Azfar Heri & Khairul Aming Gembleng Tenaga Bantu Mangsa Banjir Di Bentong

Share

 

Satu-persatu, personaliti tempatan popular tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana banjir bermula minggu ini. Kebanyakannya turun padang di sekitar Lembah Klang di mana penduduk di sesetengah kawasan masih terkesan dengan keadaan kediaman yang dilanda lumpur.

Namun buat personaliti media sosial, Azfar Heri; dia telah mengambil kesempatan untuk ke Bentong, Pahang dan memberi pertolongan kepada mangsa banjir di sana pada hari Selasa (22 Disember 2021).

Ini memandangkan keadaan penduduk di sana dimaklumkan agak terdesak dek ketiadaan jumlah bantuan yang meluas seperti yang dicatatkan di Lembah Klang, contohnya.

Sumber Foto : Tangkap Layar Instagram @azfarheri

Azfar tidak keseorangan apabila dia ditemani seorang lagi personaliti media sosial merangkap usahawan, Khairul Aming serta pasukan sukarelawan mereka ketika membeli beberapa barangan keperluan untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir di Bentong. Antara termasklah seperti ubat gigi, berus gigi, roti, biskut, kaya, sabun, syampu, tuala wanita dan beberapa barangan lain.

Sumber Foto : Tangkap Layar Instagram @azfarheri

Setelah tiba di sana, Azfar terkejut untuk melihat betapa dalamnya kesan lumpur di kawasan penduduk setelah air banjir surut. Selain menyerahkan sumbangan, mereka turut berkesempatan menolong penduduk membersihkan kesan lumpur di salah sebuah kediaman.

Sumber Foto : Tangkap Layar Instagram @azfarheri
Sumber Foto : Tangkap Layar Instagram @azfarheri

Azfar berkongsi bahawa mereka akan kembali semula esok bagi menyambung kerja amal tersebut dengan lebih banyak peralatan disiap sediakan serta lebih ramai tenaga kerja.

Sumber Foto : Tangkap Layar Instagram @azfarheri

*

ARTIKEL BERKAITAN : “Mereka Amat Positif..” Ismail Izzani Masuki Hari Ketiga Beri Bantuan Mangsa Banjir – REMAJA

Bencana banjir yang melanda negara sekarang sekaligus membibitkan perasaan dukacita dalam kalangan rakyat. Sewajarnya, semua pihak harus bertindak sensitif dalam hantaran di media sosial dan itulah yang cuba dipraktikkan oleh Azfar sekarang.

Katanya pada minggu ini, dia tidak akan memuat naik sebarang kandungan video di saluran YouTube demi menghormati keadaan semasa.

“Saya hendak fokus dalam memaklumkan saluran bantuan kepada followers dengan cara retweet di media sosial; selain cuba untuk turun padang memberi sumbangan mengikut kemampuan.”

“Saya percaya kita kena ada sedikit ‘social empathy’ kepada mangsa banjir. Saya ingin menghormati situasi banjir sekarang dengan tidak memuat naik kandungan video yang menunjukkan saya sedang berseronok.

“Lagipun pada bencana kali ini, ramai kawan saya yang ‘terkena’. Kita pun faham apa yang mereka rasai walaupun tidak berada di tempat mereka,” jelasnya.

BACA LAGI : Sibuk ‘Shooting’, Jabir Meftah Tetap Turun Padang Bantu Mangsa Bencana – REMAJA

*

Dalam pada itu, Azfar turut mengumumkan bahawa dia akan mengembalikan semula produk popularnya, NYALA Gift Box (set lilin aromaterapi) bermula 12 tengah hari esok (22 Disember 2021). Demi membantu mangsa banjir, sebahagian daripada hasil jualan tersebut akan dihuluukan kepada yang memerlukan.

Nyala Gift Box! Sumber Foto : Tangkap Layar Instagram @nyalahq

Haa, jom dapatkan gift box korang esok! Setidaknya, kita boleh membantu menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

BACA LAGI : Enggan Rai Populariti Sementara, Azfar Heri Kongsi ‘Struggle’ Di Sebalik Kejayaan – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ