Pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Ayda Jebat sebelum ini yang terpaksa meninggalkan cahaya mata sulungnya, Ana Nayla atas tuntutan kerja di Taiwan bagi menjalani sesi pengambaran mempromosi negara itu memaklumkan akan turut membawa bayi dan keluarganya ke sana, pada waktu akan datang.
Selain itu, penyanyi lagu popular Temberang itu juga menyifatkan Taiwan adalah negara yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga selain memberitahu negara berkenaan adalah mesra muslim dan pelbagai lokasi menarik yang wajib dikunjungi.
ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa Berpisah 12 Hari, Ayda Jebat & Nabil Mahir ‘Angkut’ Bantal & Selimut Anak
“Pertama kali ke Taiwan, saya pergi bersama suami. Tetapi Insya-Allah, kali kedua nanti kita akan pergi bersama keluarga dan anak saya. Banyak lokasi-lokasi baharu yang saya mahu kunjungi selain lakosi yang saya telah jejak sebelum ini untuk membawa baby
.“Ada juga yang tanya kepada saya, Taiwan ini family friendly tak dan sesuai ke untuk membawa keluarga. Ya, sangat sesuai kerana banyak tempat yang menarik seperti pusat beli belah, taman tema, serta tempat nature mereka amatlah cantik.
“Jadi, anda semua boleh menikmati pemandangan dan sebagainya sewaktu di sana. Sebelum ini saya pergi semasa musim sejuk, jadi pada kali ini saya ingin pergi ke sana pada musim yang lain pula,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, Ayda turut berkongsi dia dan suaminya yang juga hos, Nabil Mahir akan membuat persediaan awal dari segi kelengkapan puteri kesayangan mereka dan melakukan perancangan yang rapi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku apabila melancong mahupun ke mana-mana sahaja.
“Sejujurnya, bukan sahaja pergi melancong tetapi jika keluar seketika pun banyak barang anak yang saya bawa. Penuhlah berbeg-beg. Sewaktu kami melancong dalam Malaysia pun banyak juga barang yang perlu dibawa.
“Bagi saya, kalau nak pergi jauh kita perlu rancang betul-betul. Alhamdulillah, apabila bayi saya sudah besar ini, kurang sedikitlah barang yang kami bawa,” ujarnya panjang.
Sebelum ini, perkongsian Ayda di media sosial menjadi perhatian apabila dia suami dilihat menangis kerana terpaksa meninggalkan anak mereka atas urusan kerja tersebut.
Menerusi video dikongsikan itu, Ayda dan Nabil tidak dapat menahan air mata dan menangis ketika dalam perjalanan untuk ke lapangan terbang untuk ke Taiwan selama 12 hari.
Sekadar informasi, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan projek promosi baharu, Salam Taiwan 2023 dan melantik aktres jelita, Ayda Jebat sebagai Duta.
Menerusi slogan ‘Destinasi Sensasi Mesra Muslim’, sebuah video promosi Salam Taiwan 2023 akan dilancarkan terlebih dahulu, dengan harapan untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim untuk memilih Taiwan sebagai destinasi pelancongan mereka, berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Ayda sendiri.
Selain itu, suami tercinta bintang itu yang juga pelakon dan pengacara, Nabil Mahir, turut membuat penampilan dalam video promosi tersebut, sekaligus menyerlahkan detik-detik manis serta romantik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ayda Jebat & Nabil Mahir