Berita

Azeem Fahmi Terus Banggakan Auburn University Dengan Pingat Emas 4x100m

Share

Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu pasukan Auburn University meraih pingat emas dalam acara 4x100m di Kejohanan Trek dan Padang, Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA), semalam.

Azeem yang juga merupakan pelajar di universiti berkenaan merakamkan masa terpantas 38.64 saat (s) bersama rakan sepasukan terdiri daripada Favour Ashe, Dario Matau dan Kanyinsola Ajayi di kejohanan yang berlangsung di The Tom Jones Memorial, Florida itu.

Catatan masa tersebut sekaligus mengatasi saingan terdekat daripada Louisana State University dengan jurang masa 0.29s manakala University of Kentucky pula berada di tempat ketiga dengan catatan masa 39.96s.

Terdahulu pada bulan Mac, kuartet Auburn University termasuklah Azeem pernah meraih emas bagi acara sama dengan catatan masa 38.74s di Kejohanan Olahraga Yellow Jacket Invite di Atlanta.

ARTIKEL BERKAITAN: Azeem Fahmi Raih Gangsa Acara 100m Sukan Asia Ke-19. Tamatkan Kemarau 41 Tahun! – REMAJA

Azeem, 19 bagaimanapun hanya mencatatkan 10.44s dalam acara 100m individu lelaki untuk menduduki tangga ke-22 daripada 75 peserta.

Keputusan ini sekaligus menghindarkan Azeem untuk mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang memerlukannya melepasi had kelayakan 10s ke bawah.

Sebagai info, Azeem sebelum ini mencipta rekod kebangsaan dengan catatan peribadi terbaiknya, 10.09s di Kejohanan Olahraya Bawah 20 Tahun Dunia pada Ogos 2022 di Colombia.

BACA LAGI

: Azeem Fahmi Menang Emas Pertama Di Amerika Syarikat. Cemerlang Dalam Bidang Sukan & Pelajaran – REMAJA

Foto: Instagram Azeem Fahmi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ