1.2 sudu besar garam
2 sudu kecil lada hitam
1/2 cawan air
1/3 cawan (75g) sos tomato
1/4 cawan (45g) gochujang
3 sudu besar kicap
1/2 cawan (65g) bawang putih cincang
3 sudu besar (15g) serbuk lada merah halus
1/3 cawan (50g) gula perang
Sos
1/2 cawan air
1/3 cawan (75g) sos tomato
1/4 cawan (45g) gochujang
3 sudu besar kicap
1/2 cawan (65g) bawang putih cincang
3 sudu besar (15g) serbuk lada merah halus
1/3 cawan (50g) gula perang
Cara menggoreng ayam:
Ads
1. Potong keseluruhan ayam menjadi sekitar 20 ketul. Erwan kelar ayam bahagian paha untuk memastikan ia masak sama rata.
2. Dalam mangkuk besar, rempahkan ayam dengan garam, lada hitam dan air soda. Tutup dan ketepikan ayam sekurangnya enam jam (biar marinate sebati).
3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, garam, serbuk bawang putih, serbuk bawang, tepung jagung dan serbuk penaik. Ketepikan.
4. Untuk sos, dalam kuali, panaskan minyak dan goreng bawang putih yang dicincang halus, sebelum menambah sos tomato, gochujang, kicap dan gula perang. Biarkan mendidih. Masa ini, anda boleh letak sukatan ikut citarasa masing-masing.
5. Setelah ayam marinate sebaiknya, masukkan susu dan sedikit serbuk goreng dalam mangkuk yang sama. Ia akan terasa “tebal” seperti adunan pancake. Seterusnya, salutkan setiap kepingan ayam dengan campuran tepung kering.
6. Goreng ayam secara double fry. Untuk menggoreng yang pertama, pastikan minyak anda pada suhu 150 darjah celcius. Berhati-hati, letakkan ayam anda di dalam – jangan terlalu banyak tak nak overcrowded. Ia mesti dimasak sepanjang 10 minit. Potongan yang lebih kecil akan masak lebih cepat. Biarkan berehat selama kira-kira 15 minit, minyak panas dan goreng lagi.
7. Anda boleh makan rangup tanpa sos atau dengan sos. Terpulang.
Amacam, senang kan? Dah buat nanti jangan lupa bagi kami sikit. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Oktober 2021 adalah bulan yang telah memberi tekanan yang cukup hebat kepada keluarga pelakon Bollywood popular, Shah Rukh Khan berikutan kes mahkamah melibatkan anak sulungnya, Aryan Khan.
Untuk pengetahuan, Aryan, 23 telah ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua orang wanita oleh pihak Biro Kawalan Narkotik India (NCB) semasa mereka berada di sebuah kapal persiaran di Mumbai pada 3 Oktober lalu disebabkan dakwaan aktiviti penyalahgunaan dadah.
Setelah dua kali permohonan untuk mengikat jamin Aryan telah ditolah oleh Mahkamah Khas Mumbai, akhirnya pada 28 Oktober lalu dia telah dibenarkan untuk pulang setelah ditahan selama 26 hari di Penjara Arthur Road. Sewaktu hari pembebasannya pada 30 Oktober, media tempatan telah melaporkan kesesakan trafik luar biasa di sekitar kawasan penjara.
Suasana orang ramai yang menantikan pembebasan Aryan Khan, Sabtu lalu.
Dengar khabar, pelakon jelita Juhi Chawla yang juga merupakan rakan baik kepada keluarga Shah Rukh telah menjadi penjamin bagi membebaskan Aryan Khan. Juhi melafazkan rasa lega apabila anak muda itu boleh menyambut Deepavali bersama keluarga dan bukan berada di dalam penjara.
Apapun, selepas tamat menyambut Deepavali pada hari ini, Shah Rukh khabarnya telah memutuskan untuk mengalihkan lokasi Aryan ke sebuah rumah tepi pantai miliknya di Alibaug untuk seketika waktu. Tindakan ini bukanlah untuk melarikan Aryan daripada pihak berkuasa. Lagipun, pasport remaja itu telahpun diserahkan kepada pihak Mahkamah dan dia masih diwajibkan menghadiri perbicaraan seterusnya.
Ia hanyalah agar Aryan dapat meluangkan masa bersendirian dan jauh daripada gangguan media. Di sana, suasananya lebih tenang untuk dia melupakan pengalaman traumatik apabila ditahan hamper sebulan lamanya.
Kediaman mewah keluarga Shah Rukh Khan di Mannat kembali menyinar untuk sambutan Deepavali setelah kepulangan Aryan pada hari Sabtu lalu.
Selain itu, Shah Rukh dan isterinya, Gauri Khan juga sudah bersedia untuk menerima kedatangan tetamu ke kediaman mereka di Mannat setelah mereka menolak mana-mana tetamu untuk ke sana sepanjang tempoh Aryan ditahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang telah menerima Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Terengganu yang membawa gelaran Datuk.
Dalam satu kenyataan yang telah dibuat oleh Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Datuk Isa @ Ghazali Endut, pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi tahun 2021 itu berkuatkuasa mulai hari ini.
Sultan Mizan turut mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.) kepada empat lagi doktor iaitu Pakar Patologi HSNZ Dr Fatimah Haslina Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer)/Ketua Bilik CPRC Pejabat Kesihatan Negeri Terengganu Dr Azmani Wahab, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dr Saifur Rahman Muhammad dan Pengarah Hospital Hulu Terengganu Dr Mohamad Yurzi Mat Rani @ Ghani.
Datuk Azizulhasni Awang antara yang menjadi tumpuan media tempatan, malah turut diberi penghormatan oleh wartawan antarabangsa apabila disenaraikan antara 10 atlet yang harus diberi perhatian menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sebelum ini, Datuk Azizulhasni meraih gangsa di Rio berada sebaris dengan juara dunia olahraga jarak jauh, Joshua Cheptegei dari Uganda dan perenang sensasi Amerika Syarikat, Katie Ledecky serta atlet angkat berat Sepanyol, Lydia Valentin pemenang pingat emas Olimpik London.
“The ‘Pocket Rocketman’ menjadi wira di Olimpik Rio apabila meraih pingat pertama di temasya berkenaan selepas meraih gangsa dalam acara keirin.
Tahniah kami ucapkan kepada Datuk Azizulhasni dan semoga dapat melakukan yang terbaik di Olimpik Tokyo nanti.
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, di negara ini terdapat dua syarikat penerbangan tempatan iaitu AirAsia dan Malaysia Airlines. Sebelum ini ada ura-ura mengatakan bahawa sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Terbaharu, menerusi laman Facebook rasmi MYAirlines Sdn Bhd, pesawat milik syarikat penerbangan tempatan itu sudah pun dilihat berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sejak 1 Mei lalu. Ramai yang sudah tidak sabar untuk mencuba perkhidmatan syarikat penerbangan baharu ini dan ada yang sudah mula bertanyakan berapa harga yang ditawarkan untuk tiket kapal terbang.
Menurut admin mereka, pengumuman akan dibuat sewaktu hari pelancaran yang mungkin diadakan tidak lama lagi.
Untuk info lanjut, korang boleh layari laman web MYAirline. Hm, pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan pelancaran rasmi syarikat penerbangan tempatan baharu ini kan?
Penubuhan syarikat penerbangan ini khabarnya bakal mencetuskan persaingan harga yang agresif dan mencabar syarikat penerbangan tambang murah lain seperti AirAsia Group Bhd. Semoga harga tiket penerbangan yang ditawarkan mampu milik untuk memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman terbang di awan biru.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...