Usia bukan penghalang buat bekas penyampai berita Buletin Utama, Azawate Zenol Abidin menamatkan pengajian peringkat sarjana dan membuktikan bahawa tiada kata terlambat untuk mengejar ilmu.
Azawate, 44, baru-baru ini juga meraih Anugerah Sarjana Cemerlang dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-100.
“Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang pada usia begini. Saya rasa amat gembira,” katanya.
Menjadi ibu dan pelajar dalam masa yang sama tentu bukan tugas yang mudah.
Dalam pada itu, Azawate sempat berkongsi tip kecemerlangan hingga meraih keputusan yang sangat baik.
“Selalunya orang akan berkata, kita kena fokus dan study hard. Namun bagi saya, selain daripada itu kita perlu mempunyai hubungan baik dengan pensyarah dan rakan sekelas.
“Terutama rakan rapat dan rakan kumpulan yang memiliki gelombang (pemikiran) sama agar perjalanan lebih murah.
Ads
“Apabila kita mempunyai networking dan good rapport, hubungan yang baik dengan orang sekeliling,” katanya.
Dalam sebak, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menyatakan syukur doanya didengari hingga kejayaan itu dalam genggaman.
“Tentunya saya amat syukur kerana ALLAH mendengar doa saya.
“Ribuan terima kasih kepada suami, anak-anak, ibu bapa dan adik-adik yang tidak pernah berputus asa serta sentiasa memberi sokongan walaupun saya berasa tidak mampu lagi dan berputus asa namun mereka betul-betul percaya.
“Ia amat mencabar bagi saya kerana pada akhir semester saya kehilangan orang tersayang iaitu adik.
Ads
“Tidak lupa pensyarah tersayang dan rakan-rakan. Terima kasih banyak-banyak,” luahnya.
Dalam pada itu, Azawate turut memberikan nasihat kepada para pelajar yang sedang berjuang menyudahkan pengajian untuk terus berusaha mencapai tahap tertinggi.
“Kepada yang mendaftar sebagai siswa UiTM, pastikan anda kembali (konvoksyen) dengan Anugerah Sarjana Cemerlang.
“You can do it,” tuturnya.
Ads
Warga maya tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat Azawate dan menjadikan kejayaannya sebagai inspirasi terutama bagi golongan muda dan remaja.
Untuk info, beliau terdahulu menamatkan perkhidmatan di bilik berita TV3 menerusi Skim Pemisahan Wajib atau Mandatory Separation Scheme (MSS) pada tahun 2019.
Azawate yang memulakan kerjaya di stesen televisyen itu pada tahun 2004 pernah digelar Ratu Air Mata kerana mengalirkan mata ketika berkongsi luahan hati isteri pramugara MH370.
Beauty with brain! Terbaru Neelofa sekali lagi berjaya menggondol Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) dalam kategori Usahawan di Monaco. Dalam kategori ini bukan calang-calang ya pesaing Neelofa. Caya la!
Neelofa ada berkongsi sekeping gambar di laman instagramnya awal pagi tadi dengan caption:
“RECOGNITION. Thank you again for the nomination and this award, @influencerawardsmonaco.
“This goes to all of you who have been supporting and inspiring this girl since day one. Definitely one of the most significant highlights of 2019. #InfluencerAwardsMonaco #IAM2019,” tulis Neelofa di akaun Instagramnya.
Anugerah berprestij ini merupakan kali kedua dianjurkan, Influencer Awards 2019 Monaco direalisasikan oleh Pauline Ducruet yang juga anakanda sulung Puteri Monaco, Stephanie bersama beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Antara selebriti dan personalti yang sempat mengucapkan tahniah buat Neelofa
Untuk info, anugerah ini dicipta secara eksklusif buat individu-individu berpengaruh di laman sosial seluruh dunia itu buat pertama kalinya dianjurkan tahun lalu. Acara ini adalah idea asal oleh anak sulung Puteri Monaco (Puteri Stephanie), Pauline Ducruet yang juga merupakan juri Anugerah ini. Antara juri-juri lain termasuk Pengarah Editorial Majalah PAPER – Mickey Boardman, Pop Culture Expert – Jeetendr Sedev dan Eksekutif Cif British Fashion Council – Caroline Rush.
Tahniah Remaja ucapkan buat Dewi Remaja 2009/2010 kesayangan kami ini. Moga Neelofa terus maju dan mengharumkan nama Malaysia ke peringakat antarabangsa.
Sumber : Instagram Neelofa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia kehilangan seorang tokoh seni bina yang amat disegani, arkitek utama di sebalik pembinaan Masjid Negara hari ini.
Berita duka mengenai pemergian Allahyarham Datuk Baharuddin Abu Kassim telah dikongsikan oleh bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Profesor Sarly Adre Sarkum, melalui laman media sosial, Facebook.
“Kita telah kehilangan seorang tokoh yang sangat disegani dalam komuniti seni bina, Datuk Baharuddin Abu Kassim. Beliau adalah seorang arkitek negara dan tokoh yang sumbangannya telah membentuk struktur alam bina kita,” kata beliau pada Selasa.
Menurut Sarly, visi dan dedikasi Datuk Baharuddin, yang diterjemahkan melalui reka bentuk Masjid Negara, akan terus memberi inspirasi kepada generasi arkitek dan rakyat Malaysia.
Beliau turut mendoakan agar Allah SWT menempatkan Allahyarham di syurga tertinggi dan memberi kesabaran serta kekuatan kepada keluarganya untuk menghadapi kehilangan ini.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia seni bina tempatan dan antarabangsa, terutamanya dalam konteks seni bina Islam yang penuh dengan nilai estetika dan simbolisme.
Lima fakta menarik Masjid Negara
Reka Bentuk Ikonik: Masjid Negara direka dengan bumbung berbentuk payung dan menara setinggi 73 meter, yang mencerminkan gabungan elemen seni bina tradisional Islam dan moden. Bumbung utama yang berbentuk separa bintang bersegi 16 melambangkan 13 negeri di Malaysia serta Islam sebagai agama rasmi negara.
Siap Dibina pada Tahun 1965: Pembinaan Masjid Negara bermula pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965. Masjid ini dibina sebagai simbol kemerdekaan Malaysia dan keinginan negara untuk mencapai kemajuan tanpa melupakan identiti Islam.
Dibina oleh Tiga Arkitek Tempatan: Masjid Negara direka oleh sekumpulan arkitek tempatan yang terdiri daripada Datuk Baharuddin Abu Kassim, Howard Ashley, dan Hisham Albakri dari Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka berjaya mencipta reka bentuk yang menggambarkan perpaduan antara seni bina Islam dan ciri-ciri tempatan.
Dibina di Atas Tanah Seluas 5.2 Hektar: Masjid Negara terletak di kawasan seluas 5.2 hektar di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kawasan ini juga menempatkan taman-taman yang indah, yang memperkukuhkan suasana tenang dan damai di sekitar masjid.
Kapaciti Sehingga 15,000 Jemaah: Masjid Negara mampu menampung sehingga 15,000 jemaah pada satu-satu masa, menjadikannya salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini juga sering menjadi lokasi acara-acara besar Islam di Malaysia, termasuk solat Jumaat, solat Hari Raya, dan majlis keagamaan lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Youtube bukan platform yang asing lagi bagi kita di Malaysia.
Memandangkan anak muda sangat cenderung melihat youtube sebagai sebahagian masa mereka maka lahirlah Youtuber yang mampu mengubah corak pemikiran masyarakat melalui mesej yang mereka sampaikan. Dan paling menarik ianya mampu dijadikan sumber pendapatan yang lumayan!
Jika di Malaysia, antara Youtuber yang terkenal ialah sekarang ialah Sugu Pavitra yang hebat menjayakan channel masakannya.
Tapi tak kurang hebat juga, youtuber yang ‘special’ ini. Walaupun manjadi individu Orang Kurang Upaya (OKU) sedari kecil lagi bukanlah satu kekurangan bagi insan yang bernama Mohd Affendy, 16 tahun.
Siapa sangka, penghidap autisme sejak kecil ini mampu menjana pendapatan sendiri daripada video yang dimuat naik di saluran YouTubenya, CyanAnimate kini sudah ditonton sebanyak 21.4 juta.
Tahniah Adik..dah dapat gaji dah.Rezeki anak istimewaku…Adik dah dapat gaji pertama sebagai youtuber daripada …
Mula menyertai komuniti YouTuber pada 13 Januari 2019, kandungan yang dimuat naik bukan sahaja mempunyai elemen humor dan komedi, tetapi juga meme yang bertujuan untuk menghiburkan.
Merupakan salah seorang peminat watak Caillou dalam kartun Goanimate, video-video yang diuat naik banyak menampilkan watak tersebut sebagai ‘pelakon utama’.
Aktif menghasilkan video sejak 2018, bakat Mohd Affendy hanya disedari ibunya, Nuraini Abdullah, 44 tahun pada November tahun lalu selepas adik bongsunya (mak cik saudara Mohd Affendy) melihat saluran YouTube anaknya.
“Kami tahu dia (Mohd Affendy) ada akaun YouTube yang pertama pada tahun 2018 tetapi disebabkan ada beberapa masalah teknikal menyebabkan akaun itu tidak lagi aktif.
Akaun yang baharu ini tidak pasti bila dia buat tetapi dia memang sentiasa berada di depan komputer selepas balik dari sekolah.”
Daripada YouTube juga, Mohd Affendy belajar sehingga fasih menggunakan bahasa Inggeris meskipun bahasa pertuturan di rumah sehari-harian adalah bahasa Melayu.
Biarpun tidak pernah mengikuti mana-mana kursus dan hanya belajar dari YouTube, reka bentuk animasi yang dihasilkan tampak kemas sehingga ada di antara video-video pelajar SMK Pendidikan Khas, Kolombongan, Inanam ini berjaya mencapai dua juta tontotan.
Dalam tempoh masa sehari, Mohd Affendy mampu menghasilkan sehingga tiga video yang mana satu video hanya mengambil masa selama 30 minit untuk dihasilkan. Namun menurut ayahnya, Wahid Mohd Sejili, 46 tahun, ia bagaimanapun bergantung kepada mood.
Bangga lihat remaja yang tidak jadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuk berjaya. Moga adik ini akan terus success dia masa akan datang k!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu peminat fanatik yang tidak 'merestui' hubungan percintaan yang terjalin antara bintang K-pop dari Korea Selatan bukan satu isu yang baharu timbul.Sejak era generasi...