
Siapa tak kenal dengan artis Ernie Zakri, penyanyi dan guru vokal kecil molek dengan vokal yang sangat ‘wow’
Sebentar tadi menerusi akaun Instagramnya, penyanyi lagu Ku Bersuara itu ada berkongsi sekeping gambar berhijab di laman instagramnya dengan caption ‘love’.
Menurut Harian Metro, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28 menyedari dirinya banyak membuat kesilapan dan kini sudah tiba masanya untuk berubah secara perlahan-lahan.
“Sebagai manusia biasa sudah pasti sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidup. Jadi, penghijrahan ini adalah pilihan saya. Sebenarnya, niat untuk bertudung sudah lama. Malah sebelum pergi umrah lagi.
“Tapi, mungkin disebabkan komitmen kerja perkara ini tertangguh. Apabila dapat duduk di rumah sepanjang PKP ini, saya mulai muhasabah diri dan berasakan ini waktu sesuai untuk berhijrah.
“Alhamdulillah, doakan yang terbaik pada saya dan paling penting kekal istiqomah. Saya berkongsi perkara ini supaya ia dapat memberi inspirasi dan aura positif pada orang lain juga,”
Rata-rata rakan artis meninggalkan komen gembira dengan penampilan terbaru Ernie.
Malah, ada juga yang memuji kelembutan wajah Ernie apabila mengenakan tudung dan mendoakan agar Ernie kekal istiqamah.
Sumber : instagram Ernie zakri, harian metro
Bukan Meninggal Dunia Kerana Terlalu Penat, Dr. Ali Alami Pendarahan Dalam Otak

Tular semalam di media sosial tentang seorang doktor yang dikatakan meninggal dunia kerana terlalu penat dan letih ketika menangani situasi pandemik COVID-19.
Namun begitu pada hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan kenyataan itu.
Pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr. Ali Noor Hassan dikatakan meninggal dunia disebabkan penyakit lain.
Bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor, KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau.
Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 20, 2021
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember lalu disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.
Demi menghormati jenazah serta ahli keluarga arwah, KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau.

Seorang individu yang dipercayai merupakan waris kepada mangsa melalui hantaran Facebook telah mengesahkan arwah meninggal dunia akibat terjatuh di bilik air ketika bekerja dan mengakibatkan pendarahan di kepala. Beliau juga dikatakan sudah beberapa kali dibedah.
Individu itu turut memohon agar fakta tentang kematian anak saudaranya itu diperbetulkan. Difahamkan lagi, beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.
Takziah REMAJA ucapkan kepada keluarga mangsa dan kepada masyarakat umum, janganlah menyebarkan berita yang tidak benar itu lagi.
Sama-samalah kita doakan agar roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Bata Didakwa Tiru Design Jenama Terkenal, Netizen Tampil Pertahankan Situasi

Bila dikira-kira, Jenama Bata sudah berada di negara kita lebih berpuluh tahun.
Namun, jenama yang berasal dari Lausanne, Switzerland ini kembali hangat diperkata di ruangan media sosial Twitter mengenai isu beg tangan jenama ini didakwa ‘meniru’ beberapa idea dan design beg tangan mewah.
Tinjauan di media sosial Twitter mendapati jenama Bata kekal trending nombor satu semenjak semalam, ekoran isu kontroversi yang melanda kini.
Malah, pengguna Twitter berbalah pendapat tentang isu ini, ada mengecam dan ada juga memuji tindakan Bata. Hal ini kerana mereka berpendapat syarikat Bata telah menaik taraf kualiti produk mereka dengan mengeluarkan beg tangan mewah yang kelihatan setanding dengan jenama antarabangsa.
Untuk pengetahuan korang, Bata Prive menghasilkan beberapa beg yang serupa dengan rekaan daripada jenama seperti Bottega Veneta, Longchamp, Michael Kors, Christy Ng, Rabeanco, Furla dan Ferragamo.
Beg-beg tersebut bukanlah ditiru sama 100% tetapi mempunyai perbezaan dari segi aksesori seperti logo dan pemegangnya.
Walau bagaimanapun, beg-beg ini masih kelihatan bergaya dan harga mampu milik yang ditawarkan oleh Bata dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk mengikuti fesyen terkini.
Namun, ada sesetengah netizen yang menganggap bahawa syarikat berkenaan secara terang-terangan telah melakukan plagiarisme dan tindakan tersebut tidak seharusnya dibanggakan.
BATA REALLY STEP UP THE GAME!! Just look at Prive Bata handbag! Srsly sebiji dengan a few high end designer handbag😭💗
A thread — #YinHasutShopee
1. Bottega vs. Prive Bata
🛒 https://t.co/1urLewN5Ol pic.twitter.com/xN46fUQgd8
— Yin; (@EiryeenN) May 23, 2022
Mereka juga mempersoalkan tindakan netizen sebelum ini yang pernah mengkritik syarikat tempatan dUCk kerana meniru reka bentuk daripada jenama lain tetapi memuji Bata kerana melakukan perkara serupa.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘trickle-down effect’
Salah seorang netizen dikenali sebagai Syakinah (@_nsyakinah) yang mempunyai latar belakang dalam reka bentuk fesyen tampil menjelaskan perbezaan sebenar antara kedua-dua senario yang berlaku.
following designs of bigger brands is called “trickle down effect”. i studied fashion design and we learn it in uni. 🦆 copying small brands is bad because theyre using their resources to steal from a business that has less visibility. bata copying bottega veneta is not the same https://t.co/N4mnFpuauL
— شكينة (@_nsyakinah) May 24, 2022
Situasi di mana jenama lebih kecil meniru reka bentuk daripada jenama yang lebih besar dikenali sebagai ‘trickle-down effect‘.
Siapa yang pernah tengok filem The Devil Wears Prada mungkin akan teringat bagaimana fungsi keadaan ini dijelaskan oleh watak Meryl Streep.
Syakinah menjelaskan jika jenama yang lebih besar ditiru oleh jenama kecil, nilai produk mereka tidak akan hilang walaupun diciplak oleh ramai pihak. Selain itu, pelanggan mereka yang kaya juga akan tetap ‘setia’ membeli dari jenama mewah dengan mengunjungi outlet mereka.
some additional things to read. what companies like bata do is not truly plagiarism but more towards following trends that are created by famous designers.
the term plagiarism can’t be simply thrown around because it requires many specifications pic.twitter.com/S39A6TKcA9
— شكينة (@_nsyakinah) May 24, 2022
Dalam pada itu, jenama besar yang meniru reka bentuk dari pereka kurang dikenali secara langsung akan menghilangkan peluang mereka untuk terserlah di pasaran.
Pendek kata, istilah ‘plagiarisme’ tidak boleh digunakan begitu sahaja kerana memerlukan banyak spesifikasi mengikut situasi yang berlaku.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terus Beraksi Lepas Bergelar Juara, Lionel Messi Belum Mahu Tamatkan Kerjaya Profesional

Peminat sukan bola sepak terutamanya pasukan bola sepak Argentina tentunya bergembira atas kemenangan ARGENTINA muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 selepas menundukkan juara bertahan Perancis melalui penentuan sepakan penalti 4-2 di Stadium Lusail, Doha semalam.
ARTIKEL BERKAITAN : Lionel Messi Beri “Hint” Akan Bersara Selepas Piala Dunia Qatar 2022
Berita baik juga buat peminat Lionel Messi apabila ikon bola sepak dunia itu menyatakan akan meneruskan kerjaya profesionalnya setelah dia mencapai gelaran tertinggi dalam bola sepak antarabangsa, dia mahu terus menikmati kemenangan sambil memakai biru dan putih.
“Saya mahu terus bermain sebagai juara.”
Copa América akan kembali pada 2024, manakala Piala Dunia seterusnya akan berlangsung pada musim panas 2026. Ia masih dapat dilihat berapa lama Messi akan terus mewakili La Albiceleste, tetapi dia akan menjadi juara Piala Dunia selama-lamanya.
Berikut lima rekod ajaib yang telah ditorehkan oleh Messi seperti dinyatakan CNN:
1. PEMEGANG REKOD PENJARING TERBANYAK PIALA DUNIA
Messi kini menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 11 gol. Gol ke-11 diperoleh selepas menyumbat bola ke gawang Croatia pada perlawanan semi final yang baru berlangsung.
Dengan 11 gol di dalam tangan, sebelum Piala Dunia berakhir, Messi telah memadam nama Gabriel Omar Batistuta dengan rekod 10 gol. Dia juga memiliki tiga gol lebih banyak dari sang legenda Tim Tango, Diego Maradona.
2. PENCATAT DAFTAR KETERLIBATAN GOL PALING BANYAK
Messi terlibat dalam 19 gol, baik sebagai pencetak mahupun pengirim bola atau assist. Sejak terlibat dengan Piala Dunia pada 2006, Messi mencetak 11 gol dan lapan assist.
Hal itu membuatkan Messi menyamai catatan Miroslav Klose, Ronaldo, dan Gerd Muller. Sejak catatan statistik tersedia pada 1966, empat pemain tersebut merupakan pemimpin dalam daftar keterlibatan gol.
3. PEMAIN PERTAMA MENCETAK GOL & ASSIST 4 PIALA DUNIA BERBEZA
Messi menjadi pemain pertama yang mencetak gol dan assist dalam empat Piala Dunia yang berbeza. Pertandingan pertama Messi membuat gol dan assist terjadi pada Piala Dunia 2006 ketika Argentina bertemu Serbia.
Selanjutnya sepasang gol dan assist dibuat tiga kali oleh Messi pada Piala inDunia 2022, sewaktu menentang Mexico, Belanda, dan Croatia.
4. SELALU BUAT GOL KEMENANGAN BUAT ARGENTINA
Gol Messi selalu menghiasi kemenangan Argentina dalam tiga laga fasa iaitu dari awal sehingga masuk ke kelompok 16 besar, suku akhir dan separuh akhir temasya yang berlangsung empat tahun sekali ini.
Ini menjadikan Messi pemain keenam yang melakukan hal tersebut dalam satu edisi Piala Dunia setelah Salvatore Schillaci (Piala Dunia 1990), Roberto Baggio (1994), Hristo Stoichkov (1994), Davor Suker (1998), dan Wesley Sneijder (2010).
5. PIALA DUNIA QATAR 2022 ADALAH PENAMPILAN KE-25
Penampilan melawan Croatia merupakan yang ke-25 bagi Messi di Piala Dunia. Messi kini memegang rekod yang sama dengan Lothar Matthaus dalam perlawanan terbesar dunia ini.
Cayalah Messi!
BACA : Anak Sulung Messi Kirim Surat Istimewa Untuknya Sebelum Final Piala Dunia
Sumber : Astro Awani , Astro Awani 2
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.