Rasa terkejut dan gusar dirasai oleh pelakon, Alif Muhaimin Abdul Rahman apabila mengetahui rumahnya sekeluarga terbakar pada 12 Disember lepas dengan ibunya, Faridah Sheikh Mohamed masih berada di dalam.
Alif, 28 yang juga merupakan juara pencarian Hero Remaja 2017 memaklumkan bahawa dia dan adik-beradik lain mendapat perkhabaran dukacita tersebut setelah ibunya menghantar mesej ke dalam grup WhatsApp keluarga sekitar jam 3.50 petang, semalam.
Menerusi mesej tersebut, ibunya meminta mereka menghubungi Bomba setelah mendapati sebahagian daripada rumah mereka di Kelana Jaya itu telah terbakar.
Kira-kira 30 minit kemudian, pihak Bomba tiba dan bergegas memadamkan kebakaran demi mengelaknya daripada merebak ke kediaman jiran. Sepanjang tempoh tersebut, ibunya masih berada di dalam rumah tersebut!
Adik Alif, Hazirah Abdul Rahman yang terlebih awal tiba di sana telah membawa keluar ibu mereka yang sudahpun berada dalam keadaan trauma dan tidak bermaya. Begitupun, Hazirah mengalami kecederaan ringan apabila melecur dari pergelangan tangan hinggalah ke bahagian bawah sikut.
Alif yang tiba tidak lama selepas itu juga mengangkat ibunya itu dan bersyukur beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, perasaan terkejut terus dirasai di samping risau memikirkan tempat tinggal mereka sekeluarga.
Menurut Alif lagi, kebakaran berkenaan mungkin berpunca daripada litar pintas sewaktu cuaca hujan lebat dan petir pada hari Isnin.
Ads
Dalam perkongsian di Instagram sebentar tadi, Alif turut berkongsi keadaan semasa rumah serta beberapa paparan video sewaktu ia dijilat api. Tambah menyayat hati adalah apabila Alif mendapati perhiasan ayat suci Al-Quran pada pinggan porselin dan yang digantung pada dinding rumah tidak terkesan daripada kebakaran tersebut.
“Allahuakbar. Saya jadi lagi yakin bila tiada satu ayat atau surah Al-Quran (yang musnah). Tak ada satu pun potongan dan koyak.
“Walaupun boleh nampak air cond cair atas tu tapi ayat bawah dia cantiik je. Allah nak yakinkan ada hikmah, insyaAllah.”
Ads
“Setaip yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Setiap orang ada dugaan. Tapi kalau kita bersabar, Allah janjikan yang lebih baik. Walau apapun terjadi, sentiasa positif!” catatnya.
Sementara itu, rakan seangkatan seperti Safwan Nazri, Shasha Abedul, Hariz Hamdan, Raja Atiq dan Shaza Bae tampil mengirimkan kata-kata semangat untuknya.
“Alif minta maaf tak sempat nak balas komen satu-satu. Buat masa ini sedang sibuk mengemas. Terima kasi kepada semua yang mendoakan dan memberi bantuan. Semoga Allah balas jasa baik korang semua,” katanya.
Ads
Bagi korang yang ingin menghulurkan bantuan kepada Alif Muhaimin sekeluarga, korang boleh berbuat sedemikian di akaun Maybank bernombor 16 427 669 0882.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik, pejam celik minggu ini dah pun final Pencarian Hero Remaja 2021. Rasanya macam baru semalam je mula buat audition Hero Remaja 2021 tapi rupa-rupanya finalis-finalis ni dah pun nak graduate. Hiks!
Finale Hero Remaja 2021 menampilkan top 4, Afiq Hamidon, Amirul Aiman, Fazziq Muqris dan juga Aqil Taqee. Berjaya menempatkan diri ke top-4 dalam pencarian Hero Remaja 2021 bukan satu pencapaian yang mudah.
Persoalannya, siapa yang bakal merampas takhta Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar?
Dilihat agak cool serta punya karisma tersendiri, Aqil Taqee agak mengejutkan orang ramai apabila terpilih hingga ke pentas finale. Berdarah kacukan Cina, Aqil Taqee merupakan pelajar jurusan Diploma Sains Sukan di UITM Shah Alam yang pada mulanya bercita-cita ingin menjadi seorang pramugara namun niatnya itu mendapat tentangan bapanya.
“Saya bukan calon underdog. Tak rasa pun begitu atau perkataan itu sesuai dengan saya. Tapi saya lebih suka gunakan perkataan unexpected. Bila di atas stage akhir itu, saya gembira menjadi diri sendiri. Saya dah usaha dan buat yang terbaik, saya juga buktikan saya mampu sampai ke malam finale. Cuma saya berharap saya tidak gementar di malam tersebut”
Tambah Aqil lagi, perasaan beliau agak gementar kerana episod 1 hingga 7 dilakukan secara recording namun malam finale nanti ia dilangsungkan secara live jadi saya agak gugup juga. Tapi InsyaAllah saya berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.
Jelas Aqil, dia mencuba yang terbaik di malam final nanti malah mengharapkan gelaran Hero Remaja 2021 menjadi miliknya, sama seperti impian peserta lain yang bertanding.
“Bila berdiri bersama empat barisan finalis akhir, saya tahu perlu buat yang terbaik. Of course semua orang ada impian. Dan bila sampai ke tahap ini insyaAllah saya akan buat sehabis baik di malam finale nanti. InsyaAllah..kalau rezeki, mana tahu juara”. akhiri Aqil.
Jangan lupa untuk terus mengundi Hero Favourite anda di www.remaja.my/hero dari sekarang hingga malam finale pada 6 November 2021. Satu undi bagi setiap hero pada setiap hari! Klik saja pada profil mereka dan tekan butang ‘VOTE’.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkataan lelah tiada dalam kamus kehidupan pelakon dan jurucakap jenama, Meerqeen.
Demi memenuhi tuntutan tugas di luar negara, jejaka berusia 21 tahun ini terpaksa memendekkan cuti perayaan Aidilfitri-nya sehingga hari Isnin sebelum dirinya ‘terbang’ ke kota metropolitan New York bagi menyertai acara pelancaran butik Tiffany And Co baharu di lokasi berprestij, 727 Fifth Avenue.
Di antara selebriti Malaysia yang turut berada di sana termasuklah Zahirah Macwilson dan Jane Chuck.
Selain itu, beberapa nama antarabangsa lain yang juga memeriahkan acara pelancaran tersebut ialah pelakon sensasi Thailand, Win Metawin; Henry Lau, Anne Curtis dan duta jenama Tiffany And Co., Gal Gadot.
Terdahulu, Meerqeen juga baru dilantik sebagai duta jenama warga Malaysia pertama untuk Foundation & Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty Malaysia.
Sebagai seorang yang menjangkaui batasan dan bebas dalam menentukan hala tuju kehidupannya, Meerqeen mempunyai kriteria yang sepadan dengan jenama seperti YSL Beauty dalam mengetengahkan aspirasi tidak konvensional dan berkarakter dalam apa jua yang dilakukan.
“Saya tidak merasa sebarang tekanan. Saya tahu apa yang saya buat. Saya suka apa yang saya sedang buat. Jadi saya tidak tertekan pun dengan jadual yang silih berganti antara dunia lakonan dan tugas sebagai duta jenama produk. I love my job so much dan saya ‘layan’ sahaja perjalanan ini.
“Sebelum saya menjadi figura am, saya sudah meletakkan goals yang tinggi untuk saya kecapi dalam industri seni hiburan ini.”
“Saya pernah mengimpikan peluang bekerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa sejak di bangku sekolah lagi. Apabila impian itu kini bertukar realiti, tak kan saya nak rasa tertekan. Saya lihatnya sebagai kerja harian saya and I’m loving every second of it,” ulasnya sewaktu ditemui REMAJA baru-baru ini.
Jom klik paparan Remaja BFF Tag di bawah bagi mengetahui siapakah celebrity crush Meerqeen dan Hun Haqeem!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas kejayaan drama fenomena Melur Untuk Firdaus, pelakon yang juga merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen kini telah dipilih menjadi antara Lelaki Paling Kacak 2022 oleh TC Candler.
TC Candler antara pihak yang akan membuat penilaian dan berkongsi senarai individu-individu paling kacak dan jelita setiap tahun. Penilaian biasanya dibuat berdasarkan tahap populariti setiap calon yang dinominasi. Proses awal dilakukan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Tahun ini merupakan tuah buat finalis Hero dan Dewi Remaja apabila Meerqeen dan Anna Jobling yang juga turut tersenarai sebaris dengan selebriti-selebriti luar negara.
Meerqeen turut bersaing dengan selebriti lelaki yang lain termasuklah Song Joong Ki, Liam Hemsworth, Ryan Gosling dan ramai lagi. Di ruangan komen, peminat Meerqeen tidak ketinggalan menunjukkan sokongan untuk mengundi selebriti itu.
Sebelum ini Meerqeen dan Anna Jobling digandingkan dalam drama Melur Untuk Firdaus dan tidak disangka-sangka gandingan mereka mendapat perhatian ramai sehingga jumlah pengikut selebriti ini di laman instagram melonjak naik. Bahkan, kedua-dua mereka juga terkenal dikalangan peminat di Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...