Azeem Fahmi Makin ‘Panas’ Di Amerika Syarikat, Pecah Rekod 24 Tahun Watson Nyambek

Share

Keputusan pelari pecut remaja kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi untuk berkelana ke Amerika Syarikat dan menyambung pengajian di Auburn University mula membuahkan hasil.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemerlang Sukan & Akademik, Azeem Fahmi Akhirnya Pilih Auburn University Sebagai Destinasi Pengajian – REMAJA

Ini setelah dia berjaya meleburkan rekod kebangsaan acara lari pecut 60 meter dalam dewan yang sebelum ini dipegang oleh jaguh pecut lagenda dari Sarawak, Watson Nyambek sejak 24 tahun lepas.

Bertempat di Kejohanan Texas Tech Open&Multi di Texas pada awal pagi Sabtu, Azeem yang mewakili pasukan Auburn (FR) telah mencatatkan masa 6.63 saat sekaligus mengatasi rekod 6.66s yang dipegang oleh Watson.

Muhammad Azeem Fahmi.

Menariknya, kedua-dua catatan rekod yang direkodkan oleh Azeem dan Watson ini berlaku di gelanggang antarabangsa. Sekiranya Azeem melakukannya di Texas, Watson pula melakukannya semasa Kejohanan Dunia di Maebashi, Jepun pada Mac 1999.

Siapa sangka, rekod Watson berjaya dipertahankan selama lebih dua dekad sehinggalah kehadiran pelari pecut pelapis seperti Azeem.

Catatnya di Instagram, “New national record!

Alhamdulillah.”

Azeem sekaligus menamatkan cabaran final di tempat kedua di belakang wakil Oregin (SO), Micah Williams yang mencatatkan masa 6.49s. Manakalah tempat ketiga menjadi milik Rodnye Heath Jr yang mewakili Louisiana Tech (SO) dengan catatan masa 6.67s.

Terdahulu, Azeem mencatatkan masa 6.72s sewaktu pusingan kelayakan untuk berada di tempat kelima bagi meloloskan diri ke pusingan final.

BACA LAGI: Terus Konsisten, Azeem Fahmi Catat Masa Bawah 21 Saat Bagi Acara 200m Di Jepun – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ